Wednesday, December 02, 2009

7 HARI: EPISODE 7: -BAHAGIAN 2-

DUA JAM SEBELUM MAJLIS PERKAHWINAN

Petang Ahad yang sangat cerah

Ia sepatutnya menjadi hari bahagia buat Amy dan Syah. Tatkla tetamu yang hadir membanjiri khemah putih sedang menanti pasangan pengantin, mereka dihiburkan dengan alunan muzik jazz dan kelihatan kebanyakan dari mereka sedang menjamu sedikit makanan berjejari yang ditempah khas dari Katering Johan dan Johanna, krisis keluarga kecil Rashid nampkanya seperti baru bermula.

Tentunya apabila bercakap tentang dua beradik ini, Eza dan Amy; mereka ternyata mempunyai dua personaliti yang berbeza. Eza, si adik yang memberontak. Pernah lari dari rumah kerana satu sebab yang disimpan kemas oleh keluarga itu dan merancang mencuri harta di dalam rumahnya untuk diberikan kepada Jason, sebagai akibat dia meminjam dengan si lintah darat. Amy pula dididik sebaik mungkin dan sedang dalam perjalanannya untuk bergelar isteri kepada Syah, lelaki yang sempurna pada pandangan mata gadis itu, yang kini dalam dilema kerana syarat yang diletakkan Syah, dalam usaha mereka untuk menyelesaikan hutang Eza, masih belum didedahkannya.

Dan dua jam sebelum mereka di sandingkan, Adriana Albanes, bekas pembantu rumah mereka hadir membuat kejutan, yang selama ini mereka anggap telah ghaib atau mungkin sudah mati. Seisi keluarga Rashid bersama Adriana dan Edie duduk di ruang tamu mereka, manakala Elena, isteri Rashid yang semakin hilang rasa terkejutnya, sedang menghidangkan teh dan beberapa biji kuih.
-“Saya hamil!”, kata Adriana mendatar dan kelihatan Eza sedang melopong, Amy tertumpahkan sedikit tehnya manakala Edie sedang mengurut dadanya sambil berkata Oh My Gosh dengan perlahan. Elena ketara berubah wajahnya dan suaminya Rashid seperti menerima butir kata itu dengan pasrah.
-“Itu bukan anak saya!”, bela Rashid perlahan sambil menekupkan wajahnya yang semakin bermasalah dan menunduk ke lantai. Elena memandang rona bekas pembantu rumahnya itu dengan pandangan tajam biasanya. Dia memutuskan yang saatnya sudah tiba lantas, mengeluarkan sesuatu dari balik poket seluarnya, mula bangun perlahan dan tatkala menunjukkan alat itu kepada Adriana, masing-masing menjerit cemas.

-“Tak ada sesiapa yang akan keluar dari rumah ini!”, bisiknya mengancam sambil mengacukan pistol yang lengkap dengan silencernya tepat ke wajah Adriana. Elena berjalan keluar dari perhimpunan kecil itu, kemudian menghampiri langsir yang berdekatan, lantas menutupnya dengan pantas. Ruang rumahnya kelihatan suram. Dia mengacukan lagi pistolnya ke merata arah.
-“Jelaskan kepada kami, mana awak menghilang selama ini?”, soalnya garang. Adriana mula kelihatan sangat takut. Dia menjawab dalam ketar. –“Saya sembunyikan diri. Pergi ke rumah kakak saya, Adeline yang terletak di ibu kota. Disitu saya dapati saya hamil.”, katanya terus terang dan kedengaran suara Edie menyampuk tidak semena-mena.

-“Kakak awak Adeline?. Model kalender SexyBug tu?. Patutlah awak cantik! Kirim salam saya padanya ya!”, puji Edie dalam situasi genting itu dan kelihatan Elena lebih berang dari sebelumnya.
-“Boleh tak kau diam dari bercerita benda-benda bodoh tu?, dan kau boleh simpan salam kau ke neraka, Edie!”, bentak perempuan itu garang. Edie tergamam seraya berdecit cemas dan sengaja menghimpit-himpit ke arah Jason yang duduk disebelahnya.

-“Kau hilang tiba-tiba. Seluruh residen disini sibuk mencari engkau. Buat poster tentang kehilangan engkau. Kau langsung tak sedar ke?”, marah Elena lagi dan kali ini wajah Adriana kelihatan lebih berani. –“Saya tak suruh mereka risaukan saya. Sepatutnya awak yang patut merasa risau!. Pernahkan awak tahu yang suami awak ada hubungan sulit dengan saya?. Pernahkan awak tahu dia pernah menampar saya dan mencekik leher saya dua minggu yang lalu, sebelum kehilangan saya?. Dia cuba untuk membunuh saya!”, bentak Adriana segarang Elena. Perempuan berusia itu kelihatan biasa-biasa sahaja. Dia tersenyum mengejek sambil matanya memerhati suaminya yang nampak semakin tertekan.
-“Kau ingat aku bodoh ya?. Isteri mana yang tak syak, kalau tiap kali ingin berjumpa suami sendiri, kena buat appointment dulu?. Aku dah lama pasang perangkap, cuma tunggu engkau saja yang masuk jerat!”, bisiknya perlahan. Adriana tertawa seperti budak perempuan. Tawanya seperti mengejek Elena.

-“Kau memang bodoh dan kau memang layak untuk dikhianati!. Kau sendiri yang membuat fitnah terhadap Syah, supaya dia putuskan cintanya dengan Eza yang membawa kepada kekecewaan budak perempuan itu. Empat tahun hatinya kau kecewakan, lantas melarikan diri dari rumah. Sebab kenapa?. Sebab dia bukan anak kau kan?. Kau lebih sayangkan Amy!. Kau tengok apa yang dah jadi dengan budak perempuan malang itu sekarang?”, jerkah Adriana mempedulikan kemarahan meluap-luap Elena yang nampak sudah sampai ke kemuncaknya. –“Diam kau perempuan tak guna!!!”, bentaknya sambil melepaskan satu das tembakan dengan bunyi yang paling senyap ke arah perempuan itu.

Adriana rebah. Matanya terbelalak tatkala peluru pistol itu tepat mengenai jantungnya.
Masing-masing kelihatan sangat takut dan kedengaran dari luar satu bunyi sayup-sayup hilaian tawan Puan Suraya memecah keheningan petang.

-“Jadi..semua dah tahu keburukan mama lah ya?”, jerit Elena seperti perempuan kurang siuman. Pistol itu diacukan terus, satu persatu ke arah orang-orang yang dikenalinya.
–“Mama memang membenci kau, Eza. Kau anak pungut!. Bukan dari keturunan kami. Jadi sebab itu mama pastikan yang lelaki sebaik Syah tidak akan jatuh ke tangan kamu. Jadi mama fitnah yang kamu sebenarnya seorang penagih dadah kepada Syah dan dalam masa yang sama, mama menyuruh Syah meminang Amy, yang jauh lebih baik dari kamu!”, tegar suara Elena yang kelihatan sudah basah dengan juraian air mata, seperti menyesali apa yang sudah dilakukannya itu. Eza kelihatan tergamam. Wajah Amy pula kelihatan sangat bersalah. Dia yang sudah lengkap berpakaian gaun pengantin sedia bangun menghampiri ibunya. Namun, Elena seperti sudah dirasuk syaitan.

-“Kau jangan dekat, Amy!. Mama kotor!. Mama sudah mengecewakan kamu!”, pekiknya sambil mula mengacukan pistol ke kepalanya sendiri, merancang untuk membunuh dirinya. Namun, tindakan Jason lebih pantas, lantas merampas pistol itu dari tangan Elena dan yang anehnya.., dia tidak menyimpan pistol itu.

Sebaliknya, dia mengacukan pistol itu tepat ke dahi Amy sambil tersenyum jahat.

-“Aku harap drama keluarga ini sudah habis!”, bisik suara misterinya ke seluruh orang-orang sekelililingnya yang kelihatan pelik dengan tindaknnya. Elena menghampiri suaminya dan kelihatan mereka saling berpaut antara satu sama lain sambil memandang anak perempuan mereka dengan sangat bimbang.

-“Pengorbanan cinta?. Kamu semua tak mahu tahu pengorbanan cinta aku?. Dan yang paling penting kenapa..”, bentak Jason garang sambil memaut lehet putih melepak Amy sambil mengacukan pistol di genggamannya ke kepala gadis itu dan kemudian menyambung –“...kenapa si Amy pula yang menjadi mangsa?.”, soalnya jahat dan seketika matanya melorot ke wajah serba tidak kena Syah.

-“Amy masih ingat syarat yang saya beritahu tadi?”, soal Syah cuba mencari kekuatan untuk tenang. Amy mengangguk hampir tidak ketara. Syah dipandang penuh pengharapan agar dia dapat membebaskan persoalan antara Jason-dia dan Syah sendiri.

-“Syaratnya adalah..kita tak...perlu...kahwin!”, ungkap lelaki itu perlahan dan kali ini bukan Edie saja yang mengurut dada tanda terkejut, malah Rashid dan Elena turut merasa sangat tersentak. Eza walaubagaimanapun enggan kakaknya menerima nasib yang sama dengannya, terus menghampiri Syah dan memukul tubuh lelaki itu dengan tangan kecilnya dengan sangat kuat.

-“Lelaki tak guna!. Celaka kau!. Kau ingat ini apa hah?. Kau jangan suka-suka buat kakak aku menderita, tahu!. Aku takkan benarkan hati dia, kau sakiti, faham!”, pekik gadis itu semarahnya sehingga Syah yang sudah semakin tidak tahan, menggenggam tangan kecil Eza dan menghadapkan wajah merah padamnya ke muka gadis itu.

-“Jason kekasih lama aku!. Dia datang ke mari adalah kerana mahu bersama aku, faham!”, bentak Syah garang dan kelihatan Eza lemah lantas terkulai jatuh terduduk di atas lantai. Dia memandang wajah Jason dengan kerdipan mata yang penuh persoalan, di balik veil yang dipakai kakaknya untuk meminta pengertian.

Jason mengangguk tersenyum. –“Ya..kami gay!. Sebelum Syah kenal dengan kau mahupun kakak kau, kami sudah lama bercinta!”, jelas lelaki itu tegas sehingga Eza menekup telinganya, tanda dia tidak sanggup untuk mendengar. Dia sudah tidak tahan lagi menanggung penderitaan. Ditambah penderitaan yang bakal dilalui kakaknya nanti. Dia bangun sebagai wanita. Dia berlari menuju ke arah Jason yang kelihatan bingung dengan tindakan yang dilakukannya, lantas merempuh batang tubuh lelaki itu dengan kudrat wanitanya, membebaskan kakaknya dari cengkaman lelaki itu.

Amy berlari pantas menuju ke muka pintu, mempedulikan seratus tetamu yang melihat tindakan bodohnya berlari di tengah-tengah laman rumahnya ataupun gaun pengantinnya yang sudah mula koyak rabak. Kedengaran suara Syah memekik cemas dari dalam rumah.

-“Jangan Amy!. Dia ada pistol!”

Amy mempedulikan jeritan itu. Hatinya berganda-ganda remuk kali ini. Tidak pernah dia merasa kekecewaan seperti saat ini.

-“Saya sanggup berkorban!. Demi keluarga!”, jeritnya lantang tanpa menyedari sebutir peluru sudah menembusi belakang bahunya, menyebabkan dia rebah pengsan, sebelum kedengaran suara-suara cemas disekelilignya yang kemudian...sayup..

*
KEESOKKAN HARINYA...

Amy membuka matanya perlahan-lahan. Dilihat pada bayang yang berdetar, wajah adiknya Eza yang sembab mukanya sedang tidak lepas-lepas sedang memerhatikan wajahnya dengan pandangan sayu. Dia bangun perlahan, memperbetulkan kedudukan bahu yang dirasakan sangat perit ketika ini.
-“Jason ditangkap selepas kejadian itu oleh orang ramai dan bila ada tetamu yang masuk ke rumah nampak mayat Adriana, mama terus membuat pengakuan. Kedua-dua mereka di penjara sekarang.”, bisik Eza sambil mengusap perlahan rambut kakaknya. Amy kelihatan sangat sedih.
-“Kakak minta maaf atas apa yang terjadi, dik. Kakak tak tahu yang kau..”, ujar Amy perlahan dan apabila kelihatan Eza menggelengkan kepalanya, dia berhenti dari berkata-kata.
-“Kakak tak perlu ulang perkara lama. Semuanya sudah berakhir dan Syah pun hilang entah kemana. Kakak perlu mulakan hidup yang baru, ya!”, pinta Eza sambil sekali lagi mengusap lembut rambut kakaknya. Dia meninggalkan perempuan itu dengan senyuman sebelum kehadiran seorang attendan hospita lelaki yang segak berpakaian putih tersenyum padanya.

-“Cik Amy. Minta maaf ya, saya nak tukarkan air untuk badan cik ni.”, kata lelaki itu sopan sambil menukarkan beg air putih yang berada disebelah kanannya dengan sangat pantas. Kelihatan berkilau tag nama lelaki itu tertulis Rosham.
-“Encik Rosham, bila saya boleh keluar?”, soal Amy perlahan dan Rosham tersenyum nipis. –“Esok. Saya pasti Cik Amy nak menyambutnya dengan orang tersayang, kan?”, duga lelaki itu sambil menyudahkan kerja-kerja terakhirnya menulis data-data pada sekeping kertas di atas papan klip.
-“Saya nak ajak awak keluar makan, boleh?”, pelawa Amy tanpa rasa malu mahupun segan. Lelaki itu tersenyum manis. Dia menggeleng-geleng perlahan.
-“Tak elok kalau saya keluar dengan client atau pesakit. Timbul keraguan pula nanti.”, jelasnya penuh berhemah. Amy mendengus seperti kata-kata Rosham itu satu lawak jenaka baginya. –“Tak ada keraguan punya lah. Anggap saja kita keluar sebagai kawan, okey?!”, pinta gadis itu lagi dan kali ini Rosham tidak mampu untuk berkata tidak.

Dan Amy dapat merasakan, Rosham adalah jodoh yang sesuai buatnya...

TAMAT

2 comments:

zaham said...

@FaizalSulaiman I thought David Yates were going to cast a new stars for adult Harry Potter. I think David Yates going to used a methol like The Curious Case of Benjamin Burton (2008).

Faizal Sulaiman said...

Iszaham---)hye Am!.
hehe i think the young casts can manage to do so besides it is the most memorable moment in HP Saga! hehe

Anda Mungkin Menyukai

src="http://www.linkwithin.com/widget.js"> Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer is his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please note that all works include short stories and online novels published in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer first.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED