Thursday, April 08, 2010

PROSA DUA


Sebelum ini dalam Prosa Cinta Amir Naufal
Prosa cinta bermula dengan kekecewaan Naufal. Haryani meninggalkannya lantas menemukan dia dengan si pemakai jam yang hanya dipisahkan dengan hijab. Adakah gadis itu bakal peneman hidupnya hingga mati?



Malam menginjak rembang siang. Dan tatkala fajar mulai menyinsing di keheningan pagi, Naufal bangkit dari tidur. Menyempurnakan penyucian hadas kecilnya sebelum bangun bersyukur menuju ke bilik air mengambil wudhuk bagi mengerjakan solat Subuh. Usai bacaan bersulam bacaan, lalu diakhiri dengan doa merendah diri, Naufal kembali terkenang perasaan rindu tidak terbendungnya pada Haryani-gadis manis berambut ikal mayang, dengan warna kulit cantik membaluti tubuh mungil itu.

Astaghfirullahalazim! Apa yang aku sudah bayangkan ini?. MasyaAllah. Wahai Maha Perkasa, jauhilah aku dari Syaitan yang dilaknat!.

Naufal meraup wajahnya pantas, sebelum menolak rambut basahnya kebelakang lalu menghela nafas panjang-tabiat biasanya-lantas berfikir dengan sangat bersalah tentang dosa kecil yang sudah dilakukannya tadi.

Wahai Tuhan, jauh benar hamba-Mu menebak. Maha Suci Mu Allah, ampuniku!


Naufal bingkas bangun, melipat sejadah hijaunya dengan sempurna sebelum menuju ke arah dapur, melihat Fahrul tersenyum simpul sambil kelihatan lelaki berkain pelekat itu sedang membancuh minuman kegemarannya, Nescafe.

“Kau nak satu?”
“Boleh juga.”

Hatinya lapang dengan pelawaan Fahrul. Pada lelaki itu susah senangnya berkongsi. Malah dengan Fahrul juga tempat dia meluah masalah, termasuk nawaitu sucinya mahu memperisterikan Haryani, yang akhirnya disambut dengan kata-kata tidak bersetuju oleh Fahrul.

Nescafe terhidang panas dengan seraut wajah ikhlas Fahrul menghulurkannya.

“Kau masih terkenang Haryani, Fal?”

Fahrul bertanya sambil merenung wajah celaru Naufal. Fahrul bagai dapat merasa ketidakselesaan lelaki itu sebelum Naufal mengangkat wajahnya tenang. Dua saat kemudian, lelaki itu tersenyum penuh makna. Tampak dari raut wajah bersih itu, lekuk lesung pipitnya yang manis.

“Orang bertepuk sebelah tangan beginilah nasibnya”, ujar Naufal sambil melihat rona sahabatnya mengerti. Fahrul menyudahkan baki Nescafe panasnya sebelum membawa cawannya untuk dibasuh.

“Mungkin bukan dia rusuk yang diciptakan buat kau. Sabarlah Fal”, pujuk Fahrul tenang sambil melihat jam dinding di dapur yang sudah menghampiri ke pukul enam empat puluh lima minit pagi. Lelaki itu bergegas, sebelum Naufal masih memikirkan perihal rusuk kiri dan si empunya jam yang secara tiba-tiba menerobos ke mindanya tanpa di sangka.

**

“ Iman! Ada pesanan buat kau!”

Jeritan pembantunya, Khalidi sungguh memeranjatkan. Lelaki berambut sedikit panjang, belah tengah itu cuba menyelindungkan rasa terkejutnya sebelum beristighfar panjang.

“Kamu kalau tak sergah aku satu hari, tak boleh agaknya ya?”, tegur Iman tegas. Serius saja wajahnya. Khalidi yang merasakan salahnya yang bertimpa, mula menyusun langkah maafnya. Dia arif benar. Iman kalau sudah memulakan perkataan “kamu” di dalam kata-katanya, sudah jelas yang lelaki itu sangat tidak berkenan dengan perilakunya.

“Maaf Tuan. Saya..
“Sudah. Jangan buat lagi, tahu. Dan tak payah mengada-ngada nak memanggil aku Tuan!”

Khalidi akur. Lantas tanpa banyak kira-kiranya, dia menghulurkan Nokia nya kepada Iman sebelum lelaki berkaca mata itu membaca teks mesej yang terpapar dengan senyap. Seketika dia menarik nafas dalam-dalam sebelum menghembuskannya berat.

“Siapa, Iman?”
“Natrah..Natrah Syahida. Gadis kacukan Belanda yang aku kenalkan pada kau dulu?”

Wajah Khalidi berkerut cuba mengingat. Diputarkan mindanya cuba mencari pusing Natrah Syahida dengan pantas.

Natrah Syahida..Natrah Syahida..Natrah Syahida

“Budak perempuan yang datang buat latihan industri di ibu pejabat kita. Takkan kau sudah lupa?”, deram Iman jelas tidak berkenan dengan perilaku Khalidi yang terkumat-kamit mengingati gadis bernama Natrah Syahida.

“Ohh..budak perempuan cantik, bermata bundar yang datang dari Belanda itu ya?. Yang rambutnya perang kemerahan tu?”, Khalidi meneka sebelum kelihatan Iman mengangguk tidak ketara.

“Dia nak datang Malaysia”
“Tujuannya?”

Pertanyaan Khalidi tidak berjawab sebaliknya dibiar tergantung membuatkan pembantunya termanggu-manggu bingung. Tetapi, tidak untuk Iman. Kedatangan Natrah Syaida membawa sejuta makna. Rahsia lama yang mengikat dia dengan gadis itu..

**

Zuhur lewat lima belas minit dan kelihatan Amir Naufal masih menghadap fail kerjanya. Sesekali dia stress sambil mengurut lembut sekitar pangkal lehernya sebelum menyedari suruhan Allah sudah telat untuk dikerjakan. Kasut formalnya berganti selipar Jepun dan menggagah terus ke bilik wudhuk bagi menyempurnakan tugasnya sebagai hamba suruhan Allah.

Dia sudah berdiri qiam. Membaca alunan sunat Surah An Nas dengan tertib tajwidnya sebelum kedengaran bisikan halus di balik hijab labuh berwarna hijau yang memisahkan saf lelaki dan perempuan.

“Saudara..”

Konsentrasi Naufal tersentak. Dia qiam lagi. Memejamkan rapat matanya sambil beristihgfar berkali-kali agar solatnya sempurna sifat selain khusyuk.

“Bismillah..
“Saudara..maaf mengganggu”

Tumpuan Naufal benar-benar tersentap. Dia menarik nafas, menyudahkan istighfarnya sebelum berpusing menghadap hijab yang seolah-olah telah berkata-kata padanya.

“Siapa di sana?”

Senyap tidak menjawab.

“Maaf..saya sedang bersolat”

Kedengaran bunyi kain telekung sedang dilipat sebelum kedengaran gemerincing gelang tangan berlaga menandakan tanda kehadiran seorang perempuan.

“Saudari memakai gelang tangan?”
“Ya..Maaf kalau..
“Cuma mengingatkan ya, saudari. An-Nur ayat 30 ada menyebut…, Naufal menghela nafas kemudian menyebut dengan tenang.

“Katakanlah kepada orang-orang yang beriman laki-laki, supaya mereka merendahkan pemandangannya (melihat yang terlarang) dan menjaga kehormatannya. Itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa-apa yang mereka usahakan”

Gadis itu terdiam dibalik hijab sebelum kedengaran suara lembut itu berdehem lemah.

“Gelang pemberian arwah ibu. Wajar kan saya menyimpannya?”

Naufal tersenyum tawar sambil menggeleng.

“Niat tidak menghalalkan cara. Saya rasa kamu tahu tentang itu, bukan?”, kata-kata Naufal bagai terpukul di sanubari gadis itu. Sekali lagi dia terdiam, sebelum bersuara ceria-bagaikan cuba mengubah topik perbualan.

“Saya kemari, mahu mengambil kembali barang saya. Jam itu. Saya yakin saudara ada menyimpannya”

Naufal bingkas bangun, mengeluarkan jam bewarna emas yang dimaksudkan, dari poket seluar slacknya lantas menghulukannya ke dalam saf perempuan melalui bawah hijab yang labuh itu.

“Terima kasih, saudara. Moga Allah membalas budi baik saudara. Kalau ada masa dan umur yang panjang, kita pasti ketemu lagi”, suara mersik gadis itu berkata lagi sebelum kedengaran namanya dipanggil dari kejauhan.

“Wirda..cepat!. Nanti Ummi tanya pula kita kemana”

Dan dari saat itu, Naufal dapat merasakan setiap nadi zarahnya bergetar kencang.

Subhanallah, Wirda namanya! Indah bunyinya..

Zohor empat rakaat dikerjakan semula dengan hati yang teramat lapang…

Tidakkah mereka lihat, bahawa Allah melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendaki Nya dan menyempitkannya (bagi sesiapa yang dikehendakiNya). Sungguh tentang demikian itu, menjadi tanda-tanda (atas ada Allah) bagi kaum beriman ( AR-RUM: 37)

BERSAMBUNG

5 comments:

khasyikelvin_ said...

pendek sangat.
haih~ tak cukup.

FS: tak note utk jarak mesti di jauhkan. contoh ke mari, di balik, ke belakang.
manakala jika bukan jarak, haruslah dirapatkan seperti disangka.

overall, CI suka sebab sudah menemukan empunya jam tu;
wirda ya namanya?

Faizal Sulaiman said...

cik ian@aH Lian~---)thanks a lot cik ian;) ni tatabahasa memang FS nak kena alert gila2 neh;)

thank you ya!

Anonymous said...

aku suka giler ayat2 yg ko guna...mmg ayat2 cinta...tersentuh jiwa seketika...~layan perasaan~

Anonymous said...

x cukup...nk lagi...CEPAT2!!!

farida tarmize said...

sambung cepat dodol..aku dah dibuai asyik..cepat2..aku tendang nnti

Anda Mungkin Menyukai

src="http://www.linkwithin.com/widget.js"> Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer is his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please note that all works include short stories and online novels published in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer first.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED