Friday, January 14, 2011

Evolusi Mak Tiri Yang Konsisten

Akmal Faris:My step brother. Aku sayang dia macam adik aku sendiri dah. Beso dah budak neh..Masa kecik aku dukung, melepek dekat bahu aku nak tido:)



Salam Jumaat.

Setiap evolusi memerlukan perubahan. Tak banyak, sikit pun jadilah. Sel pun berevolusi. Bakteria, contohnya. Bakteria berkembang dengan sel yang cukup mengagumkan. Dalam sekelip mata, jika makanan terdedah, cepatlah makanan itu rosak; terutama jika suhu, masa, kadar keasidan makanan mahupun kelembapan tidak dijaga betul.

Apa kait mengatinya evolusi bakteria dengan evolusi mak tiri?

Kedua-duanya memberi impak buruk.

Mak-mak tiri di luar sana jangan melatah ok. Biar saya habiskan entry saya dulu:)

Dulu-dengan-dongeng-dongeng, kita disogokkan dengan pelbagai kisah, antaranya kisah budak perempuan didera ibu tiri disebabkan dendam. Mak tiri ni punyalah jahat, tolak madu dia jatuh dalam sungai..plinggg..jadik ikan kaloi!

Mak tiri dulu digambarkan sebagai jahat, bengis, gila harta..malah figura mak tiri dahulu kala kerap kali berputar di kaca TV sekaligus memberi impak negatif buat kanak-kanak kecil yang kemudiannya fobia dengan term mak tiri!

Kenapa gelaran mak tiri begitu ditakuti?
1) Waktu kecil, mak tiri ni selalunya akan jadik bengis macam singa lapar.
2) Suka dera budak. Pukul cubit tu dah macam pok amai amai bagi dia orang ni
3) Selalunya anak tiri akan diberi makan sisa@makanan yang tak habis.
4) Dipaksa buat kerja-kerja rumah while this mak tiri akan duduk senang lenang memerintah macam mem beso
5) Semua yang selama ini boleh buat, menjadi larangan keras buat mak tiri
6) Ada mak tiri yang jenis hati kering, pi repot kat bapak konon2 anak dia nakal nauzubillah sambil buat muka sedih-konon-konon-dialah-yang-jaga-budak-tu-macamlah-azab-sangat
7) Kalau jenis budak remaja, mak-mak tiri ni selalunya akan gunakan role ‘manipulative’ dia pada bapak budak tu. Asal budak tu kena marah, perfect score lah dia dapat
8) Bercerita dengan jiran tetangga tentang kenakalan si anak, walhal budak tu tak nakal langsung
9) Kalau mak-mak tiri korporat (ehh dorang ni ada pangkat ok), motip utama adalah nak rampas harta-konon-bleh-hidup-seribu-tahun-lagi-tak-mahu-mati-
10) Yang penting mak tiri kena pandai berlakon. Depan bapak budak tu, kena tuka karakter baik sikit. Dengan budak tu, jadik lah garang macam Hulk Hogan pun takpa.

10 indicators yang aku boleh jumpa dalam cerita-cerita TV.
Mungkin sesetengah ini sudahpun menjadi reality.

Gelaran ibu tiri selalunya memberi perspektif negatif disebabkan perangai SEGELINTIR ibu tiri sendiri. Ada ibu tiri yang baik. Yang pandai ambil hati anak tirinya walaupun sometimes dia kena sumpah seranah, anak tak mahu terima selain dituduh macam-macam.

But most likely, kes yang aku dengar (tak kiralah melalui newspaper atau berita TV/Radio), ibu tiri kebanyakannya masih berperwatakkan Siti Tanjung Perak yang sangat garang tu.

Hal ini complicated, lebih-lebih lagi mendatangkan kecedraan kepada ANAK ORANG.

Ini merujuk pada kes kematian kanak-kanak didera mak tiri bebaru ni. Budak tu dah meninggal, malah adik lelakinya turut menjadi mangsa dera mak tiri yang tak center neh!

Aku kadang-kadang pelik sungguh.

Motif kau dera ANAK ORANG?

Budak tu menangis, kau pujuklah! Yang kau pergi ‘tomoy’ budak tu buat apa? Otak letak mana? Kalau budak tu masih kecil, let say 3-6 years old, tak boleh ke kau anggap budak tu macam anak kau sendiri?

Bapak budak tu kau boleh terima. Takkan anak-anak dia kau nak masuk dalam tong DBKL pulak?

Aku hangin sungguh!
Cuba kalau kau kena dera? Silap sikit, kena pukul. Salah sikit kena tengking. Melalak sikit kena tampar. What the heck?? Budak tu bukan tahu apa-apa!

Macam aku cakap tadilah, tak semua mak-mak tiri perangai macam si pelaku gila tu. Ada yang baik, malah boleh katakan hampir menyerupai emak sendiri.

Apa-apa pun, jika ada di antara kalian yang pernah mengalami indicators di atas, tak usahlah membenci mak tiri kalian tu. Buruk baik, dia tetap isteri pada ayah kita. Cukup sekadar menghormati dia:)

25 comments:

zixol said...

aku xpercaya teori evolusi...

cerita2 kat tv bukan takat pengaruhi budak,bahkan pengaruhi bakal mak tiri jugak..

sekamar rindu said...

salam...

sebut saja mak tiri tergambar mcm2...ada juga mak tiri yg baik..tak semua jahat..

avid said...

dalm banyak2 mak tiri, mak tiri bawang putih sinetron indonesia la paling keji. sampai hati suruh revalina makan makanan kucing. hahahaha.

Faizal Sulaiman said...

zixol--->betul tu jijul. buat mak2 tiri di luar sana, kena struggle ok=)hehe

Faizal Sulaiman said...

sekamar rindu --->betul tu bro. tak semua jahat.tp yg jahat2 ni bagi persepsi buruk pada yg baik2=)

Faizal Sulaiman said...

avid gunner --->tu jahat gila.siap dengan mata-mata sekali dia membeliak,mcm aku nk congkel:)haha

Anonymous said...

hmmm skrg ada trend baru citer melyu tau...anak pakai tudung, mak kandung xpakai tudung...anak baik, mak jahat...mak yg menghancurkan hidup anak2...xmustahil pasni anak2 nak mak baru berbanding mak kandung diorg...alasan???terpengaruh...

uik...apa cik bebel membebel ni???hahahahahah

mr.syazwan said...

my auntie mempunyai anak tiri

tpi seiyes dia sgt2 baik dgn anak tiri

sgt2 penyabar

terharu dan kagum...

^_^

Faizal Sulaiman said...

cik bebel sentiasa--->bebelan cik bebel memang ada benarnya neh:)

Faizal Sulaiman said...

mr.syazwan -->baik betul auntie wan neh:)

siti azizah Sang Pencinta said...

en faizal, fenomena ini sememangnya hasil media la yg menyebabkan mak tiri digeruni. Dari pengalaman sendiri (adik yg menjadi ibu segera kpd dua ank tiri) ok je sy tengok. kalau marah pun mmg kena pun sbb tujuan utk mendidik. Kami juga sekeluarga menerima dua adik beradik itu sbg ank sedara yg sama dgn ank kandung mrk. yg penting pokok pangkal hati. kalau nak jadi jahat dan masuk neraka buat le spt dlm filem tuhh hehehhe

Faizal Sulaiman said...

siti azizah Sang Pencinta--->setuju kak.pokok pangkal hati=)

MR. SYAH said...

mmg dlm cerita xkisahlah tempatan atau luar mmg tunjuk ibu tiri jahat.. apa2pun bukan semua ibu tiri macam tu.. kerana nila setitik abis susu sebelanga..

tp bg ibu tiri yg jahat tu.. klu kau buat jahat kt anak org.. nnt org lain yg akan buat jahat pada anak kau..

Faizal Sulaiman said...

mR.sYaH --->betul tu syah.tak semua jahat.tulah kalau buat jahat, dibalas jahat=)

eqbalzack said...

confirm dah! mmg confirm! faizal ni abg penyayang..hehe

Muhamad Zaki Zafir said...

media ni yg mslhnya.disodoknya cerita2 mak tiri jahat, cerita2 khurafat, cerita2 dongeng.bkn takat ibu tiri menjadi2, org makin percaya tahyul, hbs rosak pemikiran masyarakat.

tabik ko bro.seorang abg yg baik. :)

NUke_Rude said...

mana mak tiri tak naik hantu...?? dah anak2 tiri dia buat prangai. kat TV tu tunjuk kebaikan anak tiri je... salah anak2 tiri depa x tunjuk. haih! kesian golongan mak tiri dipandang serong.

anyway bro, anda telah di tag.

Anonymous said...

mak tiri suka dera anak orang coz maybe bkn dari rahim beliau..so sifat sayang tu tak menebal sgt kot...

pape pn, bkn smua gitu kn..mak kandung pn ada dera anak sendiri...maybe coz TERPAKSA mengandung....

Faizal Sulaiman said...

eqbalzack --->penyayang la sket2 bang Eq:)

hadiah tu da sampai umah.tqvm bro!!!

Faizal Sulaiman said...

Muhamad Zaki Zafir-->citer khurafat.hehehe..teringat citer si samsul:))

ko pun pe kurangnya..siap potong kek utk adik:))

Faizal Sulaiman said...

NUke_Rude --->tula tunjuk la figura mak tiri baik ke..ada aje kat luar sana tu:)

Faizal Sulaiman said...

Mr.IX --->kalau mak tiri dera, lagilah tak boleh blah, Mal:((

Zéè Zóò said...

i got a step mom. and she's great :)

deCrewz said...

Kadang2 perkara macam ni dah disetkan pada minded kita disebabkan oleh pengaruh media.. Asal mak tiri je mesti jahat..hu3

azie said...

aku ade mak tiri yg tak sebaik mane yg aku fikirkn,mcm cerita kt atas tu la tapi lain sikit.dye anggap adik aku bkn mcm anak dye,sayang pun tak pernah didodoi pun tidak.mase bapak aku kawin gan mak tiri aku ni adk aku bru umur 2thn,mase mula2 mmg syg ble dye dah ade anak terus tak layan..di marah di cubit di belakang bapak aku..

Anda Mungkin Menyukai

src="http://www.linkwithin.com/widget.js"> Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer is his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please note that all works include short stories and online novels published in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer first.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED