Wednesday, March 16, 2011

PERAM: Hidup Ini Tidak Indah Seperti Fairytale Busuk


Salam

Seronok semenjak dua ini bertwitter dengan rakan maya. Lebih-lebih dengan beliau yang bercerita tentang entry blognya diciplak.

Blogger baru, nasihat untuk aku sekali, please don’t ever copy-the-hell-paste.
Jatuh maruah penulisan kita kalau kita meniru bulat-bulat entry orang.

Belajarlah meng-quote apa yang telah ditulis blogger lain. Bukan macam tu nak dapat traffic tinggi ya.

Ok back to the topic.

Kita selalu ditanya dalam hidup.

Ditanya mengenai tidak hendakkah kita untuk menjadi lebih baik dalam kehidupan.

‘Bila kau nak beli kereta baru?’
‘Bila kau nak dapat anak?’
‘Bila kau nak kahwin?’

Manusia memang kebanyakan jenis tidak sabar. Diberinya A, dia nak sampai Z!

Cuba tanya diri kita.

Siapa tak nak hidup sempurna? Ada wang. Ada harta. Ada kerja best. Ada pendidikan. Ada suami/isteri. Ada anak-anak. Ada keluarga.

Siapa tak nak, memang dia tak center otaknya.

Ya. Hidup ini tidak indah, ye sayang-sayang semua. Kalau kau nak cari kesempurnaan dalam hidup, sumpah sampai mati kau takkan jumpa.

Boleh kau bayangkan perasaan orang yang ingin sangat perkara yang diidam idamkannya tapi tak dapat? Orang lain ada kerja baik, tapi dia masih cabuk. Kumpul duit sebulan pun belum tentu boleh jejak beribu riban hujung tahun.

Orang lain dah beranak pinak. Bahagia disamping pasangan. Tapi dia masih sendiri, keseorangan. Senyum saja tengok kebahagiaan orang lain, menanti masa bilalah tiba bahagianya pulak.

Orang lain berjaya dengan pendidikan tinggi. Nampak masa depan. Tapi nasib dia belum tahu. Sekolah tak tinggi. Banting tulang macam nak mati, gaji ciput hendak sara hidup yang makin lama makin meninggi.

Bergurindam pulak!

Rezeki manusia tak sama. Masing-masing ada bahagiannya. Allah dah tentukan. Hidup ini selain usaha, kita perlu berserah. Mungkin bukan sekarang. Mungkin esok lusa siapa tahu.

Kita, yang lain—sudah menemui bahagia dan selesa hidup sendiri—janganlah pulak memandang kehidupan orang lain sebagai bahan jenaka. Jangan persoalkan kenapa orang tu masih macam tu je kerjanya, masih macam tu pendidikannya. Kenapa masih belum ada anak? Kenapa masih belum berkahwin? Apa salahnya doakan?

Itu urusan Allah.Ajal maut ditangan Tuhan. Dia Lebih Tahu.

Kita sebagai manusia, takpayahla nak memandai-mandai, ok!

Sekadar meluah pendapat dari beberapa buah fikiran tentang nasib hidup yang memang tidak indah macam fairytale busuk.

28 comments:

eqbalzack said...

salam. abg eq singgah sini jalan2(sebab cuti 2 hari) hehe...

Faizal Sulaiman said...

eqbalzack --->salam bang eq. wah tq bang.sonok la seh dapat cuti!

havva nice holidays:)

Anonymous said...

tau tak pew!
jgn nak main copy saja!
bagi link n minta kebenaran!

zixol said...

sebab tu kene sentiasa bersyukur..

mr.syazwan said...

setiap org dikurniakan rezeki masing2

ada org tu kurang pendidikan

tpi kerja ok

ada org tu cantik dan byk duit

tpi xde anak

konklusinya Tuhan tu Maha Adil

Paan Ovrtd said...

Hidup xde cabaran tak best la FS.

Adlan said...

hmm..yang penting kena berusaha ke arah yang diimpikan..;p

tengkorakemas said...

Betul bro, setuju, rezeki Allah dah tentukan..nanti aku kongsikan hadis qudsi bkait dgn rezeki..

Tapi perlu juga kita berusaha, cuma jgn memandang rendah org lain dan buat andaian awal..

Tentang copy paste, kalau sama topik kadang2 kebetulan, tapi kalau sama ayt memg xtaula..

Faizal Sulaiman said...

Lelaki Ini--->itulah.kerat jari orang yg kopi pes nih!

Faizal Sulaiman said...

zixol --->betol tu zol. hidup perlulah bersyukur:)

Faizal Sulaiman said...

mr.syazwan ---> Allah itu memang Maha Adil. Dia tahu segala-galanya:)

Faizal Sulaiman said...

Paan Ovrtd --->betul juga ni paan. cabaran itu mematangkan:)

Faizal Sulaiman said...

Adlan --->usaha bersungguh sungguh.sangat berbaloi:)

Faizal Sulaiman said...

tengkorakemas --->itulah.setiap manusia ada bahagaian bahagian nya.

tentang copypaste tu better bubuhla reference. link ke camne..oklatu

Anonymous said...

klu bengang sgt letak tu anti-copy sidget code kan...

Faizal Sulaiman said...

♕ Mr.IX ♂---> hah.tu yg penting tu.tp susah plak orang nak quote

Muhamad Zaki Zafir said...

slalu kita ngeluh nk bnda yg kita xde mcm duit byk kete besar, tp kita slalu lupa bnda yng kita dh ada: kebahagiaan, keluarga, nyawa, iman! :)

ghost said...

jangan berfikir hidup kita jauh lebih baik dari orang lain dan sudah memiliki segalanya dengan bertanya soklan-soklan sebegitu...Kalau sekalipun kita dah cukup baik adalah lebih baik mendoakan sesuatu yang baik untuk mereka.

antara 3 contoh tuh tiada satu pun yang aku dah capai..tapi aku masih lagi mampu teruskan hidup aku.

Faizal Sulaiman said...

Muhamad Zaki Zafir--->terbaik komen ko.sepatutnya kita kena lihat apa kelebihan yang kita ada.asyik nak tengok kelemahan dan kesempurnaan diri.bukankah bagus kalau kita terima baik buruk diri, kemudian bermuhasabah:)

Faizal Sulaiman said...

ghost writer--->mendoakan kesejahteraan orang lain adalah perkara yang sangat mulia:)

Unknown said...

isk2..itula skang ni mmg main copy gitu jer..baca kt sini sama..baca kt sana sama..hehehe..

Faizal Sulaiman said...

apik pehe --->ha kan. toksala nak copipes neh. sumpah jatuh maruah. quote kalau nak copy.bitau dapat dr sumber mana:)

eqbalzack said...

abg eq pernah jadi mangsa org ciplak pic abg eq...perghhh! mmg takde perasaan betul org tu! abg eq sound baek punya!

Faizal Sulaiman said...

eqbalzack --->perghh

hati hati bang takut depa salah guna.

berani betol lah

NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) said...

mungkin nak tulis mcm tu tapi dlm hal karang mengarang tak jadi sehebat blogger itu.
itu mungkin satu sebab nape nak di coopy paste..

p/s: salam singgah

Faizal Sulaiman said...

NuR si CiKGu RiBeNa --->hi nur:)

thanks for dropping by. bukan apa, at least bubuhla reference. kesian penulis asal:)

tima kasih singgah ye:)

Orkid Edyliyne said...

kadang ada orang tak fikir pasal benda2 macam nie bila dia dah ada semua benda dekat tangan dia...
tahu nak nampak kurang orang, menunjuk kelebihan dia...
itulah manusia...
jarang nak nampak yang mendoakan kekurangan orang supaya jadi kelebihan...
dan jarang nampak orang menghulurkan tangan bila nampak orang lain susah depan mata...
tahunya judge, judge, judge...

Faizal Sulaiman said...

Orkid Edyliyne @ OrkEd ---> itu namanya 'kuman seberang laut nampak. Gajah mati terkangkang depan mata, buat derk je'

Anda Mungkin Menyukai

src="http://www.linkwithin.com/widget.js"> Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer is his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please note that all works include short stories and online novels published in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer first.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED