Sebelum ini dalam Prosa Cinta Amir Naufal
Haryani masih dikenang Naufal dan tatkala masa ligat berputar, jiwa kacau Iman Shakirin telah mengikat janji dengan si cantik Natrah Syaida. Pemilik jam sudah ketemu, dua hati mula hendak menyatu di balik hijab dan ketika waktu jelas berlalu pergi, si Adam akhirnya mengetahui empunya nama milik si Hawa. Wirda…

“Assalamualaikum, kak!”
Sapaan seorang lelaki tiba-tiba menerjah ke gegendang telinga. Ummi Syafiqa berpusing perlahan lantas memandang gembira satu susuk tubuh tegap yang sangat dikenalinya. Dengan bentuk muka bujur dan tulang dagu yang sangat jelas kelihatan, Iman Shakirin tersenyum lantas mempamerkan gigi putih bersihnya sambil menolak sedikit kaca mata berpetaknya supaya selesa di pangkal hidung.
“Engkau kalau datang, tak pernahnya nak telefon kakak”, deram Ummi Syafiqa sambil menyambut mesra huluran salam adik lelakinya itu. Iman tersipu-sipu tersenyum, mencium tangan kakak tersayang.
“Besar juga ya pejabat kakak. Kalau Iman melabur sedikit mesti untung kan?”, ujar lelaki itu cuba mengubah topik perbualan sebelum melihat kakaknya sudah menggeleng-geleng kepala sambil membalas dengan senyuman lucu.
“Sejak bila pula minat bidang andam mengandam ni?”, duga Ummi Syafiqa sambil menjeling ke arah adik lelakinya seraya berpura-pura curiga. Iman mati akal. Dari raut wajahnya yang nampak gelabah, Ummi Syafiqa tahu yang budak lelaki itu sudah putus alasannya.
“Sudahlah!. Ada apa hal kau datang ke sini, dik?”, tanya Ummi sambil mematikan pertanyaan tidak berjawabnya kepada Iman yang semakin termanggu-manggu bingung. Seketika kemudian, lelaki itu tampak ceria.
“Saja datang. Nak tengok kakak sendiri, takkan tak boleh?”, kata Iman sambil menolak rambut panjangnya yang terjuntai menyentuh dahi luasnya itu. Ummi Syafiqa mendengus tidak berkenan. “Potonglah rambut tu. Kalau panjang sangat tak elok.”, tegur perempuan itu perlahan. Iman mengeluh berat, benar tidak bersetuju.
“Kalau mandi hadas bagaimana?. Jangan agungkan sangat budaya barat sampai lupa ajaran Islam, Man”, tutur kakaknya lembut menusuk sanubari Iman. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal sambil cuba mencari jalan agar kakaknya tidak mengoceh itu dan ini. Dia tidak sepenuhnya menyalahkan kakaknya. Dia tahu itu tanggungjawab. Adik beradik lagi, manakan tidak lepas dari membuat salah. Dia optimis. Dan sebagai Muslim, dia akur teguran itu sebagai salah satu bentuk pelajaran. Sepuluh tahun jarak umur mereka berbeza dan Iman tahu, kakaknya lebih matang dalam segala hal.
“Mari kita makan bersama. Sudah lama saya tak makan bersama kakak”
Ummi Syafiqa tersenyum manis. Raut wajah adiknya direnung dalam-dalam. Pandai benar kau memujuk kakak, dik. Perempuan pertengahan tiga puluhan itu mengangguk mesra sambil melihat jam di tangannya yang sudah hampir ke pukul dua petang.
“Kakak kena tunggu budak-budak praktikal balik pejabat dulu. Jaga kedai sekejap sambil kita makan tengahari sama-sama”, tutur Ummi Syafiqa sebelum kelihatan kelibat dua gadis bertudung litup menyeberangi ruang kedai peralatan pengantinnya.
“Mereka baru masuk praktikal minggu lepas. Dua-dua dari Universiti Teknikal dan Pengurusan Zaaba..”
“Ohhh.. yang dekat dengan Menara Darul Mustaqim tu ke?”
Ummi Syafiqa mengangguk perlahan sambil menuju ke ruang utama kedainya yang nampak kemas dengan susuan tepak sirih pelbagai bentuk, mannequin berpakaian pengantin, replika pelamin selain beberapa aksesori pengantin yang disusun menarik di dalam almari jati yang kelihatan sungguh klasik.
“Budak-budak tu ambil kursus apa, kak?”
“Pengurusan dan Perakaunan. Tolong masukkan data dalam sistem akaun, selenggara sistem fail-fail ataupun membuat minit mesyuarat”
Perbualan mereka terhenti apabila kelihatan seorang gadis bertudung menatang lapan buah fail yang nampak tebal dengan dokumen-dokumen invois sehingga terlindung hampir keseluruhan wajahnya. Hanya sepasang mata bundarnya sahaja yang kelihatan.
Sepasang mata yang membuatkan hati dan jiwa raga lelaki yang bernama Iman Shakirin bergetar kencang.
Mata itu berkedip-kerdip beberapa kali sebelum kedengaran suara si gadis memecah hening.
“Invois-invois ni yang cik minta minggu lepas. Saya letakkan di atas meja cik, ya”
Ummi Syafiqa mengangguk mesra. Mata cantik berkaca itu terkerdip-kerdip lagi membuatkan seluruh susuk Iman merasa hangat.
“Iman”
Lelaki itu terbuai…
“Iman, kau dengar tak ni?”
Ummi Syafiqa mencubit sedikit pangkal lengan adik lelakinya sehingga Iman tersedar lalu terkejut sambil memandang wajah kakaknya dengan rona yang sudah merah padam menahan malu.
“Kenapa dengan kau ni?. Kau suka sama budak tu, ya?”
Iman beristighfar panjang dalam hati. Dia menarik nafasnya dalam-dalam sebelum memandang riak bingung kakaknya dalam-dalam.
Benarlah, renungan kali ke dua itu adalah pujukan syaitan. Syaitan yang direjam! Masya Allah!
Lelaki itu tersenyum nipis, langsung tidak menjawab. Enggan dan langsung tidak mahu memikirkan siapa gerangannya si gadis bermata cantik itu, dia mengheret tangan kakaknya menuju ke perut Honda City nya sebelum Khalidi, pemandu peribadinya membawa mereka ke destinasi yang ingin dituju. Namun, kerasnya hati Iman menolak, dia ternyata tidak boleh menipu dirinya sendiri.
Allah, Tuhanku..wujudkah lagi cinta pandang pertama?
Dia seperti manusia yang lain.
Punyai hati juga perasaan
Setengah jam sebelum masuknya Asar, takdiran Allah sudah tercatat untuknya. Suatu takdir yang telah lama terkandung di dalam Surah Yaasin ayat lapan puluh dua.
Hanya urusanNya (Allah), bila Ia menghendaki (mengadakan) sesuatu, Ia berkata kepadanya: Jadilah engkau! Lalu jadilah ia
Tiada sesaat pun takdiran itu terlepas. Maka ia berlaku tepat jam empat dua puluh minit petang. Ketika dia bersiap-siap hendak menunaikan kewajipan sebagai hamba Allah yang taat.
Masih terkenang kata-kata Muslihah, setiausahanya yang menyampaikan berita itu ketika dia hendak menuju ke surau syarikat.
“Encik Naufal. Ada kad untuk encik”
“Kad?”
“Ya, kad. Sekeping kad”
“Di mana?”
“Saya sudah letakkan di atas meja, encik”
Naufal tidak jadi hendak mengambil wudhuk, lantas berpatah balik semula ke dalam ruang kecil pejabatnya dan kata-kata Muslihah tentang sekeping kad ternyata benar. Dia mengambil kad bersampul itu lantas membukanya perlahan.
Wangi benar baunya dilimpahi warna merah jambu krim yang sangat cantik.
Bismillah…
Hatinya runtun.
Kad merah jambu terlepas lalu jatuh tergeletek di kakinya.
Masya Allah, Maha Suci Engkau Pemurah. Telah kau uji aku buat kesekian kali dan aku sebagai hambaMu yang taat, menurut redha. Pasrah tanpa banyak bertanya..
Ternyata Haryani bukan rusuk yang dicipta darinya…
Naufal meraup sekali lagi wajahnya. Pasrah dengan setiap dugaan yang melanda. Lelaki itu bingkas bangun. Mengalih jam tangan yang tersisip di dalam kocek seluar slacknya dengan penuh hemah sambil memandang jarum jam yang semakin menghampiri ke pukul lima suku petang.
Dan saat sebelum melangkah keluar dari ruang lingkup surau kecil, dia terkenangkan si gadis jam yang hanya dipanggil dengan nama Wirda. Terkenang dia pada gemerincing gelang tangannya. Tona suaranya yang membuai. Lipatan telekungnya yang beralun pada setiap butir katanya di balik hijab.
“..Ya Allah, ampuni daku andai bayangan liarku mendatangkan dosa buat diriku. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, andai benar dia kepunyaanku, rusuk yang dicipta dari bahagianku, tunjukkanlah jalan. Tunjukkanah petanda. Agar tidak lagi hati ini menanggung beban seksa, menanggung beban menanti cinta..”
Tiba-tiba sahaja bahunya berlanggar dengan seseorang. Monolog Naufal terputus tiba-tiba, sebelum kelihatan seorang gadis tergopoh gapah seraya memandangnya dengan penuh rasa bersalah.
“Maafkan saya encik. Saya kejar…kawan saya. Jam tangannya…tertinggal di…surau tadi”, katanya tersekat-sekat menahan lelah, sambil menunjukkan seutas jam tangan bewarna kuning keemasan, sebelum Naufal memandang jam tangan itu dengan penuh
perasaan terkejut.
“ Jam ini macam pernah…”
“Wirda! Tunggu aku!”
Belum sempat pertanyaannya berjawab, si gadis kelam kabut tadi terus berlalu pergi sebelum tanpa dirancang, Naufal mengekorinya dari belakang. Ingin benar perasaannya mengetahui siapakah empunya jam emas itu.
Namanya indah…
Wirda.
Bagaimana orangnya?
Cantik kah?
Berilmu kah?
Beragama kah?
Kelihatan seorang gadis manis bertudung, sedang duduk di sebuah premis Butik Ayu, sebuah butik perkahwinan sebelum disapa tidak senang oleh gadis kelam kabut tadi lantas menyerahkan seutas jam tangan bewarna emas, yang kemudiannya menggeleng-geleng kepalanya seolah-olah tidak percaya akan sikap cuai rakannya itu. Si gadis yang dilihat Naufal itu berwajah sangat gembira setelah hampir dua minit lamanya beliau kelihatan menyelongkar segala isi begnya dengan penuh usaha.
Gadis itu mengukir senyuman sangat manis, sambil mata bundarnya tekerdip-kerdip perlahan. Tona kulitnya yang cerah dan bibirnya yang merah menjadikan si gadis persis dewi dari mitos dongeng.
Subhanallah..cantiknya dia…
Ya Allah..sifat lemah manusia ini membuatkan aku ingin memilihnya. Mahu menjadikannya suri hidupku.. Tidak untuk dunia, tetapi juga Akhirat.. Ya Allah, andai Wirda pengubat sepi,berikanlah restu dan halalMu
BERSAMBUNG
Anda boleh mengundi karakter kegemaran anda, di poll bawah. Sila skrol;)
Bagi korang yg nak join sama2 dengan aku sebagai rakan sekarya dalam AKSARA KERAIAN, sila hantar karya bab 1@prolog korang di email berikut faizalsulaiman85@gmail.com
Tweet

**
Amir Naufal meraup lagi wajahnya. Menolak rambut basahnya kebelakang sambil berselawat ke atas junjunga besar Muhammad S.A.W. Usai bacaan doa akhir Asar di Wisma Hidayah, pejabatnya, dia duduk bertafakur seketika dan mula memikirkan kisah hatinya yang semakin rumit membelah jiwa.Dia seperti manusia yang lain.
Punyai hati juga perasaan
Setengah jam sebelum masuknya Asar, takdiran Allah sudah tercatat untuknya. Suatu takdir yang telah lama terkandung di dalam Surah Yaasin ayat lapan puluh dua.
Hanya urusanNya (Allah), bila Ia menghendaki (mengadakan) sesuatu, Ia berkata kepadanya: Jadilah engkau! Lalu jadilah ia
Tiada sesaat pun takdiran itu terlepas. Maka ia berlaku tepat jam empat dua puluh minit petang. Ketika dia bersiap-siap hendak menunaikan kewajipan sebagai hamba Allah yang taat.
Masih terkenang kata-kata Muslihah, setiausahanya yang menyampaikan berita itu ketika dia hendak menuju ke surau syarikat.
“Encik Naufal. Ada kad untuk encik”
“Kad?”
“Ya, kad. Sekeping kad”
“Di mana?”
“Saya sudah letakkan di atas meja, encik”
Naufal tidak jadi hendak mengambil wudhuk, lantas berpatah balik semula ke dalam ruang kecil pejabatnya dan kata-kata Muslihah tentang sekeping kad ternyata benar. Dia mengambil kad bersampul itu lantas membukanya perlahan.
Wangi benar baunya dilimpahi warna merah jambu krim yang sangat cantik.
Bismillah…
UNDANGAN PERKAHWINAN
Siti Nurharyani binti Yaakub dengan pasangannya Ammar Muzammil bin Abdul Rauf
Pada…
Siti Nurharyani binti Yaakub dengan pasangannya Ammar Muzammil bin Abdul Rauf
Pada…
Hatinya runtun.
Kad merah jambu terlepas lalu jatuh tergeletek di kakinya.
Masya Allah, Maha Suci Engkau Pemurah. Telah kau uji aku buat kesekian kali dan aku sebagai hambaMu yang taat, menurut redha. Pasrah tanpa banyak bertanya..
Ternyata Haryani bukan rusuk yang dicipta darinya…
Naufal meraup sekali lagi wajahnya. Pasrah dengan setiap dugaan yang melanda. Lelaki itu bingkas bangun. Mengalih jam tangan yang tersisip di dalam kocek seluar slacknya dengan penuh hemah sambil memandang jarum jam yang semakin menghampiri ke pukul lima suku petang.
Dan saat sebelum melangkah keluar dari ruang lingkup surau kecil, dia terkenangkan si gadis jam yang hanya dipanggil dengan nama Wirda. Terkenang dia pada gemerincing gelang tangannya. Tona suaranya yang membuai. Lipatan telekungnya yang beralun pada setiap butir katanya di balik hijab.
“..Ya Allah, ampuni daku andai bayangan liarku mendatangkan dosa buat diriku. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, andai benar dia kepunyaanku, rusuk yang dicipta dari bahagianku, tunjukkanlah jalan. Tunjukkanah petanda. Agar tidak lagi hati ini menanggung beban seksa, menanggung beban menanti cinta..”
Tiba-tiba sahaja bahunya berlanggar dengan seseorang. Monolog Naufal terputus tiba-tiba, sebelum kelihatan seorang gadis tergopoh gapah seraya memandangnya dengan penuh rasa bersalah.
“Maafkan saya encik. Saya kejar…kawan saya. Jam tangannya…tertinggal di…surau tadi”, katanya tersekat-sekat menahan lelah, sambil menunjukkan seutas jam tangan bewarna kuning keemasan, sebelum Naufal memandang jam tangan itu dengan penuh
perasaan terkejut.
“ Jam ini macam pernah…”
“Wirda! Tunggu aku!”
Belum sempat pertanyaannya berjawab, si gadis kelam kabut tadi terus berlalu pergi sebelum tanpa dirancang, Naufal mengekorinya dari belakang. Ingin benar perasaannya mengetahui siapakah empunya jam emas itu.
Namanya indah…
Wirda.
Bagaimana orangnya?
Cantik kah?
Berilmu kah?
Beragama kah?
Kelihatan seorang gadis manis bertudung, sedang duduk di sebuah premis Butik Ayu, sebuah butik perkahwinan sebelum disapa tidak senang oleh gadis kelam kabut tadi lantas menyerahkan seutas jam tangan bewarna emas, yang kemudiannya menggeleng-geleng kepalanya seolah-olah tidak percaya akan sikap cuai rakannya itu. Si gadis yang dilihat Naufal itu berwajah sangat gembira setelah hampir dua minit lamanya beliau kelihatan menyelongkar segala isi begnya dengan penuh usaha.
Gadis itu mengukir senyuman sangat manis, sambil mata bundarnya tekerdip-kerdip perlahan. Tona kulitnya yang cerah dan bibirnya yang merah menjadikan si gadis persis dewi dari mitos dongeng.
Subhanallah..cantiknya dia…
Ya Allah..sifat lemah manusia ini membuatkan aku ingin memilihnya. Mahu menjadikannya suri hidupku.. Tidak untuk dunia, tetapi juga Akhirat.. Ya Allah, andai Wirda pengubat sepi,berikanlah restu dan halalMu
Sesungguhnya dalam kisah mereka itu ada ‘ibrah (pengajaran) bagi orang-orang yang berakal. Bukanlah Quran ini perkhabaran yang di ada-adakan saja, bahkan ia membenarkan (kitab) yang dihdapannya dan menerangkan tiap-tiap sesuatu, lagi petunjuk dan rahmat bagi kaum yang beriman
YUSUF: 111
YUSUF: 111
BERSAMBUNG
Anda boleh mengundi karakter kegemaran anda, di poll bawah. Sila skrol;)
Bagi korang yg nak join sama2 dengan aku sebagai rakan sekarya dalam AKSARA KERAIAN, sila hantar karya bab 1@prolog korang di email berikut faizalsulaiman85@gmail.com
5 comments:
"Jadilah engkau! Lalu jadilah ia"
ah, Kun fayakun...
insyaAllah, bisa menemukan
rusuk kiri itu nnt!
nak bace lagi..nak bace lagi..
cik ian@aH Lian~ ---)InsyaAllah..jika jodoh mereka ada;)
Nazz@Purple---)thanks nazz;)
mmg sedih kalo insan yg kita saygi memilih org lain..tp itu takdir yg telh ditentukan...redha dan pasrah dgn ketentuanNya...
pasti ada yg terbaik yg tlh ditentukan olehNya...
aku suka bahagian ni...naufal sangat :)
Post a Comment