Sebelum ini dalam Prosa Cinta Amir Naufal
Pertemuan dua beradik, Ummi Syafiqa dan Iman Syakirin menggetarkan jiwa lelaki Iman terhadap pandangan mata pelajar praktikal kakaknya, Wirda. Undangan perkahwinan Haryani diterima Naufal dengan hati yang redam dan tatkala Kun Faya Kun-Maha Pengasih terjadi, hijab kasih Naufal tersingkap sekaligus terusik dengan si dewi pemilik jam. Saat perih cintanya sukar dilupakan, Maha Kuasa seolah-olah memberinya satu hadiah yang indah cuba menggembirakan hatinya yang lara
“Macam tak percaya Natrah dah balik Malaysia. It had been two damn years and I miss you very much!!”, ujar Natrah sambil mengirai-ngiraikan rambut merah semulajadinya dengan manja. Wajah Iman Syakirin-lelaki yang dahulunya menjadi penyelia ketika dia masih menjadi pelajar praktikal di Iman’s Creator, syarikat senibina kepunyaan Iman-dipandang dalam-dalam. Dia akui, selama dua tahun dia kembali pulang ke Belanda menjadikan dia penasaran!. Dia rindu akan gurauan Iman. Bisikan hangat Iman. Bait-bait puitis Iman setiap kali kata-kata lelaki itu menusuk lemah ke lubuk hatinya. Dia kembali ke Malaysia atas satu tujuan. Satu tujuan yang membulatkan tekadnya supaya Iman menerimanya sebagai isteri yang sah!
Iman, walaubagaimanapun memandang gadis itu kosong. Kosong sekosong-kosongnya. Dia bagaikan tidak ada ghairah bila si cantik Natrah kembali semula ke pangkuannya. Entah mengapa, bayangan cantik Natrah susut perlahan-lahan lalu berganti gadis berjubah, bertudung labuh dengan sepasang mata yang galak terkerdip-kerdip umpama bintang kejora sayup memerhatikannya sambil mengukir satu senyuman yang menghangatkan.
Gadis berwajah lembut, ayu dengan ulas bibir merekah merah ranum seperti masaknya delima…
“Iman?!. Are you listening?”
“Err..kenapa?”
“Awak berangan ya?!.”
“Tak adalah!. Apa you mengarut ni?”
“Don’t you lie on me. I tak suka orang tipu I!. I can see in your eyes!”
Renungan tajam Natrah tiba-tiba menombak tajam ke arah dua pasang mata Iman yang dilapisi dengan kaca mata berpetak lutsinar. Jiwa lelaki itu tiba-tiba kacau!. Ahhh sudah kalau si rambut merah ni dah start merenung!. Mahu terbakar mata aku dibuatnya! Mutant ke apa minah ni?!
“You! Please stop. Natrah tahu kan Iman tak selesa kalau Natrah pandang Iman macam tu”, ujar Iman perlahan cuba membunuh renungan menjengkelkan gadisnya itu. Kelihatan Natrah menghela nafas panjang, lalu menghembusnya perlahan. Dia memandang wajah Iman dengan renungan penuh kasih sayang. Natrah akui, jika dibandingkan dengan Tyler, Huttington, William mahupun Stephen-bekas kekasih-kekasihnya, Iman jauh tertinggal di belakang. Dia akui cara hidupnya banyak berubah semenjak umur empat belas tahun menetap di Belanda, ketika ibunya meninggal dunia dan selepas itu, ayahnya seorang Belanda membawanya menetap di sana.
Jelas, pegangan Islamnya semakin terhakis sedikit demi sedikit. Dia mula lupakan solat sedangkan dia tahu solat adalah tiang agama. Dia semakin menjauhi kehidupan penuh beretika seorang muslimah. Auratnya terdedah. Malah dia semakin bangga menunjukkan uraian lebat rambut merahnya (yang diwarisi dari keturunan bapanya) dan merasa sangat gembira jika ada jejaka memuji-muji kecantikannya.
Tetapi tidak Iman. Iman melayani dirinya dengan penuh hemah. Sering membuatkan dirinya berharga. Iman selalu menggilap debu-debu yang terpalit agar dirinya sentiasa bersinar terang.
“Kenapa Natrah diam?”, tiba-tiba Iman bertanya menyentak ingatan manisnya mengenang perilaku lelaki itu yang serasakan cukup menyenangkan. “Natrah masih curiga pada Iman ya?”, lelaki itu masih menebak sehingga senyuman Natrah terukir lawa. Gadis itu menggeleng-geleng lantas memperbetulkan duduknya yang canggung.
“Iman rindu Natrah?”
Soalan gadis itu bagai merentap terus tangkai hati lelakinya. Iman merenung wajah Natrah sekilas. Jujurnya, dia sendiri tidak tahu perasaan apakah yang sedang berperang sekarang. Hakikatnya dia rindu. Rindu yang teramat sangat. Tetapi semakin dia menterjemahkan rasa rindu kepada gadis yang bernama Natrah Syaida, nafsunya mula terkenangkan si pemilik mata bundar yang benar-benar telah melekakannya. Bagaikan ada satu rasa; bagai menghasut dirinya supaya memutuskan hubungan dia dengan Natrah dan mencari siapakah gerangan si mata bundar itu lantas terus berkahwin dengan dia!.
“Rindu!”, hanya itu sahaja yang berjaya diungkapkan, menyelindungkan betapa berbelah bahaginya perasaan Iman tatkala ini. Soalan Natrah bagai meletakkan dirinya membuat keputusan untuk hidup dan mati!.
Natrah tersenyum lagi sambil cuba untuk meraih jari jemari berurat Iman sebelum talian bimbit lelaki itu berbunyi. Lelaki itu lekas menyeluk poket seluarnya, menjawab pantas tanpa langsung mempedulikan raut wajah Natrah yang tampak sedikit kecewa.
Ada sesuatu yang ingin saya katakan pada awak Iman, sangat penting dan ianya berkait rapat dengan masa depan kita…
Jam lapan empat puluh lima minit malam dan kelihatan Amir Naufal masih menyempurnakan sujud terakhir menghadap Maha Pencipta untuk kesekian malamnya. Bacaan tahyat akhir disempurnakan dengan jelas dan nyata, langsung menyatakan kesaksian kepada Yang Esa dan PesuruhNya dengan lafaz penuh tertib dan terjaga tajwidnya. Nafas dihembus sebelum kedua salam diucap ke kanan dan kiri menandakan usai sudah rukun sebagai muslim sejati.
Wajahnya diraup merenung seketika hamparan sejadah tempat sujudnya dengan zuhud. Dan tatkala memandang lukisan masjid mengasyikkan di hamparan merah itu, hatinya runtun mengenangkan badai cinta melanda yang langsung tidak pernah berkesudahan.
Ya Allah..Kau penciptaku. Kau menjadikanku. Aku kalah akhirnya. Aku lemah penyudahnya pada dugaanMu. Dan jika ini terbaik buatku, aku redha Ya Rahman Ya Rahim. Jika dugaanMu ini bagai kifarah dosa yang harus ku tanggung, aku pasrah, berserah langsung kepada ketentuan ini.
Dia mengucup kedua tapak tangannya mengucap syukur Alhamdulilah selesai doanya. Ya benar. Andai ini yang terbaik untuknya, dia menerima saja.
Bukankah Allah Lebih Mengetahui?
Dia menyarung kasut kulit hitamnya sambil memandang gelap malam yang semakin memekat. Dia mula berjalan perlahan, lantas entah mengapa tiba-tiba sahaja teringat wajah ibunya,Maisara di kampung. Betapa susahnya si ibu tua itu membesarkan dia dan adik perempuannya Aminah Nur Umaira dengan sabar dan teguh setelah ayahnya, Kamal Abdullah hilang di laut ketika musim tengkujuh melanda kampung mereka dia Pulau Inai, berbelas tahun dahulu. Waktu itu, dia baru berusia sembilan tahun dan adik perempuannya tujuh tahun. Waktu yang sangat polos ditinggalkan oleh seorang pelindung keluarga yang bernama ayah.
Dan sejak dari itu, Maisara-ibunya menjadi pendidik dan pembimbing. Pencari rezeki dan nafkah keluarga, membesarkan hidup dia dan adiknya sehingga berjaya ke Universiti seterusnya berjaya menyenangkan kesesakan keluarga yang mereka alami selama ini.
Alhamdulilah..Syukur Maha Suci Allah!. Rezeki dan rahmat darimu melimpahi ke keluarga kami!. Sesungguhnya kami hamba hina dina memohon belas ihsan, menumpang di bumi Mu, Allah.
“Saudara tak kunci pintu besar tu!”
Naufal tersentak. Matanya terkebil-kebil seketika sebelum tersedar yang dia sudah kembali ke dunia nyata. Dia berpaling pantas ke arah suara mersik itu sebelum dengan tiba-tiba sahaja terpukau.
Si pemilik jam itu lah!. Gadis yang bernama Wirda!
“Apa..apa dia?”
Sungguh benar!. Dia langsung tidak menyedari ada seseorang telah menegurnya dan yang menegur itu pula adalah si gadis yang di tunggu-tunggu kemunculannya selama ini!.
Gadis itu menggeleng-geleng perlahan sambil tersenyum ayu. Kad pelajarnya yang tergantung di leher kelihatan terkontal kantil dipuput bayu malam.
Subhanallah..Manisnya senyuman dia!
Naufal bagai terleka seketika…
“Pintu premis pejabat saudara tak berkunci. Nanti kalau pencuri masuk, bagaimana?”, ulas gadis itu lemah lembut sambil memperbetukan tudung labuhnya sedikit yang ditiup angin. Naufal tersenyum lawa sehingga menampakkan alur lesung pipitnya yang menawan.
“Bagaimana kalau takdir Allah sudah tertulis..kun faya kun!. Kita tak boleh elak, kan?”, duga Naufal cuba untuk menguji si gadis. Gadis itu langusng tidak melenting, sebaliknya turut mengukir senyuman manisnya sambil mengerdip mata bundar yang kelihatan sangat cantik.
“Kita tak boleh menyerah saja pada takdir. Dalam hidup contohnya. Ia umpama perjuangan besar yang harus kita tempuhi. Kita harus berusaha. Allah menggalakkan kita berusaha untuk mencapai sesuatu. Dan sedaya upaya berusaha mencegah dari sesuatu yang buruk berlaku merupakan amalan yang sangat dituntut dalam agama kita”, ulas gadis itu bijak membuatkan hati Naufal benar-benar tertawan. Agak lama dia merasa terpegun dengan jawapan panjang lebar si gadis membuatkan lelaki itu sekali lagi leka untuk mengunci premis pejabatnya.
“Boleh saya tahu siapa nama saudari?”
Buat seketika, Naufal dapat merasa natijah disebalik soalannya itu. Kelihatan si gadis tersenyum tidak menjawab, menguatkan lagi keyakinan Naufal yang di sebenarnya sudah bertindak tergopoh gapah. Dia akui, dia tidak sepatutnya bertanya itu dan ini kepada si empunya badan. Esok lusa masih ada, dan Naufal yakin, Allah akan sentiasa memberi jalan untuknya berkenalan dengan si gadis berlitup itu.
“Saya Zulaikha. Zulaikha Wirdani”
Soalan Naufal berjawab!. Dan entah mengapa, bagai ada satu getaran hebat melanda jiwanya saat ini. Adakah ini nafsu Syaitan ataupun gelodak perasaan gembiranya setelah agak lama perasaan terpendamnya pada Zulaikha Wirdani akhirnya terburai jua?.
“Wirda!. Kau tak nak balik ke?. Ummi dah tunggu kau ni”, laung satu suara nyaring dari tingkat bawah bangunan. Mereka yang berada di tingkat satu saling berpandangan sebelum Zulaikha Wirdani melemparkan senyuman sebelum pantas berundur pergi. Agak lama gadis itu menghilang, Naufal akhirnya tersedar yang namanya sendiri masih belum diberitahu kepada Zulaikha!.
MasyaAllah…khilafnya aku!
Lelaki itu menggeleng-geleng perlahan sambil tersenyum sendiri mengenangkan kebodohan diri. Namun, jauh di sudut hatinya dia berbisik pada Yang Maha Kuasa agar cintanya kekal abadi.
Aku hanya ingin cinta yang halal, dimata dunia dan akhirat…
Bersambung
Tweet

**

Sesungguhnya disamping kesukaran ada kemudahan
AL-INSYIRAH: 5
AL-INSYIRAH: 5
Bersambung
3 comments:
mudah untuk dicerna prosa kali ini.
:)
cik ian@aH Lian~---)thanks Ian. err sebelum ni susah ke?LOL;)
tima kasih ya kerana sudi membaca;)
apalah agaknye akan terjadi kat iman ngan natrah yer...
Post a Comment