Monday, December 28, 2009

PERCA-PERCA DUA RIBU SEMBILAN


Salam;

Tak sedar kan?

Tup..Tap je dah nak masuk 2010. Kejap je masa berlalu. Soalan favret aku kat korang;

Adakah azam korang sudah tercapai?Kalau kau tanya aku, separuh darinya sudah tercapai. Alhamdulilah. Perkiraan azam dihujung tahun tu boleh dikira lumrah. Nak eveluate diri katanya. 1 tahun 4 bulan sudah blogging, apa yg aku dapat?. More than just a friendship. Jom selongkar perca 2009 di blog ni!

Perca 1: Study
Aku sudahpun menghabiskan dengan jayanya program degree in Foodservice Management, Minor in Tourism Management ku di UiTM Puncak Alam. Penat study akhirnya terbayar dengan result exam yg sangat memuaskan. Pengalaman bekerjasama dgn Triangle Malaysia-Indonesia-Thailand merupakan moment terbest sepanjang bergelar student selain melibatkan diri dgn projek Advance Food, "Kerepek Petai" dgn 3 flavor. Continue for master?. Yes! But maybe 10 years from now coz aku nak start earning money as well as kumpul2 harta.hahaha


Perca 2: Followers dan Komentator
Setahun empat bulan blogging mengajar aku macam2 karenah blog followers. Ada yg willing to read, ada yg saja nak folow. . Tapi paling best, bila jumpa dan berdepan sendiri ngn beberapa followers blog nih masa aku study dulu. Selain tu, tukang komen juga memainkan peranan penting. Ada plak setiap kali komen, letak anony plak. Jangan suka2 hentam writer tu dan jadikan satu argumentation tu sbg satu yg menyeronokkan.

Perca 3: Kaki Wayang
Tak dinafikan aku memang "hantu wayang". Tapi quite choosy sket bila menonton. Ya la..duit ringgit tu kenalah dihabiskan dgn menonton filem yg berbaloi untuk ditonton kan? Beberapa filem yg aku dah tgk, sudah direview dlm blog ni and mostly.., semua best2!. Thn 2009, banyak jugak filem tempatan yg baik cam Geng Pengembaraan Bermula, Talentime, Setem dan Pisau Cukur. Sayang filem Papadom tak dapat ditonton di panggung. Di awal berblogging tu, ada gak 3 movie/drama yg aku upload dlm page ni. Antaranya siri seram tebaik "Kekasihku Seru", drama komedi seram "PONTI..anak Remaja" ngan filem muzikal/drama France "La Vie En Rose"


Perca 4: Contents
Masa memula berblog, ayat agak tunggang langgang. Even sampai la ni pun (hehe). Tujuan penting isi sesebuah entry adalah agar pembaca faham apa yg dibaca dan apa yg kita tulis. Tak salah kalau kau nak tulis beberapa perkataan ala gedik (cth kitew..adew..bilew etc..), tapi biarla bertempat okey. Sebab kesian kat reader kau yg berulang-ulang kali nak baca sekaligus memahamkan maksud perkataan tu. No offense here. Just a random advice:-)

Perca 5: Personal
Kerja. Itu sudah mesti dan aku tak sabar nak memulakannya. Serius!. Bila kau bekerjaya bagus, orang akan memandang kau dengan lebih bermaruah!. Slain tu, misi utk memenuhkan medical kit aku juga akan dipenuhi. Jangan tak tau ya, aku ni agak health freak siket. Kalu bleh, ubat-ubatan dlm kit aku tu nak sebanyak kat farmasi! hahaha. Satu hal lagi, novel thriller aku juga masih dlm proses penyuntingan. InsyaAllah, kalau takde aral melintang, tahun depan akan menghentam rak2 buku di kedai buku kegemaran korang. Cinta?..Tolak tepi dulu. Aku nak memenuhi kehendak self-esteem yg sekian lama terpendam. Cewaahhh ;-)


Perca 6: Krisis
Hidup mana tak dilambung ombak kan?. Biasalah, remaja riang ria cam aku sentiasa dihujani krisis dan konflik (gila ayat aku.LOL). Semester 5 merupakan cabaran terbesar. Siap kena sound "kau ni selalu marah kitorang". Aku memang sgt particular kalu tentang kerja. Entahlah ek, alami kot ;p. Aku bukan kuku besi @ diktator. Tapi aku mahukan yg terbaik. Tu saja. Tak salah nak membetulkan yg silap kan?.

Perca 7: Newbies
Ni yg aku syok nak tulis. Tanak spoil la. Yg penting, banyak benda2 baru akan muncul 2010 nanti. Tungguuuuu (gaya paknil.hahaha)

NotaKakiFaizal--)Keep blogging dan selamat Tahun Baru 2010

ps--)gambar sekitar UiTM Puncak Alam. Bilala aku nak pi sana lagi.huhuhuhuhu

12 comments:

mr.syazwan said...

SALAM 2010

MOGA 2010 LEBIH MANTAP N KEKAL FUUYOO

(^_^)

'AQILAH said...

heee selamat tahun baru :)

2009 banyk sangat memori yg tak kan aku buat balik 2010...huh

geee:) happy blogging juga..aku belum jumpa satu pun blogger2 ni..

FaizalSulaiman said...

mr.syazwan ---)yeah.kekal mantap ngan revive.hahahaa

FaizalSulaiman said...

'AQILAH---)kita jumpa pon sebab satu uni.hehehe..kalu tak..haram nak jumpa gak=)

ezzati said...

hepi new year...

FaizalSulaiman said...

ezzati---)happy new year gak zati;p..
wah zati punya comment adalah yg ke 1800!!

bEEdLE d' bARd said...

azam aku?byk yg x tercapai lagi kot..huhu..smbg ke tahun depan..
aku pon x suka org yg taep2 ade 'W" kat blkg..pe kebenda tu? susah nak paham pe dia tulis..guna perkataan biasa2 dh la..hehe...mesti ada yg hangin ngn aku ni nnt..

erm, aku dh btolkan balik comment box tu..

FaizalSulaiman said...

bEEdLE d' bARd --)takpe bard.kita geng.hehehehe.

okay aku suda bleh komen;-) selamat belajar kat puncak okies!

Mohd Noh Basri, said...

'perca 5' : personal
nampaknya tiada statement ttg alam rumahtangga :D
bilalah tu yek???
hehehe....

FaizalSulaiman said...

Mohd Noh Basri---)hahaha..lama lagi la bro.calon pon takde neh, cmne nak kawen?lalalalala

iyllienaz said...

happy new year!!=)

FaizalSulaiman said...

iyllienaz---)happy new year iyllie;-)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer are his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site, the staff involved with the site, or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please noted that all works inclusive short story and online novel in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED

My other site: TUMBLR