Friday, April 02, 2010

PERAM: TAK PERLU MENYINDIR KALAU TAK SUKA


Salam;

Hari kedua April tanpa sambutan hari bodoh semalam. Alhamdulilah. Masyarakat makin sedar.

Keduanya; terima kasih banyak2 buat pembaca ceritera Prosa Cinta Amir Naufal semalam. Dalam hati serius bimbang. Bimbang sukar mendapat tarikan pembaca. Jaga rating beb..rating;)hehe

Dua April bermula dengan slot Peram. Kali ini soal sindir menyindir.

Ya, bagi aku- purely orang Melayu tulen, dibesarkan dalam didikan Melayu sering diingatkan untuk menjaga santun diri dengan sebaik-baiknya. Tujuannya supaya jangan kurang ajar-biadap melampau. Seorang buat baik, ringankan mulut ucapkan terima kasih. Senyum hormat mahupun minta maaf jika terbuat salah.

Itukan Melayu. Hendak pula Melayu semua, Islam.

Perihal menjaga hati ni adakala membawa sampai waktu kita dalam keadaan marah. Dalam marah, masih hendak bersantun. Marah anak, sindir menantu bak kata pepatah lama.

Kita suka menyindir. Asyik2 sindir. Makan dalam pulak tuh. Manusia berotak akan memahami sindiran hanya sekali-dua. Lebih dari tiga kali, alamatnya memang sah kau perlu menegur terang-terangan tanpa sindiran. Kalau masa tu nak terasa, lantak pi lah kat dia.

Ada jenis sound direct. Yang ni aku suka. Tak payah nak memikirkan ayat sesuai buat sindiran. Sekali boom, makan hari juga nak pulih semula. Kalau dah memang hakikat perangai memang dasar nak kena sound, sound saja tak perlu selindung.

Tapi ada juga perangai tak elok. Kalau tak suka, tak perlu memerli. Tak perlu sindir-sindir. Tak guna pun. Baziaq ayaq liuq ja. Tak suka, terus sound. Cakap terus terang. Itukan lebih baik?

FaizalSulaiman'sFootNote:---) Jangan lupa membaca Farcir BAB 9 di Aksara Keraian (pautan terus dari blog ni pon boley) jam 2.04 petang nanti;)

5 comments:

Nazz@Purple said...

setuju tegur direct tp org melayu kan berbudi bahasa guna la ayat2 yg tidak menyinggung perasaan..

iyllienaz said...

hrmm..tapi cita asmaradana semalam, mak mentua mmg xsuka, dia ckp direct je..hehe..xde sindir2..

FaizalSulaiman said...

Nazz@Purple---)betul tu naz.tapi kadang2 kena kasar skit bagi yag tafaham bahasa.hehehe..

kijam;p

FaizalSulaiman said...

iyllienaz ---) bes ke iyllie citer tu?lum ada masa nak tgk owhh;)

thanks baca prosa;)

NUke_Rude said...

cuba ko tgk dr sudut lain lak.

kalo semua org x menyindir2, maka kita takkan sedar yang kita ni disindir.
bila kita tak sedar yang kita disindir, maka kita akan mlakukan ape saja pbuatan yang tak disukai oleh penyindir itu.

oleh itu, kita takkan tahu bhwa ada sstgh pkara yg kita lakukan itu sbnrnya tak disukai org lain.

komplikated ke?

tak kot.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer are his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site, the staff involved with the site, or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please noted that all works inclusive short story and online novel in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED

My other site: TUMBLR