Monday, December 14, 2009

MANA DOSA LAGI?


Dua entry harini. Ya. Memang aku bosan terlajak dan ia memaksa aku untuk mencari idea untuk entry terbaru. Sangat gigih ye aku update.hahaha

Entry ni berkaitan ngan adik tiri aku lagi. Kepada sesiapa yg lom tahu, aku ada dua adik tiri yg berumur 9 dan 7 tahun. Budak2 nak membesar..tau2 jelah mulut diorang. Puaka tak ingat dunia!
Asal marah je, ringan tol mulut nak sebut "binatang kaki empat, takde tengkuk tu". Kang aku belanja bakuteh baru korang tau!

Citernye mula camni. Si abang baru balik dari sekolah. Tengah syok2 dia cabut stoking, dia ngan bersungguh-sungguhnya bercerita ngan aku tentang dua orang kawannya Akim dan Nadhir berperang mulut didalam kelas.

"Angah nak tau, kawan kita Akim ngan Nadhir bergaduh dalam kelas tadi.", dia mula bercerita. Memula, mesti bagi mukaddimah dulu kan. Aku pon tanya balik. "Bergaduh bertumbuk ke?".
Adik aku menggeleng. "Bukan..bukan", katanya sambil memandang adiknya yang turut sama mendengar serta memeriahkan suasana "mari bercerita bersama kanak2 ribena" itu. "Akim kata..,babi la kau ni Nadhir, sebab Nadhir pinjam pemadam dia tak pulang", kata adik aku bersemangat memperjelas konflik kenapa dua kawannya bergaduh.

"Pastu, kau gitau cikgu la?", tanya aku sinis siket, saja nak tau adik aku ni kaki repot ke tak. Budak tu menggeleng. Yes!!Normal!. Rileks la. Boys will be boys kan? Chill!!. ahahaha. Ish apa aku melalut ni!. Dia menyambung lagi.

"Nadhir pon balas balik. Kau la anjing!. Minggu lepas kau pinjam kaler magic aku, kau belom pulang lagi!", sambung beliau yang kemudian memandang aku terkebil-kebil macam nak tanya sesuatu.

"Angah.., kalau kita sebut anjing ngan babi, mana yg dosa lagi?", tanya beliau ngan muka se-innocence-innocence- tidak itu. Oh my gucci!!! Time tu jugak aku nak ketawa besar!. Aku simpan dulu bagi menghormati permintaan beliau dan tiba aku nak cakap je, adik kepada beliau dengan tangkas menjawab, macam main kuiz tekan2 buzzer plak.

Dan dengan konfidennye dia jawab..

"Babi la dosa lagi. Kalau kita cakap babi depan orang tua2 kan kita kena marah. Kalau cakap anjing mana kena marah", si petah tu memberi jawapan "bernas". Sungguh ..aku terkesima!. Jadi sebelum si abang terpedaya ngan ajaran ala Ayah Pin adik aku yg maha sesat tu aku terus betolkan.

"Kalau dah namanya carut camtu, dosa la hukumnya. Mana main kira binatang kalau niat kita nak mencarut."

Si abang ngan si adik pon paham. Tapi belum 5 minit aku tinggalkan, si adik dah menjerit nama cik bab tu kuat2 sebab si abang suka mengusik beliau.(sangat mengikut perangai aku.hahaha).

Kalau korang, mana lagi prefer?hahaha..takya jawab pon takpe..ngeee

NotaKakiFaizal--)Entry mengumpul dosa.hohoho

14 comments:

Syarifah Nadiah said...

nk cakap bleh. haha
tp pronouns maybe berbeza or ejaan berbeza hee.

bEEdLE d' bARd said...

haha..klakau la..best kan ada adik? aku rasa ko mesti syg sgt kan ngn adik2 ko tu? just nak bg pendapat, kalau ko btol2 syg kt diorang, apa kata ko ckp je diorng tu adik2 ko without perkataan tiri kat blkg..nmpk lebih mesra, bukan maksud aku untuk menidakkan hakikat, tp ntahlah, macam nmpk lebih best bila dipanggil 'Ini adik2 aku, adik2 yang aku syg sgt2..huhu...eh, ter'membebel' lebih plak..sorry yer..

FaizalSulaiman said...

Syarifah Nadiah--)ya ya saya tahu itu,hehehehe

FaizalSulaiman said...

bEEdLE d' bARd--)ello bard.1st congrats okay.thanks for ur advice.okay nanti aku panggil depa adik2 aku.da ramai kwan2 suh panggil adik betol.hehehehehe

Tunjuk Bintang said...

ko cakap la kat adik ko tu.. jangan cakap babi, cakap babeng.. boleh kan!

jangan cakap anjing.. cakap yanzing.. boleh jugak kan cikgu masak2?

FaizalSulaiman said...

Tunjuk Bintang--)wah..mengajar nih:-)

hans said...

ish,aku cakap Babi
anjing jarang
haha

FaizalSulaiman said...

hans --)ngeee..cik bab memang feymes sejak dulu lagi.nak2 H1N1 skunk ni. fofuler tol!

dark said...

klu adik aku, tenyeh dah cili api..wahahahaha~!!
aku abg yang amat kejam..
kekadang, ayat dak2 kecik ni leh wat kite terdiam gak kan?
hehehe..mana lg dosa?adehh..
cmne dorg leh pk ayat spontan-lojik camtu eyh?

FaizalSulaiman said...

dark--)hahaha..tenyeh tuh.heheh
budak2 nak membesar.mulut pon nak membesar gak.persekitaran banyak mempengaruhi.hoho

Primadona69 said...

ken...
tp klu kt ckp "sotong"..
dosa gak ker?
wakakakakka

FaizalSulaiman said...

Primadona69---)hahaha..hilarious..

'AQILAH said...

hahha apa-apa aje dieorang ni, sepupu aku 3 tahun, kalau dia marah dia cakap "taik hidung !"

aku lak yg geli2

FaizalSulaiman said...

'AQILAH--)budak2 itulah kejenye.lagi kita marah, lagi tu dia nak cakap.hahaha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer are his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site, the staff involved with the site, or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please noted that all works inclusive short story and online novel in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED

My other site: TUMBLR