Saturday, April 17, 2010

REVIEW 6: T-SHIRT, TEMPOH DAN KEBIMBANGAN SUMBAT


Salam;

Sepanjang minggu lepas, tiada penyertaan dari sebarang blog untuk menyertai kontes Earth We Care, We Love You ini. Kurang promosi agaknya disebabkan si penulis masih mencari rakan sepenulisnya yang masih belun berjumpa.hihihi

Mereka yg menyertai, bolehlah menyemak list nama di sebelah kanan korang dan sila beritahu aku jika ada nama korang yang belum di senaraikan;). Tarikh contest, seperti yg sedia maklum sudah ditukarkan kepada 30hb April 2010 dan mereka yg belum menyertai, bolehlah berbuat demikian ya!

Harini, aku tunjukkan baju yg bakal dimenangi oleh pemenang pertama. Kalaulah aku boleh masuk jugak kontes ni, kan best?!. hehehe



Seterusnya adalah mengenai pembikinan novel online di Aksara Keraian yg kini sudah mencecah 13 episodes. Alhamdulilah berkat kesabaran dan kesungguhan, ada jugalah readers yg boleh menerima sedikit perubahan dalam cerita itu. Terima kasih daun keladi!

Ya, cerita itu complicated dan aku sebagai penulis cuba mahu mencabar minda pembaca dengan sesuatu yang baru. Kalau JK Rowling mampu membuat saga Harry Potter dgn sangat details and complicated, mengapa tidak aku?.

Pembacaan novel (novel ya..bukan short stories) perlu mempunyai kaitan antara satu bab dengan bab yang lain. Ini dinamakan kronologi. Kronologi yg baik perlu ada sebab dan akibat. Pembinaan characters juga penting. Jangan semberono meletakkan satu watak lelaki kacak-sempurna @ perempuan cantik jelita tetapi kita (penulis) langsung tidak mengkaji asal usul karakter tersebut.

Okay contohnya:
Kalau watak villian (jahat), apa yg penulis perlu kaji adalah: kenapa dia jadi jahat. Apa yg menyebabkan dia jadi jahat. Takkan semua org dalam dunia ni dilahirkan jahat?. Jangan jadikan "tiba-tiba je jadik jahat" sebagai alasan (oh come on?. Tiba-tiba?). Adakah disebabkan dia terdesak kerana memenuhi tuntutan hidup, menjaga kepentingan, etc. Jangan terkejut akan ada pembaca sukakan karakter jahat yg direka oleh penulis, kerana mungkin merasa simpati dengan watak jahat tersebut!

Maknanya, kau perlu lihat watak jahat itu dengan pandangan sudut pelbagai dimensi. Pentingnya juga methodology cerita. Bagaimana flowing cerita kau itu. bergerak Ada readers kurang gemar (lebih kepada tak suka langsung) dengan penceritaan cerita jenis back and forth (flashback) maka penulis tidak mempunyai cara lain dengan terpaksa menggunakan linear plot story.

Plot falshback tidak lain adalah untuk menguji tahap kritikal thinking pembaca. Sebagai penulis, kita boleh menilai dalam banyak2 readers, akan ada seorang dua yang boleh dikatergorikan sebagai "intelligent". Bijak dalam menganalisa cerita and yes of course ;you've used your brain succsessfully!. Sebagai penulis juga, kita gemar jika a few readers dapat meneka what is really going on with the plot, characters even the ending of the story.

Sebagai readers juga, sometimes memang kita memerlukan sedikit bacaan berat selain bacaan ringan dan cerita yg boleh dijangka penyudahnya. Cabar fikiran kita dengan sesuatu yg complicated selain boleh melatih minda kita menyelesaikan masalah (puzzles).

FaizalSulaiman:---)Sekadar menulis...

5 comments:

me_nazri said...

wah....best nye baju nih....

Anonymous said...

sungguh menawan baju hitam itu....

contestant : checked!!
\(^__^)/

hans said...

aku nak baju nih
bleh kah?

M!Er4N said...

cantik baju..free ek?hehehe

Captain said...

ad agi ke baju tu?!

Anda Mungkin Menyukai

src="http://www.linkwithin.com/widget.js"> Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer is his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please note that all works include short stories and online novels published in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer first.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED