Wednesday, April 14, 2010

MAESTRO YANG TERDESAK


Salam;

Adik bongsu aku menyebut filem ini dengan nama "Nini" sampai aku pecah perut gelak kuat2. Layan jugak si budak kecik tu dengan maestro Itali- Guido Contini yg mengalami middle life crisis dengan karenah pasang surut isterinya Luisa Contini (Marion Cotillard), godaan perempuan simpanannya Carla Albanese (Penelope Cruz), bayangan ibunya, Mamma (Sophia Loren) yang sudah mati, dimana selalu hadir ketika beliau memerlukan pertolongan, mahupun pereka kostumnya yang sangat berkeyakinan tinggi Lilly ( Judi Dench), pelacur zaman kecilnya Saraghina (Fergie), si wartawan majalah fesyen yg deadly sexy Stephanie (Kate Hudson) dan pelakon pujaannya Claudia (Nicole Kidman)

1) Lagu
Seperti kebanyakan filem muzikal lain, broadway Nine menampilkan kesemua actor dan actress filem ini menyayikan lagu2 mereka dengan suara mereka sendiri. Filem dimulakan dengan Guido Song (Daniel Day Lewis) menceritakan kecelaruan Guido yg takle nak berfikir, bernafas, bermasalah dalam menghasilkan filem barunya. Kemudian scene bergerak ketika Guido menelefon mistressnya dan Penelope Cruz dengan pakaian seksi gila, menyanyikan lagu "A Call from A Vatican" sebelum Judi Dench membawa ke alam Parasien "Folie Bergenre". Gerak filem diteruskan dengan meneroka alam kecil Guido dan si kecil yg nakal ni selalu berjumpa ngan Saraghina (Fergie) dan lagu "Be Italian" berkumandang. Full of broadways!!!. Seterusnya keluhan seorang isteri yg diabaikan dan sering dilupakan suami. Persembahan terbaik Cotillard menerusi lagu "My Husband Makes Movies" lalu mengimbau kenangan Guido kepada his late Mamma menerusi lagu "Guarda La Luna" sebelum amarah isterinya membuak-buak menerusi lagu "Take it All" dan disudahkan dengan emosi bercelaru Guido melalui lagu "I Can't Make This Movie".

2) Pelakon
A LIST Actor/Actress dimana kesemuanya pernah menerima Oskar dan pencalonan Oscar menerusi lakonan mereka sebelum ini. Sayang..Fergie takde dialog langsung dalam filem ni. Hanya seorang pelakon yg menerima nominasi Oscar menerusi film ni.

3) Flop di Box Office
Filem ini dikira tidak mendapat kutipan box office jika mengambil pungutan keseluruhan panggung. Bagi aku la kan, mungkin banyak sangat pelakon A LIST yang membintangi jadi sparks tu cam dah kurang sikit plus not so many characters tak berapa nak develop;)

4) Rate
Overall, buat aku yg seriously meminati broadway, aku boleh bagi 5/5 utk lagu dan 4.5 untuk filem.

Esok: PROSA CINTA AMIR NAUFAL episod 3. Teruskan pembacaan anda!

Bagi korang yg nak join sama2 dengan aku sebagai rakan sekarya dalam AKSARA KERAIAN, sila hantar karya bab 1@prolog korang di email berikut faizalsulaiman85@gmail.com

SYARAT-SYARATNYA DISINI

2 comments:

cikmemy said...

hah,,,nice review...boring2 kang leh la layan...

Faizal Sulaiman said...

cikmemy ---)sila layan.seronok seh;)

Anda Mungkin Menyukai

src="http://www.linkwithin.com/widget.js"> Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer is his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please note that all works include short stories and online novels published in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer first.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED