Thursday, August 04, 2011

Karat # 4: Lu Wajib Sunat Pun Dah Tak Boleh Beza ?


Salam Ramadhan.

Gua cuba juga meminimumkan pengunaan F word, B word, S word dan seumapama dengannya. Bulan baik ni gua minimumkan untuk menghamput tak tentu pasal.

Member gua si Kay balik dari kerja semalam, tapau makanan dekat bazaar ramadhan sambil dengar mulut dia menceceh pasal jalan jammed nak mam*** (tut tut). Lemah gemalai tangan budak lelaki tu membuka ikatan simpul-manok yang kemudian muka Kay berkerut-kerut menahan geram.

‘Eeiii bencinya pakcik ni.Susah nak mam*** I nak buka.Jual ikhlas ke tak ikhlas ni?’, ceceh Kay sambil memperbetulkan anak rambutnya yang terluruh ke dahi. Setelah hampir beberapa minit cubaan gagal, muncungnya timbul seinci kemudian pandang gua dengan muka masam kelatnya. Hilang ayu lu lah, Kay!

‘AL, bukak kan kuah murtabak ni! Cel*** betul lah. Macam tak bagi kita makan je pakcik yang jual ni !’, bising si Kay. Tumpuan gua terhadap Kasih Alia terbantut sekejap. What-Th***** betul lah lu ni, Kay ! Gua bangun bingkas ke dapur capai pisau kemudian kembali pada si Kay. Kuah murtabak yang nampak gilabiawak punya sedap, terliur gua ! S***la-phuii !!.

Dengan pisau tu, gua selamba badak je potong bonjot ikatan pakcik yang didakwa Kay tak kasi dia makan tu. Tercurah kuah murtabak pekat di dalam pinggan.

Tercengang Kay memandang gua. Tindakan drastik gua tu mungkin buat dia kagum agaknya. Hahahaha. Gua rasa tak salah kan kita cuba alternatif lain, kalau jalan utamanya dah tak ada ? Gua rasa Kay saja yang gelabah. Saja nak manja-manja dengan gua !

S***la-phuii !!. Puasa la dol !

Ok harini gua nak gebang pasal perkara sunat didahulukan wajib ditinggal. Gua terjumpa banyak kawan-kawan pesen macam ni. Perkara ni terjadi masa Ramadhan pertama gua sebagai juruteknik, enam bulan selepas gua grad dari sekolah kemahiran kesayangan gua tu. Gua kerja syif. Seminggu malam seminggu siang. Nak dijadikan cerita, waktu gua kerja siang, gua memang letih sampai tak ter pergi solat sunat terawih.

Ada ketika tu, gua kena sound tegak dengan member.

‘Eh AL, ko tak pergi terawih ke? Dapat pahala tu! Dari ko membongkang depan TV ni baik ko pergi tambah amal di Masjid’

Gua sekurang-kurangnya berasa tertampar dengan pelawaan dia. Dari air muka dia gua nampak aura tidak ikhlas dan sinis. Penat gua ni makin bertambah-tambah angin nya.

Gua bukan tak pergi langsung, bhai. Gua akan pergi bila waktu gua tak letih. Kerja gua ni kadang-kadang memerlukan gua merayap ke kilang lain juga. Gua cuma larat buat yang wajib lima waktu tu. Siapa tak nak pahala der?

Tapi gua heran juga sebab gua ada perhati lu selamba badak tinggal solat lima waktu yang wajib lalu bersungguh-sungguh kejar yang sunat. Perbaiki dulu yang wajib lu tu. Gua bukan jenis tak boleh ditegur.Tapi gua hangin bila dia lebih-lebihkan perkara sunat sehingga mengabaikan perkara wajib. Solat lima waktu pun rompong-rompong !

Jangan main-mainkan agama kita sampai kita sendiri nampak bo**h

Sama jugalah kes nak mengikut adat dalam perkahwinan. Gua rasa terpanggil nak bercakap perkara ni sebab ada dua tiga kawan lelaki gua yang kena buat majlis besar-besar, menepung tawar, bersanding, dan segala macam lagi.

Nikah terus kan lebih afdal?

Petang nanti turn gua pulak pergi bazaar ramadhan.Gua tak sanggup dengar mulut Kay menceceh macam mak nenek.

6 comments:

shandye. said...

sama kes dgn ex-hosemate aku. solat lima waktu hareeeemmmmmzzz tak pernah pun aku tengok dia buat...

tapi bila time bulan puasa... tak pernah miss pergi terawikh, siap boleh maki2 aku lagi tu sebab tak ikut dia sama pergi surau utk terawikh...

apedehal???

kekdahnya dia tu seharian puasa takde plak aku tengok dia solat, tup2 lepas berbuka laju gile nak kerah org suh gi surau.

untuk ape?

sbb kat surau tu ko leh dapat moreh?

sebab kat surau tu ko bleh jumpa potential awek merangkap future bini ko?

eew.

nawaitu terpesong sangat....

Hans Hanis said...

macam tu juga dengan solat sunat hari raya
ramai penuh
tapi yg fardhu tinggal
haihhh
mentaliti tu kena diperbetulkan
aku sokong entry ko nih

AL said...

shandye.

Itu gua rasa bahaya lah.Solat tu jangan la ditinggalkan.Tapi cerita lu ni mang kena sebijik dengan kawan gua tu.

entah mana dia sekarang

AL said...

Hans

Ini satu hal lagi.Wat malu gua rasa kalau sembahyang raya beriya iya nak pergi

ghost said...

tak baik kata orang macam tuh.kita buat jer urusan kita dengan tuhan.sekali ajak kawan.masing2 ada pointnya.

bukan kah kita nampak lebih kurang jer ngan kawan kita nanti.

Nazz@Purple said...

erm begitu lah..antara sedar tp masih buat..atau memang jahil tentang itu..sunat dilebihkan dr wajib..

Anda Mungkin Menyukai

src="http://www.linkwithin.com/widget.js"> Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer is his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please note that all works include short stories and online novels published in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer first.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED