Saturday, July 31, 2010

XIE XIE NI ET MERCI BEAUCOUP

Salam

Ye. Kombinasi 2 bahasa disitu. Terus ke point utama.

Aku ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada kalian-mostly para bloggers, silent readers yang sentiasa membaca entry2 aku ni.

Sesuatu yang agak mengejutkan bila semua entry bulan ini (Julai) mendominasi page favorite. Tengok pic bawah ni:)


Jarang sebenarnya entry dalam satu2 bulan tu akan menduduki carta "top entry" ni.

So, dikesempatan ini, aku nak mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas pembacaan korang.Tanpa kalian, blog ini tak hidup rasanya. Ye lah.Kita tulis, mesti kena ada pembaca. Mana ada org tulis, tak mahu ceritanya di baca, kan? Make sure ingat balik nawaitu korang berblogging dulu. Apa motif anda berblogging? Kalau kata: mahu berkongsi cerita--most probably memang untuk dibaca:)

Jika ada yang terasa dengan sebarang penulisan dalam blog ini, aku nak minta maaf banyak2 sangat. Ye lah. Mana tau kut2 hati tergores ke. Kalau gores dan menang takpe lagi. Ni gores punya gores, terluka daa. Ye lah, bulan Ramadhan dah nak dekat. So minta maaf sebelum terlewat. Kita harus mulakan bulan mulia itu dengan diri dan hati yang suci bersih:)

Teruskan pembacaan kalian untuk entry Ogos plak. Ada slot baru ok:) Aku nak main masak-masak plak.muahahahahahahahha

FaizalSulaiman:--)Harini ada induksi students sem 1&2. Pax. Niat nak ke Pesta Buku masih terawang2 macam lalang sekrang ni...

Friday, July 30, 2010

ADORE AKSARA

Terima kasih Faz. Comel! Dedikasi khas untuk semua warga Aksara Keraian!. Klik kat gambar untuk link terus ke blog Faz.


Hari Jumaat
Penuh keberkatan
Marilah
sama-sama
mengambil
semua berkatnya.

Semoga apa yang kita lakukan, mendapat keberkatannya.

Amin:)

ps: Link langsung di button sebelah atas. Mini siri memaparkan semua siri2 pendek yang telah disiarkan. Peram plak koleksi isu2 peram manakala cheritera memaparkan semua cerpen yang sudah disiarkan di blog ini

Jangan lupa membaca siri FARCIR EP 39: Cliffhanger pertama untuk musim ini. Selamat membaca malam ini jam 8 di Aksara Keraian:)

Thursday, July 29, 2010

PERAM: BILA TV TERJAH, SEMUA GELABAHS- DENGAN PENAMBAHAN S DIBELAKANG


Salam

Malam tadi tonton TV3 menerusi slot panas Aduan Rakyat. Dokumentari majalah berdurasi 30 minit ni sgt menarik pengisiannya. Perantara memang tak lain tak bukan, Karam Singh Walia- lelaki yg terkenal dengan peribahasa bunga-bunga sentap dan laporan beraninya bila tiap kali membuat kupasan.

Aku kagum dengan semangat Karam.

Semangat Karam ini bertitik tolak dengan laporan Aduan Rakyat malam tadi. Kisah tentang penduduk di Pahang yang tidak mendapat bekalan air bersih walaupun dah duduk di kawasan tersebut lebih puluhan tahun.

At first, kepala yang ligat sedang membuat nota untuk sesi pengajaran esok, di depan laptop lekas berfikir. What? So many years and takde bekalan air bersih? So selama ini makan, minum, mandi, mandi hadas semua macam mana?

Aku tepuk dahi. Biar betul?

Aku berlari kejap keluar bilik dengan mata hampir nak tidur tu. Terkebil2 kebil melihat dikaca berpetak empat segi skrin leper TV beberapa (ramai okk) penduduk tempatan kawasan tersebut menyatakan ketidak puasan hatian (ada ke perkataan ni) mereka kepada pihak TV3. Ada yang menangis teresak-esak disebabkan sudah terlalu lama mengadu tetapi LANGSUNG TIDAK DIAMBIL PEDULI OLEH PIHAK YANG SEPATUTNYA.

Aiyoh!! Apa ni?

Lets be logic! So many damn years without safety drinking water??? Takde langsung pihak yang bertanggungjawab dengan semua ni? Aku jadi semakin marah apabila bil yang mereka terima, TERPAKSA DIBAYAR pula, WALAU TIADA BEKALAN AIR!

Menyirap!

Ok lah. Aku cuba rasional. Kalau jadi pada kalian pun, kalian pasti akan marah. Sangat marah, bukan? Itu rasional logis orang yang berperasaan. Then, korang nak tau, keajaiban berlaku selepas krew Aduan Rakyat melangkah keluar dari kawasan tersebut. Nak tau magic apa?

Semua penduduk mendapat bekalan air bersih, melimpah ruah dan sesuatu yang mereka tidak pernah nak bayangkan selama berpuluh tahun!

Penduduk Pahang, kawasan itu, aku ucapkan Tahniah. Setinggi penghargaan buat TV3. Keadilan sudah kalian letak semua ditempatnya!

FaizalSulaiman:---)Bila tv datang menerjah, baru nak gelabahss, dengan penambahan “s” dihujung, bermakna PLURAL. Maknanya, baru nak ketaq kepala lutut!

gambar ihsan google

Wednesday, July 28, 2010

DIA: MAYA KARIN


Salam

Entry khas buat si cantik ini.he he he

Aku meminati pelakon ini. Serius. Cantik, berbakat dan bijak. Aku sedikit kagum dengan personaliti Maya Karin ni. Bagi aku Maya Karin bermula dengan kosong. Serius kosong. Sesiapa yang pernah menyaksikan filem pertamanya akan tahu, Maya tak punyai bakat untuk berlakon. Ramai yang mengutuk. Anak kacuk cakap Indon lah. Aku tetap meminati Maya. Bagi aku, itu keunikan wanita Jerman-Melayu ni. Jom semak trivia besh camne aku leh terpaut suka dengan si cantik ni:)

1. Filem pertamanya Seri Dewi Malam dilakonkan sekitar 2001. Maya memegang watak sebagai “Seri” wanita yang koma akibat kemalangan, yang boleh communicate dengan suaminya melalui gadis psikik, “Dewi” lakonan Jeslina Hashim. Dicalonkan utk Best Newcomer dalam Festival Filem Malaysia, tetapi tewas di tangan Jeslina.

2. Maya dihentam lagi dalam filem “No Problem”. Wataknya sebagai gadis kampung “Rosnah” gagal menarik perhatian. Maya meneruskan kerjaya pengacaraan dalam Wavelength di TV3. Turut menjadi pengacara “Red Carpet Oscar” beberapa tahun lepas.

3. Maya diwar-warkan akan berlakon dlm filem Pontianak Harum Sundal Malam (PHSM) arahan pengarah tersohor Shuhaimi Baba. Serius!!! Aku tak percaya. Boleh ke Maya berlakon ni? Tahun yg sama Maya berlakon dalam filem Mr Cinderella 2 sebagai “Anis”. Review mengatakan watak “Anis” berjaya menenggelamkan watak Erra Fazira dan Yusry. Dan aku menonton filem tu di Penang, SEMATA-MATA kerana watak Anis. Hasilnya? Berbaloi!

4. Maya mengagumkan pemerhati filem menerusi PHSM. Figura tragik Meriam, Maria dan Pontianak berjaya dibawakan dengan baik sehingga memenagi anugerah Best Actress Asian Pasific Film Festival, 49 di Fukuoka Japan. Menjadi aktres pertama Malaysia memenangi katergori itu.

Dimasa promosi PHSM 2 di summit Penang. She's very pleasant dan sgt ramah


5. Memenangi anugerah yang sama di Malaga, Spain dalam Estepona Festival Filem Seram dalam filem PHSM 2. Menariknya, Maya bersaing dengan 2 lagi pelakon lelaki dalam anugerah yang sama. Lakonan gediknya sebagi Bella dalam Pisau Cukur juga sangat memikat.

6. Dicalonkan empat kali Best Actress dalam Festival Filem Malaysia menerusi watak Meriam (PHSM), Tina (Waris Jari Hantu), Salmi (Hati Malaya) dan Meriam (PHSM2) tetapi menang menerusi watak tomboy ‘Johanna” dalam filem Anak Halal. Bertukar watak dengan Diana Danielle dan menjadi watak 13 tahun dalam teater “Natrah”. Ironinya, Diana Danielle berjaya mengambil watak “Nina” yang turut diujibakat oleh Maya dalam filem U Wei Hj Saari- Hanyut.

7. Dikhabarkan akan berlakon dalam filem epik trilogi “Empayar Dendam Tamingsari” sebagai Tun Teja, tetapi perkhabaran itu senyap begitu sahaja. Menjadi “Luna” dalam filem rom-com Osman Ali- “Cun”.

8. Dikecam hebat oleh pembaca setia novel “Ombak Rindu” apabila Maya Karin memainkan watak Izzah versi filem yg turut diarahkan oleh Osman Ali.

9. Mengeluarkan 2 album. Hitnya lagu “Erti Cinta” dan lagu tema Anak Halal “Disudut Gelap Mentari”

Die hard fan kan aku ngan Maya ni? Muahahaha..ya benar. Saya memang minat dia gila2. Gila pon tak macam saya:)

FaizalSulaiman:--)^^

Tuesday, July 27, 2010

SETENGAH SYA'ABAN

Pemandangan indah di Bujang Firefly Bandar Penawar. Macam lukisan kan?


Salam:

Malam tadi Nisfu Sya'aban. Walau siangnya aku tak puasa sunat, malam tetap meluangkan masa membaca Surah Yasin bersama-sama keluarga. Ayah sambut kat surau, jadi mak ngan adik beradik sajalah yang sama2 join baca.

Seronok. Sesekali baca sama2 macam tadarus Al Quran plak.

Tenang jiwa. Bila teringat dosa lama, terasa malu dengan Allah. Terasa segan dengan Sang Pencipta ini yang tak jemu-jemu mencurah rezeki, nilai hidup, ilmu, kebahagiaan dalam keluarga kami.

Nisfu Sya'aban diraikan ramai umat Islam dalam bulan Sya'aban, pada pertengahannya sebagai satu saat dimana umat Islam menutup catatan ibadah, langsung di angkat ke langit, sebelum menerima catatan baru sebaik sahaja masuk waktu maghrib 15 Sya'aban. Nisf sendiri membawa maksud "setengah".

Bila tiba catatan baru, aku khususnya dan kalian yang beragama Islam umumnya perlulah meningkatkan amal ibadah kita selain berazam memperbaiki kesilapan lampau. Cuba perbaiki silap, tanamkan azam dengan ibadah yang cukup selain amalan2 sunat yang perlu diamalkan.

Semoga hidup kita diberkati, diberi perlindungan dan amalan yang sentiasa diredhai Allah.

Ramadhan bakal menjengah. Kalian sudah bersedia?

FaizalSulaiman:---)Amin ya robbal Alamin

Monday, July 26, 2010

SEMALAM: MATTA FAIR 2010

Salam

Tak banyak nak diperkatakan tentang lawatan semalam di JB:Matta Fair. Maklumlah jadi pengiring saja. Selain mahu memastikan keselamatan pelajar dalam keadaan baik, kita pun kena pastikan timing berjalan lancar.

Budak2 ambil gambar, aku senyum dari jauh. Teringat rombongan2 gonjeng zaman2 universiti dulu.Jom tengok gambar, sepanjang perjalanan trip semalam.


1st trip, pergi ke muzium Sultan Abu Bakar. 2nd time pergi sini


Kepadatan Pengunjung di MATTA FAIR, Danga City Mall. Last day katanya, So haruslah nak dapatkan info2. Mana tau ada voucher free!


Signboard besar mcm billboard ini aku snap di luar DCM. Wah macam nak pergi!

Keseronokan ini semakin terasa bila pelajar2 beritahu aku tentang networking yang mereka dapat lebih2 lagi dalam industri hospitaliti dan pelancongan. Aku pesan: "Jangan malu untuk bertanya" dan hasilnya ada yang sudah mendapat tempat untuk melakukan practical training.


Antara travel agent yang mengambil bahagian


Aku dan students. Eh yang dua dari kiri tu kawan sekerja.Cikgu dorang gak. Mereka kata aku mcm students.hehe..tatau samada aku yg nampak muda (wekk) atau aku ni rendang spt bonsai.hahahaha

Berkat muka tak malu. Nak malu pun bertempat ok:)

Alhamdulilah, menjelang jam 5.00 seperti yang dijanjikan, semua students balik dengan selamat. Seronok sgt2 tgk budak2 happy dengan trip ni and all of them beri kerjasama yg sgt baik.

2 perkara yang aku fikirkan semalam:
1) Pakej melancong ke Universal Studios di Singapura. Macam best! Murah!
2) Voucher yang aku menang di booth Sunway International Hotel (kut..lupa apa nama dia). Aku kena redeem pakej 3D 2N di Regency Hotel, Philippines utk 2 pax:).Ntah nak pi bila tatau!

Lepas ni nak buat pasport! Senang aku nak travel!

1 perkara best tentang Matta Fair ni. Dapat goodie bag. My fav purple:)

FaizalSulaiman:--)Balik umah ngan penat2 tu, terus buat nota untuk subjek harini. Touch-up sikit2 sebelum menaip FARCIR 38.Jangan lupa membacanya, malam ini jam 8 ok!

Sunday, July 25, 2010

HIDUP KITA AKAN SENDIRI JUGA, AKHIRNYA

Salam

Rentetan entry semalam. Aku sudah khabarkan pada cik A. Dia marah dengan aku mula2 tapi selepas dia membaca komen2 dari mereka2 yang menasihat, A kembali senyum.

Kata A

‘Takpelah, Zal. Aku nak jadi positif mulai saat ini. Tak apalah aku berbelanja untuk keluarga. Asal mereka bahagia. Aku pun rasa bahagia’
Aku tanya

‘Ko tak rasa apa-apa langsung?’
A geleng. Dia senyum je. Haih A, duka di hati kau siapa jelah yang tahu…

‘Aku ringankan otak. Ini masalah remeh, Zal. Biarlah apa-apa pun, aku rela berkorban. Allah kan Maha Tahu. Aku redha. Lagipun sampai bila nak bergantung dengan family?’

Aku angguk. Betul cakap beliau. Dia sambung dengan kata-kata bermakna, yg membuat aku terfikir sehingga sekarang, saat ini.

‘Hidup kita akan sendiri jugak, Zal. Mati pun kita sendiri’

Betul kan? Sampai bila nak bergantung?

Lama seh tak pi sini...


FaizalSulaiman:--) Harini lawatan ke Matta Fair di JB. Kerja banyak siott

Saturday, July 24, 2010

BUKAN BERKIRA. TAPI...

Salam:

Mood tak ada hari ini. Serius. Harini sangat penat!

Sebagai manusia, kita memang memerlukan satu dengan yang lain. Ok yang aku maksud kan disini adalah ahli keluarga.

Pendapat aku lah, sesama keluarga tak perlulah nak berkira. Contohnya si A ni bergaji 1200. Banyak kan? Banyak la kalau dia stay ngan family. Boleh jimat. Setiap kali gaji mesti dia akan spent about 700-800 to family, minyak kete, utilities. Tu tak termasuk dia dok main duit kutu, tampung adik2 dia sekolah, bayar PTPTN, belanja harian semua.

Takkan si A taknak beli baju baru? Kasut baru? Kata dah kerja. Takkan dia tak mahu tengok wayang, jalan-jalan, jimba-jimba semua kan?

Bagi aku, itu duit dia. Hak dia. Dia penat kerja dan dia layak dapatkan semua itu.

Tau2 je hujung3 bulan, dia kering. Kering bukan sebab dia bersuka-sukaan. Tetapi demi family. Bukanlah kontang terus. Tapi adalah lagi nak menampung hidup untuk dua minggu lagi sebelum gajinya masuk. Dipendekkan citer, Abang si A, si Z dah bergaji dulu dari adiknya.

Si adik pun try pinjam ngan abangnya kemudian nak bayar semula bila tiba gajinya nanti.

Si Z ngan muka masam pun jawab.

"Duit ko da habis dah?"

A angguk. Tak guna dia nak menipu kan?

"Ko bayar apa? Ko takde simpanan ke?". Sinis gila soalan si abang. Abangnya tahu cakap saja. Balik kampung pun jarang. Selama ni si A yang dok belanja keluarga bila gaji keluar. Setiap bulan 200 dia pokai. Skunk dah enam bulan dia kerja. Kau semua pandai ilmu hisab kan? So ko darabkan saja berapa banyak si A dah berbelanja utk keluarga.

Ini anggaran kasar perbelanjaan si A untuk setiap bulan, lepas dia dapat gaji, dia mula buat kira2 ni:

Duit peti sejuk = RM 100
Duit Astro, pakej bola+E = RM 70
Duit broadband= RM 70
Minyak Kete= RM 130
Duit Kutu = RM 100
Belanja Dapur= RM 200
PTPTN= RM 200
Duit sekolah adik2 utk 1 bulan= RM 100
JUMLAH BESAR= RM 970.00

Gaji bersih si A adalah RM 1,200.00. Jadik, RM 1,200 TOLAK RM 970.00 BERSAMAAN DENGAN RM 230. Ini belum masuk lagi duit kena paw dengan adik beradik lain, duit makan harian (sebab keje kan). Sib baik si A ni tumpang kawan dia pergi kerja. Jadi dia cuma bayar duit minyak saja.

Jadi bayangkan lah ya. Setiap bulan berbelanja sebanyak RM 970 sedangkan diri sendiri terabai.
Kita bekerja untuk diri sendiri. Simpanan. Baju baru atau paling tidak untuk memanjakan diri sendiri seperti melancong, tgk wayang atau apa sahajalah. Sesekali bagilah peluang nak makan di TGI, beli wangian Armani Diamond, beg jenama Gucci atau baju Topman!

Jawapan sendeng, berwarna biru itu adalah jawapan orang pentingkan diri sendiri. Si A ni takla mementingkan diri. Al maklum lah, adik beradik ramai. Mana adik yang sekolah. Mana adik yang kerja pun gajinya cukup2 makan.

Takkan dia tak nak tolong kalau adiknya bitau "aku nak buat makan"? Tak tolong..adik sendiri. Nak2 pulak bapanya sekarang bising suruh dia menyimpan.

Tang manalah dia nak menyimpan wahai si ayahanda oii.

Seksa..seksa..

Pulak2 soalan si abang tadi sangat sentap. Taukah abang bahawa si A sudah menyumbang hampir seperempat gajinya untuk keluarga?

Kenapa susah sangat nak faham? Kenapa susah sangat nak meletakkan diri sebagai orang seperti A? Kenapa perlu lekas sangat menjatuhkan hukum dengan mengatakan.."tulah kau tak pandai berjimat!"

Tak cukup jimat lagi ke?

Lahiriahnya, gaji tu dia punya. Dia ada hak nak beli apa sahaja. Macam tulisan biru sendeng tadi. Takkan nak upgred H/P dari 3310 ke express music pon takle? Takkan kena kawal lagi?

Fikirlah. Sekadar memahami perasaan seorang rakan...


Slot baru dalam blog. Akan datang..

FaizalSulaiman:---)Dua hari ini akan sibuk. Esok seminar dari jam 8am-6pm. Ahad pula bawak budak2 ke MATTA FAIR di JB.huhu..Isnin dah kerja balik. Seminggu back to back without rest...Redho ajelah!

Friday, July 23, 2010

KITA MULAKAN DENGAN KEMAAFAN


Salam Jumaat.

Mubaraknya hari ini disebabkan keberkatannya. InsyaAllah akan dapat keberkatan. Satu perkara yang membuatkan aku tersenyum macam orang gila seharian semalam.

Entry kontroversi sensasi emo tahi kucing konon-konon telah mendapat review dari pelbagai pihak. Sampai yg aku tak kenal-kenal pun ada. Terima kasih la korang. Salam ikhlas ini ditujukan istimewa buat kalian! Aprisiasi ini ditujukan khas buat


Kalah entry seks, entry hantu atau entry makan uri

(yang besar sikit tu komen terbaik pilihan penulis)

Sesekali tulis entry sentap ni seronok juga. Tapi berpadalah. Sekali sekala takpelah juga. Kalu semata nak dapat jumlah komentator yang tinggi, naik traffic ke jadah apa lagi, aku sarankan lupakan jelah niat tu. Baik kau buat blog lucah, seks 3gp, gadis gersang pastu private.

Blog ni platformnya hanyalah untuk mengeratkan silaturrahim, berkongsi buah fikiran selain memperluaskan networking yang berapa nak hado neh.

Jika entry semalam menyentap qolbu korang, tak kiralah followers, pembaca senyap, pembaca tegar atau siapa2 pun, penulis blog ini menyusun 10 jari memohon kemaafan atas kekhilafannya.

Mana tahu ada yg terasa dengan entry kekecewaan itu. Jangan lah dibakar blog ini.:) Hehehe.

Apa-apapun di hari yang baik ini (Jumaat) elok kita mulakan sesuatu dengan yang mulia. Kita mulakan hari dengan kemaafan dan mengakhirinya juga dengan kemaafan:)

InsyaAllah, Yang Maha Esa akan memberkati.

Semoga kita berada dibawah lindunganNya. Amin

FaizalSulaiman:--)FARCIR Episode 37 dengan episode It Must Have Been Love, But It's Over Now akan disiarkan malam ini jam 8 di Aksara Keraian. Selamat membaca!

Thursday, July 22, 2010

NAK FOLLOW SILAKAN, TAPI TOLONG LAH…


Salam.

Entry hari Khamis. Emo tu tidaklah. Tidak sama sekali. Ini menegur saja. Sila terima teguran ini dengan hati yang terbuka.

Ini berkaitan dengan followers blog.

Bila kita made a first move, follow blog seseorang itu, for sure entry nya akan di baca. Kita nilai entry dia, lepas tu tinggalkan komen sama ada dalam bentuk pandangan atau cadangan atau apa sahaja yang terlintas untuk meninggalkan sepatah dua kata.

Komen itu penting. Nak tahu samada pembaca respon atau tidak. Ni tak. Balik-balik muka yang sama saja yang komen. Macam blog kroni la pulak! Haiyaaa.

Aku perlukan variasi. Melambak 262 followers, tapi yang komen seciput cuma? Ini mesti kes nak suruh aku follow balik blog korang kan?

Tak guna kalau follow tapi takde communication in terms of comment. Jadi TOLONGLAH kalau nak follow blog aku, silakan. Aku alu-alukan. Aku tak memaksa. Tapi sila tinggalkan komen anda. Agak menyedihkan bila some entries yg kita put a lot of effort to write about it tidak dibaca.

Aku akan singgah malah akan jadi followers kepada yang aktif. Dalam hal ini terima kasih buat Hanisah Hassan yang rajin bertandang walau baru jadi followers. Aku belum jadi follower dia, tapi akan jadi selepas ini memandangkan keaktifan beliau dalam mengomen entry2 aku.

Thanks, kak!

Amalkan juga hal ini di blog2 yang lain. Banyak kawan2 blogger aku yang jumlahnya 100++ followers tapi yang komen muka-muka yang sama, pulak tu 2-3 comments saja.

Ini namanya orang ada blog, kita pun nak ada blog jugakk

Terlepas cerita semalam? Singgah semula di sini

FaizalSulaiman:--)Sekadar menegur. Yang baik jadikan panduan, yang buruk jadikan sempadan. Pesanan ikhlas si blogger tua:)

P/S:salah eja semalam "Fenemone" tukar kepada fenomena

Wednesday, July 21, 2010

FENOMENA HANTU KUM KUM DAN POCONG


Salam.

Entry yang ke 401. Gegeh kan aku menaip?

Ya. Apa yang kau baca, itulah yang aku nak kupaskan harini. Ketika entry ini ditaip, jam menunjukkan ke pukul 7:29 pm. Maghrib.

Fenemone 2 jenis hantu ini sudah merebak ke kawasan perkampungan aku. Serius! Ini cerita betul, bukan main-main punya. Sekarang ni di kampung aku kecoh fasal kehadiran dua makhluk halus ni. Ramai residen yang sudah "ketemu" dengan 2 makhluk ini. Selalunya methodology penampakan sosok hantu yang pertama (kum kum) tu sama.

Gelap malam, tengah2 syok2 tengok TV aka Midnite shows, akan ada yg beri salam:

"Kum..Kum"

Bila buka pintu rumah, mereka (saksi) akan cakap nampak orang "takde kepala" di muka pintu. Huisshhh seram dohh!

Gejala ke dua, fasal si Pocong. Saksi kata si P (initial utk si Pocong) ni rendah, macam budak sekolah darjah enam. Memula nampak kat Pusat Jalur Lebar Kampung. Lepas tu lesap. Ada saksi nampak di wayar telefon. Bergentayangan di situ yer. Pastu lesap. Seram lagi!

Sekarang ini, kedua makhluk "intangible" ni memang dah meriah menjadikan kawasan perkampungan aku tempat tanah "bermain-main" mereka. Ada saksi (which is my neighbour) dah terkena. Neighbour tu plak selang 2 buah rumah dari rumah aku je?!!!

Aku ni bila bercakap tentang makhluk yang kita tak nampak ni memang seriau. Penakut. Tgk filem2 seram aku berani plak. Mungkin realiti, which frighten us more lah kan? Jadi sekarang ni working hour aku (buat nota, preperation nak mengajar plus berfacebooking, berblogging,berYMing) dah dilimitkan pada waktu malam. Takde makna nak stay sampai pukul 1, 2 pagi tu. Tak fasal2 kang. Kum Kum!!

Ini semua hantu berdua itu punya pasal.

Kau nak main, mainlah jauh2 sikit. Takde pekdahnya kau nak menggangu manusia. Jadi frasa "kita tak kacau dia, watpelah dia nak kacau kita" tu macam dah tak releven bagi situasi aku skunk ni. Alangkah jiran aku yang tak berdosa tu di kacaunya? Apa ke he nyo lah!

Dulu2 aku tak dengar pulak kisah hantu berdua ni. Alih2 je muncul. Teori aku ada dua. Samada memang ditakdirkan benda tu ke kampung aku @ memang ada orang buang benda itu ke perkampungan kami. Benda ini wujud, hantu--more to syaitan@ jin lah. Pendindingnya? Doa byk2 pada Allah. Ayat Kursi sentiasa diingati. Al Quran sentiasa di junjung.

Itu sahajalah yang termampu setakat ini.

FaizalSulaiman:---)Sebab tu aku taip in advance, maghrib. Masih siang. So takdelah takut sangat, walau merinding bulu tengkukku.huhuhu. Wahai cik Kum ngan cik Cong.., silalah pergi dari kampung saya. Masuklah kalian ke dalam kawasan kelapa sawit sana tu. Leh bermanja-manja dengan haiwan2.lalala

Tuesday, July 20, 2010

400...TERIMA KASIH

hafizzuan : October 31, 2009 on TAHAJJUD RINDU
"track 7 was my fave ;)"


miss lolly: December 26, 2009 on BILA HARUS MEMILIH GAY
"yup :)
kt smua ada kblihan msg2 :))
tak kira gay atau manusia yg punye perasaan yg normal.
tp kt kne bbalik pada hukum Allah :)"



ezzati : Februari 17, 2010 on CITA-CITA YANG TERTUNDA
"banyak tul cita2 ko...tapi bagus tu..baik buat apa yang kita suka bru kita hepi n ikhlas bekerja..jangan dh lewat bru menyesal.kejar cita2 dr awal :)"




Sara: March 9, 2010 on SENI? OH TIDAK!!!
"post ni da wat sy senyum pagi2..u did it..hehe
teringat cikgu bio dlu membebel sebab asek lukis-padam je..die kate abes 20sen pemadam tu semata2 lukis utk subjek die..ngehee"



NukeRude; April 19, 2010 on REVOLUSI GAGA
"so far, lagu dia yang paling aku suka ialah Bad Romance. haha. vdeo pun psycho je"



ASaDa RyutaRo: April 20, 2010 on BERHENTI BERFIKIRAN KEKAMPUNGAN
"yeah!
sepatutnya xde da istilah lelaki ke dapur d cop lemah gemalai @ pondan. errk!!
perempuan bawak motor tomboy?! erkk!
ape ni?! <-- tiba2 emo..
ni bukan kekampungan lagi dah, mybe pendalaman. alamak! nape kena guna istilah "kekampungan"?"


'Aqilah: June 11, 2010 on CINTA
"cinta itu manis..."

***************************

Terima kasih kepada semua pembaca blog ini. Sedar tak sedar dah masuk 400 entries dah?
Aku sendiri pon tak percaya owhh. Teruskanlah pembacaan korang!

Hadiah contest masih belum di post. Minta maaf kepada semua pemenang. Sungguh sibuk ni. Kalaulah boleh mencuri masa, aku post hadiah korang.

Terima kasih semua.

Entry ini adalah gaya blogger NukeRude. Thanks bro for giving me such a wonderful idea nak buat appreciations begini:)

Monday, July 19, 2010

TANYA: DOMAIN DOT COM DAN BBF TAG DARI PAKCIK YANG HENSEM


Salam.

Pakar computer/HTML sila jawab bole?

Lately ni..(tatau lak korang) aku makin sukar nak buka website yg ada dot com. Asal buka je mesti "Network Timeout" aka Too Long Too Response.

Siapa2 boleh terangkan pada aku tak?

Ke internet aku yg lampi, slow gila sampai tak boleh bukak ek?

Keduanya, aku dianugerahkan (ceh ayat tak bole bla) ...diberikan tag Best Blog Friend dari blogger Parkcheek Chun Li. Sikit la description aku citerkan macam ne aku kenal pakcik hensem yang sengal ni.hahaha.Ko jangan marah pakcik.lalalala

Aku kenal pakcik, macam blogger lain thru blogging then berjumpa 1st time masa sama2 belajar di Kampus Puncak Alam. Lama2 kenal, pakcik ni boleh tahan gilanya.hahaha.

Apa2 pun harap2 persahabatan kita kekal hendaknya ya pakcik. Semangat blogging ko pon dah semakin menebal macam buku teks Nutrition aku ni!.ha ha ha. Harap2 berkekalan:) Blog pon makin cantik:)

Thanks for the..i can say tag dari kamu. Mana tau esok lusa, ko bagi aku cheesecake ker?
BK 1! :):):)

Cumil kan? Macam pakcik masa umur dia tujuh tahun.lala


FaizalSulaiman:--)Farcir 36 akan disiarkan malam ini jam 8. Terima kasih kerana membaca Biarkan Awan Berwarna Merah Jambu siaran semalam. Alhamdulilah review positif! Ada idea lain genre apa lagi yg aku nak cuba yer? Terima kasih membaca cerita orang gila itu:)Korang gila tak?muahahaha

Saturday, July 17, 2010

JANGAN BERIYA-IYA. NANTI MERANA

Fuhh tajuk entry.

Hehe

Pesanan pagi Sabtu yg mulia ni:

Kalau kau suka kat seseorang itu. Suka gila lah katakan. Hampir setiap malam call, mesej atau YM sehingga kau boleh angau, pesanan aku, satu lah..

Jangan biar diri merana bila si dia cakap “kita sebenarnya kawan saja”

Jangan expect lebih2 dengan hubungan seperti ini. Tak tentu hala saja anginnya.

Jangan beriya nak tunggu si dia call atau mesej. Entah dia ingat kat kau ke tak?

Some more, buat apa fikir orang yang tak kisahkan tentang kita, padahal kita bersungguh-sungguh ingatkan dia?

Tak ke membazio namanya tu?

Ini pesanan bukan untuk diri sendiri juga, tapi buat kalian-kalian di luar sana yg seumpama menanti buah yg tak jatuh. Kalau kau tunggu durian gugur tu ada gakla pekdahnya, yob! Bleh wat serawa, bagi aku semangkuk. Nyum..nyum!

FaizalSulaiman:---)Susah2 lupakan saja…

P/S:memikio macamne nak bagi naik traffic Alexis aku yang semakin lama semakin menjunam-junam jatuhnya. Ohhh aku paling takut owh Alexis aku ni jatuh, which means samada entry aku tak menarik, aku suka merapu meraban @ aku dah jarang merayap-rayap ke blog lain.Walaweiiii


Psstt: Esok aku mencabar lagi diri ini dan korang sebagai pembaca dengan kisah cinta Elfie dan Palemo yang berliku-liku.hehe.. Jangan lupa membaca BIARKAN AWAN ITU BEWARNA MERAH JAMBU :), Ahad jam 8 pagi:) Sila like..kalau suka:):) har har har

Friday, July 16, 2010

SEKADAR BERFIKIR

Susulan berita hari ini...

Kesimpulan pendek yang sedang aku fikirkan sejurus selepas berita mengejut itu.

"Yang Kaya bertambah kaya..Yang susah bertambah kedana"


Sabar la hati...

TIPS: SABAR DI WAKTU MARAH

Gambar dari google

Salam

Jumaat harini elok juga buat sesuatu yg mendatangkan ilmu pada para pambaca kan? Jeng jeng jeng!!

Semalam, aku hilang sabar. Aku cuba kawal tona suara supaya pitching takdelah tinggi sangat yg akan menjerumus kepada sesi per-tengking-an (wahh wujud ke perkataan ni?). Tapi satu yg aku tak boleh nak kawal. Riak muka aku yg nampak sgt garis kemarahan. Agak susah nak cover senyum dengan muka ketat semacam tu.

Korang pernah mengalami keadaan begitu, bukan? Macam mana kau kawal? Ok aku bukanlah bijak pandai nak bagi perturun ilmu segala. Cukuplah sekadar berkongsi apa yg aku ada sahaja.

Dalam keadaan MARAH, kita akan lakukan banyak perkara di LUAR SEDAR sehingga tak sedar actions kita tu akan menakutkan orang. Ok la possible kalau nak gertak semua. Tapi, jangan action je lebih, tindakan susulan tak ada. Tak guna jugak ok!

Pertamanya, kalau dalam keadaan MARAH, cuba-sebaik mungkin-BERFIKIR DENGAN RASIONAL. Tolong jangan sesekali bertindak membuta tuli. Tarik nafas, penuhkan minda dengan oksigen, lantas otak kita boleh berfungsi dengan baik. Pemikiran yg baik akan menyumbang kepada tindakan yang betul.

Keduanya, kita mulakan dengan TEGUR dahulu. Cuba ubah tona suara. Tegas tetapi tak perlu menengking. Tengking bukan sahaja akan menyebabkan orang tak selesa, tapi kau juga yg lelah, penat semua. Beri teguran berbaur SINDIRAN dulu. Kalau boleh kaw-kaw, kau bubuh kaw kaw! Seterusnya, kalau masih tak jalan, TINGGI KAN SUARA dengan nada tegas-tapi sekali lagi bukan menengking.

Selepas itu, barulah cuba perlahan-lahan senyum. Cuba ubati kemarahan itu dengan segaris senyuman!

Kalau kita tegur dengan berhemah, InsyaAllah orang akan hormat kita berbanding terpekik terlolong macam polong sesat ok. Cuba rasional—sekali lagi aku tulis perkataan ni, maknanya rasional itu sangat penting! Jangan asyik fikirkan SEBAB, tetapi fikirkan AKIBAT nya juga.

Semuanya terletak pada minda kita. Kalau kita boleh kawal kemarahan kita tu, InsyaAllah kuranglah kita lakukan perkara yang tak sepatutnya.

Berfikir guna AKAL, bukan HATI.
ISTIGHFAR BANYAK-BANYAK..

FaizalSulaiman:---) Farcir episode 35, lungsurinya jam 8 malam…

Thursday, July 15, 2010

BUKAN SEKADAR "SUKA"


Salam;

Sudah jadik trend agaknya, semua blogger nak menempel button like Facebook, selain share Facebook dan Twitter button.

Bagi aku, aplikasi ni sgt convinience. Convinience nya bila kau boleh "like" sesuatu entry tanpa perlu taip untuk tinggalkan komen. Sometimes, ada entry tu tak tahu nak komen apa. Ada entry plak seolah-olah perfect selain kebanyakan readers menyetujui satu2 entry tersebut.

Ada jugak yg malas nak komen. Heh penulis pon selalu juga. Baca entry, kemudian dengan internet yg slow dan lembab, aku tekan saja button like. Sebenarnya button ni ada pro and cons juga. Pro nya, kau boleh up traffic. Most of the time, bila kau share article kau di wall FB, secara automatik kawan2 yg menjadi friends di FB tertarik untuk membacanya. InsyaAllah..kalau entry tu memang sohih menarik.

Cons nya pula, kebanyakan blogger-mungkin-nak-jaga-hati- kemudian tekan saja button like itu. Dah lah kita tak baca. Kita main taram "suka" saja.

Elakkan lah bersikap demikian. Aku sendiri akan mengambil masa untuk membaca, walaupun lewat-telat (sedang mencuri-curi masa membaca Jiwa Lara yang entah bila sempatnya). Button like perlu digunakan sebaik yang mungkin. Jika kau suka post/entry orang tu SILA LIKE. Tak suka, tak perlu lah nak LIKE. Macam terpaksa la pulak bunyiknya.

Jadi apa lagi, SILA LIKE entry ini, kalau benar kalian "suka". Har har har

FaizalSulaiman:--)Aplikasi semua dah ada kat atas. Hey aku pakai balik aplikasi PLURK! Comel tol dinosor "blub..blub" tuh (bunyik buih)

Wednesday, July 14, 2010

TUTOR 1: POP UP COMMENT AND WORD VERIFICATION


Salam:

Konon2 nak buat mood Hiatus, nak hibernasi..tapi banyak pulak idea nak menulis.

Ok sebenarnya dah lama nak tulis perihal tutorial ni. Kongsi ilmu buat bloggers baru walaupun aku ni banyak sebenarnya masih lagi nak belajar menjadi blogger. Buat yg masih baru belajar nak berblogging neh, kita mulakan dengan "comment" dan "word verification"

Nak komen kena senang. Sekali klik, terus keluar. Tapi kadang2 incovinience jugak sebab comment kena display satu page penuh @ komen tak keluar langsung. Bagi yg nak ikut, korang leh tengok step2 ni:

A: Click kat "setting" pada Dashboard.
B: Click "comment"
C: Korang akan nampak application seperti dalam gambar di bawah

1: Korang kena click "show". Jangan "hide", kalau tak entry korang takle komen
2: Sila click "anyone" jadi semua org leh komen. Some more, leh up trafic
3: Step no 3 ni penting. Blog lebih effisyen kalau guna pop up comment. Selain boleh baca semula entry, korang leh refresh box pop up comment tu jika internet buat hal.


4: Word Verification- Nah yang ini perlu consider juga. Sesetengah bloggers terlepas pandang benda ini. Sebenarnya kalau kita click "no", ianya akan memudahkan blogger lain utk komen entry kita, tanpa tulis word verification. Kadang2 tak boleh baca, lost atau network timeout.

Harap2 korang faham dengan tutorial yg pertama ni. Buat yg nak buat pop-up comment, sudi2 kanlah ya! Takpe, mulakan dengan slow2. InsyaAllah boleh berjaya!

FaizalSulaiman:--)Selamat Mencuba!

Tuesday, July 13, 2010

MELAWAN KESEPIAN


Apapun yang terjadi..

Berjalanlah tanpa henti...

Semoga kepergian ku, tak akan merubah apa pun..

Semoga mampu ku lawan..kesepian ku..

Hiatus mode:::::

Monday, July 12, 2010

IBU BAPA PILIHAN KAMU ?

Anak..jiran sebelah umah.lalala


Salam:

Ok entry ini mungkin akan menyebabkan kau semua terfikir yang aku ni konon-kononnya dah berkahwin. Errr belum lagi. Maksudnya masih belum lagi hendak memikirkan ke arah itu (perkahwinan). Ini semua belajar dari pengalaman dan pembacaan.

Sebelum pergi kerja, aku akan terdengar sesi motivasi dari Dr Fadzilah Kamsah, pakar motivasi paling terkenal seantero Malaya ni. Kebanyakannya tentang cara mendidik anak dengan baik dan sempurna. Yalah, mak ayah mana yang nak anak dia jadik tak baik kan? Semua mahukan yang terbaik.

Semuanya akan diletakkan di bahu ayah dan emak. Kadang2 kalau terlebih manja, anak tu tak reti nak survive, terlebih2 pulak "ajarnya". Kalau terkurang perhatian pulak, anak itu tak kreatif, kurang bercakap dan takut nak meluahkan pendapat.

Dalam hidup ni kita sentiasa diberi pilihan. Macam aku cakap selalu-selalu dalam entry yang sudah2. Tak kau memilih putih, kau akan memilih hitam. Tak lurus, ambil lah bengkok. Pilihlah gaya parenting @ didikan yang kau rasakan baik untuk anak. Please ya, jangan selalu @ kerap memarahi anak kau. Tak kiralah tengking ke, jerkah ke @ larang dia buat itu ini. Lebih2 lagi ketika usia masih nak membesar, lingkungan 1-5 tahun.

Ia akan memberi kesan pada pertumbuhan mental anak kau nanti. Galakkan minat dia. Paling UTAMA, Jangan paksa dia melakukan sesuatu yang dia tak suka. Dikemudian hari, sama ada dia memberontak, berhenti sekerat jalan @ mengecewakan kita sebagai ibu bapanya. (Melainkan pilihan dia memang tak nampak masa depan langsung, kita boleh terus gunakan kuasa "mommy-daddy card" untuk kebaikan dia)

Jadilah ibu bapa yang boleh menggunakan psikologi. Rajin2 baca buku @ bahan @ material internet yg menggunakan psikologi sebagai cara mendidik. Pernah dengar "reverse psychology"?
Sila google kalau tak tahu.

Being a mother@father adalah momen paling indah pasangan yang bergelar suami isteri. Gunakan peluang ini untuk bersama anak2. Luangkan sedikit masa untuk mereka untuk mereka simpan sebagai bekalan ketika dewasa kelak:)

FaizalSulaiman:---)Wa belum kawen lagi ooo:)) FARCIR 34 akan disiarkan malam ini jam 8PM di Aksara Keraian. Sila klik pautan link@poster AK untuk terus membaca! Selamat membaca kawan-kawan!

Saturday, July 10, 2010

PERUBAHAN:DEMI KEBAIKAN:FAR-SEE

Episode malam tadi


Salam;

Adakala kita perlu mengikut pendapat orang lain demi kebaikan diri kita juga. Aku tak terkecuali. And I can tell, aku adalah pengikut yang baik, jika pendapat yg diberikan bernas. Tambahan ia untuk kebaikan kita. Tak salah kan kalau nak menurut.

Ini berkaitan dengan penulisan paling panjang pernah aku commit sepanjang bergelar penulis-sambilan-tak-rasmi ni. Ya. Slot itu lah. Slot dimana kita berpesta huruf dan abjad itu! Bagi mereka yg belum tahu, aku ada menulis sebuah karya (agungnya bunyik.."sebuah karya" tu) di laman tersebut. Judulnya..ok aku pronounce baik2.

FAR-SEE

(Sila senyapkan bunyik CIR kat belakang tu. Rules French Language)

Perkataan@frasa itu diambil dari Bahasa Perancis yang membawa maksud "sumbat" @ "menyumbatkan sesuatu seperti daging" @ "hidangan yg disumbat". Siri ini sudah masuk ke BLOCK TWO, (more to SEASON 2) dimana BLOCK ONE sudah tamat di episode 30, kurang lebih sebulan yang lalu.

Aku mementingkan perincian dalam menulis siri ini. Ya! Aku dengar beberapa rungutan pembaca tentang kesulitan memahami cerita ini dari awal. Kerana aku mementingkan keperincian. Gambaran perlu tepat untuk pembinaan visual pembaca. Honestly, aku bukanlah penulis hebat yg mempunyai sarjana dalam sastera sort of, tetapi asas dalam menulis adalah "membina imej dalam minda pembaca"

Itu cabaran yang paling sukar.

Sebelum ini aku ada menulis cerpen pendek Musical adaptasi dari persembahan pelajarku sendiri. Cabarannya sangat..sangat..sangat..sangat sukar ok! Kau bayangkan dari skrip/dialog disertakan dengan lirik lagu, aku kena transform totally 100 percent kepada cerita pendek.

Tak ke gila namanya tu?

Alhamdulilah. Cabaran itu berjaya diselesaikan. Makan dua hari jugalah kepala otak ni berpinar-pinar. Berbalik pada perubahan FARCIR yang aku cakapakan awal2 tadi. Siri ini sedang mengalami evolusinya. Serius. Dari segi bahasa dan jalan cerita. Mujur aku hanya sempat melakar sinopsis hanya untuk 10 episodes mendatang sahaja. Baki lagi 20 masih belum siap. Aku gemarkan kejutan!

Tak percaya?
Bacalah FARCIR: BLOCK ONE dan lihat sendiri berapa orang yg mati, bencana yang datang, bunuh sana sini and sorts of that. Teguran dari seorang penulis novel terkenal menyumbang kepada evolusi ini. Ya. FARCIR BLOCK TWO akan lebih konflik. Emosi, suka, duka, antara suami isteri, kakak dan adik, anak dan emak serta pasangan kekasih. Mengambil kata2 azimat beliau:

"Dalam penceritaan kita perlu ada suka, duka, tawa, sedih. Ramuan ini perlu cukup"

Syukur. Epsode baru sudah disiarkan malam tadi (aku macam tak percaya sudah menulis sebanyak itu) dan respon yang diterima Alhamdulilah. Aku gembira kerana perubahan itu berjaya. InsyaAllah lebih banyak emotions akan terusik untuk musim ke dua ini. Misteri tetap ada. Kematian tetap ada (tetapi tak sebanyak musim 1.lalalala)

Mereka yg belum mengikuti BLOCK ONE, boleh membacanya sekarang. Belum terlambat, sayang! Doakan penulis pojok ini sihat walafiat sehingga penerbitan episode 100 FARCIR. InsyaAllah selagi Allah kurniakan idea mencurah, aku akan menulis...

FaizalSulaiman:--)Terima kasih warga Aksara, Kak Yati, Pembaca2 tegar, pembaca2 senyap:)

Friday, July 09, 2010

URI OH URI

Uri yg dah diproses menjadi pil!?? Gambar ihsan Harian Metro


Salam Jumaat

Entry ini hasil dari pembacaan Harian Metro semalam. Uri yg dimaksudkan adalah "tembuni bayi" aka sarung bayi ketika masih janin hingga dilahirkan. Harian Metro turut melaporkan, ada ibu yang baru melahirkan anak sanggup memakan uri bayi sendiri kerana percaya cara itu paling berkesan untuk memenuhi matlamat mereka.(kekal cantik, awet muda, seperti anak dara and so fourth).

Laporan itu turut melaporkan uri@tembuni tersebut biasanya dihidang dalam bentuk sup untuk dimakan atau dikeringkan untuk dijadikan bahan tambahan dalam masakan. Kesimpulan dangkal: untuk menjadikan diri cantik dan kekal muda. Ini langsung mengingatkan aku tentang filem "Three:Part 2" yang menunjukkan satu filem dari Hong Kong tentang amalan memakan janin sendiri yang dibuat dalam bentuk "dumplings".

Kesimpulan aku: Manusia sekarang sudah semakin bodoh dan cetek ilmu, agama dan pegangan. Tolonglah ya! Kalau kau nak chauntekkkkkkkk sangat2, pergilah makan supplement, cucuk Vitamin C, beli krim2 yg menjamin kechauntekkkkkkkkan kau nanti. Dalam dunia ni takde yang percuma, sayang. Kau nak cantik, kau usaha lebih. Makan uri bayi sendiri? Bagi aku itu satu perbuatan keji dan seolah2 macam makan darah daging sendiri. Dari segi saintifik, apa yg aku belajar dalam nutrisi, diakui bahawa "sarung" bayi itu memang mempunyai tahap kandungan protein yg sangat2 tinggi. Tak diragui lagi.

Protein pula memang sesuai dengan pertumbuhan kulit, pertambahan keratin rambut dan kuku pada manusia. Ohh...No wonder la ramai yg hadap sangat dengan benda pelik itu. Dalam Islam, bila seorang wanita selamat melahirkan anak, uri atau tembuni perlulah dibersihkan dan diuruskan sebaik-baiknya. Malah dalam mana2 agama sekalipun. Uri seperti satu benda suci dan selayaknya diuruskan dengan baik dan sempurna.

Dunia nak berakhir, mungkin. Maka tak hairanlah perangai manusia sudah seperti ......(speechless)

Klik sini untuk laporan penuh. Kat mana tu? Johor Bahru ok. Malu nya aku!!!!!

Farcir 33 akan disiarkan jam 8mlm di Aksara Keraian. Fakta Betul : Penulis masih belum menulis satu patah perkataan pun!

Thursday, July 08, 2010

PANJANG AKAL BILA MENULIS


Salam

Sedang merasa pelik ni tiba-tiba terdengar di TV2 dialog2 dalam filem agung “Titanic”. Rajin pulak tayang filem tu.Dulu susah sangat nak tengok blockbuster dalam TV, err walaupun filem tu dah boleh dikatakan klasik yer.hahaha.

Kalau nak diikutkan, mood aku memang tak berapa nak okay kebelakangan ini. Tapi demi tugas; mengajar selain part time menulis semua, ini secara tak langsung menjadikan aku lebih kuat. Prinsip aku satu je. Jangan biarkan masalah yang sedikit ciput itu mempengaruhi rutin harian kau. Kerja tetap kerja. Tolak tepi kejap masalah.

Aku kini nak bercerita tentang penulisan. Lebih2 lagi bila sudah bergelar pengajar, sekarang ni. Jujurnya bila dah jadi pengajar ni, aku sudah umpama menjadi seorang artis. Wahh tinggi kan impian aku. Tanak kalah nih. Artis je berangan nya!

But wait! I have more.

Bila kesana kemari, students secara tak langsung akan mengenali kau. Baik yang kau ajar atau tak. Formulanya satu. Senyum. Aku selalu motivasikan hal ini. Sentiasa senyum sewaktu perjalanan pergi dan balik kelas. Whatever things yg berserabut milo dalam kepala, tolong simpan kejap dalam medulla oblongata (tetiba..apa aku merapu ni??) sort of la. Yang penting simpan sekejap. Jangan ketatkan muka and do not show problems on our face. Ini tidak. Belum apa2 muka dah menyinga.

Some more, kawal behaviour depan students. Yalah kita kena set contoh yang baik, bukan?

Sebab tu aku boleh katakan hidup aku sekarang sikit lebih kurang macam artis. Kan? Kan? Hidup jadik perhatian dan for sure kalau mereka2 yg celik IT akan selongkar FB dan blog aku. Kalaulah mereka terbaca, bagaimana? Nah…disini aku sudah fikirkan hal itu berbulan-bulan lamanya. Menulis tak salah. Tetapi kena fikirkan contents apa yg aku nak tuliskan. And no worries, aku takkan menulis perihal kerja dalam blog. Itu sudah menjadi kepantangan aku.

Aku kurang gemar sikit sebenarnya. Aku lebih gemar bercerita tentang perihal persekitaran yang aku alami sekarang, kecuali pekerjaan. Heh, aku masih ingat ya dihentam dalam blog disebabkan hanya kerana membuka cerita lama di alam persekolahan. Aku serik dan biarlah itu menjadi yang pertama dan terakhir dalam berblogging. Dalam menulis, mungkin interpretasi kita lain, pembaca lain.

Apa2 pun dalam hidup korang. Bukan setakat kerja saja. Benda2 sensitif seperti politik, agama waima perkauman sekalipun, tolong hati2 menulisnya. Kalau nak selamat, tak payah nak tulis langsung. Itu lebih baik.

Bak kata pepatah melayu:
Kerana mulut _____ ________ (sila lengkapkan tempat kosong ini [ 2 markah]

Misi KETIGA akan diselesaikan hari ini. Doakan semuanya berjalan dengan lancar!

FaizalSulaiman:---) Farcir episode 33 akan disiarkan esok, lapan malam. Para addicters, sila jerit sekarang.lalalalalala (Gambar ihsan google)

Wednesday, July 07, 2010

AKU RASA BLOG SUDAH JADI GILALAH.PENDAPAT KAU BAGAIMANA?


Salam;

Aku tak tahu la kalau korang, para bloggers hensem dan cantik merasai apa yg aku rasa sekarang ni. Aku rasakan blogger makin menjadi gila. Semalam aku tengok komen ada lah 1 walaupun komen tu aku dah balas, still tak kuar2 2 komen.

Pagi ni cek la kut2 entry tu ada tukang komennya. Masih 2 komen, bila aku bukak, hambik kau, "0 Comment".

Ada masalah teknikal kut. Sebab tu dia jadik gonjeng semua.

MISI pertama GAGAL. Sibuk gila. Aku try harini.

Tuesday, July 06, 2010

JAHAT. SIOT ARR!!!

Salam.

Choppp!! Sebelum membuat konklusi cetek, sebenarnya entry ini berkaitan dengan sebuah lagu yg aku dengar baru2 ni.

Nyanyian Stacy: Jahat. MV nya kau boleh dapatkan dalam aplikasi YouTube. Part MV tu nanti aku cerita. Aku nak cerita part liriknya. Siut arr lirik lagu ni. Hambik kau, kena sebotol sebijik kat muka aku.Hahahaha..Padan muka aku

Amati lirik ini:
Aku sudah serik bercinta
Kerna asyik berakhir dengan kecewa
Tapi sejak hadirnya dia
Semua sistem kawalan kini terdedah

Kepala kata jangan gelojoh (no)
Hati pula kata pergi (go baby go)
Benarkah cinta itu buta
Kerna tak nampak apa selain dia



Hahaha..Tu separuh je.Kau tengok la sendiri. Sentap tol lirik dia.hahaha..Tahniahla kerana membuatkan aku tersenyum2 sepanjang mendengar lagu ni.LOOOOL. MV dia super duper cool!! Ada pengaruh Japan seh! Serius cun gila. Lagi2 part stacy kata "Go baby Go!"hahaha..

Kawaiiii!!!!






FaizalSulaiman:---)Urusan penting harini.InsyaAllah esok akan direview!

Monday, July 05, 2010

LELAKI DAN SEKS

Gambar rembat google


Salam

Sila tinggalkan bacaan jika anda tidak selesa.

Confirm hits tinggi.

Idea tercetus bila membaca entry teman blogger. Dia describe aiskrim potong je, tapi perception aku sebagai pembaca sudah menerawang entah kemana..

Ke alam “biru” sudah tentu pasti.

Lelaki diberikan dengan 9 akal 1 nafsu, tetapi kerap dikaitkan dengan seks. Yalah biar aku tulis terang2 disini. Dan harap2 nya pembaca akan menilainya dengan baik. Seks memang keperluan manusia. Ia berkait dengan nafsu. Maknanya bukanlah kehendak hari2. Ia seolah-olah tindak balas hormone badan terhadap lawan pasangan kita.

Bagaimana seks terjadi? Oh perlu ke aku ulas? Jadi faham2 sendiri sudah.

Lelaki dan seks memang alami. Aku berani kerat jari lah kalau ada mana2 lelaki yang tak pernah bercerita tentang seks, fantasi, obsesi dalam kedai2 warung lepak ngan kawan2 waima borak2 santai sekalipun.

Ini bukan bermakna kami GILA SEKS. Ia memang lumrah. Scientifically, otak lelaki memang ada pengaruh seks yang sangat kuat. Sebab tu most of the time, lelaki akan sangat cepat pick up dengan benda2 “biru” yang terus direspons ke dalam otak memberi signal untuk meng-interprate secara direct.

Pendapat aku lah. Ada sebab 1 nafsu yang kami ada ni. Ada baiknya dengan 1 nafsu jadi mampulah kami mengawal dengan 9 akal yang dianugerahkan. Bayangkan kadang2 dengan 1 nafsu ni pun adakala tidak terkawal. Nafsu membeli gadget baru untuk kereta, makan2, jalan2, shoping sikit2, treat awek sikit, macam2 lagi lah.

Please jangan tafsirkan lelaki2 begini dengan tafsiran “kotor” sebab memang lumrahnya begini. Cuma pandai atau tidak mengawal sahaja. Kita beragama, jadi berwaspada dengan bisikan nafsu dan godaan syaitan kerana ia akan menuju ke arah kehancuran! Gunakan 9 akal yang sudah diberi sebaik-baiknya

FaizalSulaiman:---)Terkenang kata2 seorang rakan coz terlupa bawak telur goreng untuk sajian nasi goreng. “Wehhh jangan lupa telur kita tuh!”

Sunday, July 04, 2010

PROSA TIGA BELAS (BAHAGIAN DUA)

Pertemuan pertama kalinya antara lelaki bernama Amir Naufal dengan gadis yang pernah dicintainya Zulaikha Wirdani itu akhirnya berlangsung dalam suasana yang paling tidak menyelesakan. Persekitaran hospital yang dipenuhi dengan orang yang sedang lalu lalang sedikitpun tidak mengganggu pemandangan enam pasang mata itu yang kemudiannya diputuskan oleh suami Zulaikha Wirdani, Iman Syakirin untuk memecahkan kebuntuan antara lelaki itu dan isterinya.

Dan dia seperti mengetahui bahawa lelaki itulah yang dicintai isterinya…

Dan buat Amir Naufal sendiri, melihatkan lelaki berkerusi roda disebelah perempuan itu, fikirannya lekas menangkap. Lelaki itu mungkin suaminya.

Dalam hatinya dalam penuh kesengsaraan itu, dia lekas berlalu meninggalkan Zulaikha dan Iman dengan penuh tertanya-tanya.

Aku ada satu tugas penting untuk diselesaikan hari ini. Dan aku harus tunaikan janji itu! Maafkan aku, Zulaikha

**

DUA TAHUN KEMUDIAN…

“Nek..Nek..”
Suara halus seorang kanak-kanak perempuan memecahkan gegendang Mak Limah yang sedang melipat kain di atas pangkin yang dibuat berdekatan dengan pohon rambutannya. Lamunannya terhadap arwah suaminya lekas terpadam apabila mendengarkan suara kecil yang datang dari dalam rumahnya. Dia lekas berlari menuju ke dalam rumah batunya kemudian melihat cucu perempuannya, Mia Qistina sudah terbangun dari buaian, dengan kaki sudah terkontal kantil beralun di buaiannya.

Mak Limah datang mendekat, memerhatikan mata bundar comel itu sedang terkedap-kedip cemas sebelum wajah kecil itu mengukir senyuman tanda kelegaan neneknya sudah berada disisinya. Mak Limah kemudian mengangkat cucunya, kemudian merebahkan kanak-kanak kecil itu di atas tilam kecil yang sudah tersedia di tengah rumahnya. Seklias dia memandang wajah bujur, bentuk mata, hidung dan alur bibirnya yang terletak cantik.

Memang serupa seperti arwah ibunya. Kasihan kau, nak. Kecil-kecil lagi sudah jadi anak yatim piatu!

Mak Limah membelai kanak-kanak yang bergerak-gerak tanpa henti itu. Seketika kedegaran deruman kereta di luar langsung menyebabkan Mia Qistina melonjak-lonjak tidak sabar. Kanak-kanak perempuan itu bagai menyedari siapa yang akan datang ke rumahnya itu.
“Bah..Bah..Bah”

Hanya itu kedengaran di mulut mungilnya sementara tubuhnya meronta bagai hendak berlari ke muka pintu bagi menyambut kepulangan seseorang.

Kelihatan Amir Naufal sedang membuka kedua kasut hitam berkulitnya kemudian masuk ke dalam rumah sambil mengukir senyuman sangat tampan. Dia kemudian menuju ke arah ibunya, menyambut salam perempuan itu lantas meraih Mia Qistina yang riang gembira di dalam pelukan abahnya itu.

“Mia sihat harini? Mia buat apa je harini? Mia dah makan belum?”

Soalan Naufal bertubi-tubi menyanyakan kepada anak perempuan kesayangannya itu. Walaupun Mia langsung tidak faham malah tidak menjawab, tetapi seboleh mungkin dia ingin tunjukkan kepada bapanya yang dia berada di dalam keadaan elok dan sihat.

“Kamu sudah makan, nak?”

Soalan Mak Limah menerjah gegendang telinganya. Naufal mengukir senyuman kemudian mengangguk perlahan. Mak Limah langsung membelai rambut Mia Qistina sebelum berkata lembut.

“Kamu tak mahu mencari pengganti ibu si Mia ni, ke? Kasihan mak tengok si kecil ni. Tak dapat kasih sayang ibunya sendiri”
Naufal membungkam senyap. Dia menghela nafas kemudian menyambung berhemah.
“Tak sama macam emak sendirinya nanti. Lagipun biarlah saya yang menjaga Mia ni sampai dia besar. Lagipun itu amanat ibunya. Janji saya pada ibunya”

Mak Limah mengangguk perlahan. Dan kalau itu yang dikatakan oleh anaknya, maka dia sebagai ibu harus menerimanya dengan hati yang terbuka. Naufal tahu apa yang terbaik untuk dirinya sendiri.

Enggan dirinya dimomokkan terus dengan soal jodoh yang memeningkan kepala, Naufal meminta kebenaran ibunya untuk membawa Mia bersiar-siar dan Mak Limah dengan senang hati memberi kebenaran. Mia juga seronok nanti!

Naufal mendokong anak perempuannya erat, kemudian meletakkan di atas kerusi bayi yang sudah di pasang di tempat duduk hadapan. Mia kelihatan sangat seronok dan apabila abahnya mula menghidupkan enjin kereta, dia tahu yang hari ini merupakan hari paling indah buatnya…

Tiga puluh minit selepas pemanduan, kelihatan abahnya sudah menyorongkan kerusi di satu tempat rata dimana dia yang berada di dalam kereta sorong bayi itu memandang langit biru yang cukup indah gugusan awan-awannya. Abahnya kemudian berhenti di satu sudut yang dia sendiri tidak tahu, kemudian apa yang dia sedari, abahnya sudah mengangkatnya, mendukungnya dengan penuh kasih sayang dan matanya terus memerhati suasana taman dikeliling yang dipenuhi dengan orang-orang yang kelihatan seperti berlari, berbual-bual dan tak kurang juga ada kanak-kanak sepertinya yang dikendong ibu bapa sendiri.

Saya sayang abah!

Naufal membawa anak perempuannya berjalan, menghirup udara segar dan menikmati ciptaan Allah dengan penuh kesyukuran. Dia langsung tidak menyedari, mungkin hari ini merupakan hari terbaik buatnya. Kerana semua itu adalah urusan Allah..

“Amir Naufal!”

Lelaki itu berpaling kemudian dengan sedikit terkejut memandang seseorang yang telah menegurnya tadi. Seorang gadis. Gadis yang telah berjaya mencuri hatinya dua tahun lalu.

“Wirda? Zulaikha Wirdani?”

Gadis itu mengangguk perlahan sambil menguntum senyumam cantik langsung mengingatkan pertemuan pertama mereka di dalam hospital bersama suami perempuan itu. Oh ya..suami..

“Saya dengan suami sudah berpisah dua tahun lalu. Mungkin bukan jodoh kami”

Pengakuan itu mengejutkan Naufal. Anaknya, Mia walaubagaimanapun sedikit resah dengan kelakuan abahnya yang tidak bergerak-gerak sedari tadi.

“Comel anak kamu. Oh ya..mungkin ini pertemuan terakhir kita. Saya akan ke London untuk sambung belajar. Dan..entah bila kita akan bertemu lagi”
“Nanti dulu..awak nak sambung belajar?”

Zulaikha Wirdani mengangguk perlahan. Amir Naufal sudah bahagia dengan kehidupannya dan aku tidak harus mengganggu hidupnya kini! Ia seharusnya menjadi seperti itu. Mungkin jodoh kau dengan lelaki lain, Wirda. Bukan dengan yang namanya Amir Naufal.

“Sebelum awak pergi, ada sesuatu yang perlu saya katakan, Wirda.”
“Apa halnya, ya?”
“Kita duduk di bangku itu. Tak manis kalau kita berbual dalam keadaan berdiri begini”

Gadis itu bersetuju lantas mengikuti Naufal di tempat letak kereta bayi kepunyaan Mia Qistina. Dan di situ jugalah lelaki itu menceritakan tentang kisah yang dialaminya. Bagaimana dia dalam keadaan penuh keterpaksaan dalam menerima Natrah Syaida yang kemudian bertukar menjadi ikhlas tatkala perempuan itu menghembuskan nafas terakhir ketika melahirkan Mia Qistina.
“Jadi..selama ini?”
“Ya..dan saya tetap menganggap Mia sebagai anak saya sendiri. Saya takkan persiakan hidupnya”

Zulaikha Wirdani kemudiannya meraih Mia Qistina dari pangkuan lelaki itu langsung memandang wajah Amir Naufal dalam-dalam. Dan dalam dua hati yang masih kosong itu, tertanam jua benih-benih cinta pemberian Allah subahnawataala..

Kerana takdir cinta itu adalah pemberian dari Yang Maha Esa. Hanya Allah penentu segala-galanya…

TAMAT

Friday, July 02, 2010

JIWA RETRO

Salam;

Aku muda lagi okay. Stok mudalah untuk dijadikan model majalah Remaja. Hahahaha..berangan tanak kalah. Model! Haaptuih!

Muda2 ni ada berkaitan dengan tajuk entry harini. Retro. Semua orang tau Sinar FM kan? Layan jugalah stesen radio best tu. Siapa cakap tak best? Sesekali kalau nak mood retro, silalah dengar Sinar FM pagi2.

Dah macam tukang iklan la plak!

Macam aku sendiri, aku takdelah teruja mana bila mendengar Sinar FM. Lagu2 retro zaman2 Adam Ahmad, Uji Rashid, Azlina Aziz, Ibno Riza memang jadik fevret masa sekolah menengah tahun 1998-2002 dulu.

Kegilaan tu tak berenti setakat tu. Zaman universiti plak aku dgr lagu2 yang sumpah kalau orang lain dgr mesti muntah2.

Salah ke jiwa muda dan kacak hensem bergaya ini meminati retro? Salah ke??(sambil nangis2 pura2 sedih)lalalalalala..

Ini antara lagu2 yg aku kerap dengar masa zaman Uni dulu. Tolong muntah di dalam tandas okay.Layout blog I baru je tukar!haha

Gaya Zakry: Derita Hati Ku Tanggung Sendiri. Sore dia..Omigodddd..Nak sainnnn!!!



Dato Khadijah Ibrahim: Shedappppp


Sohaimi Meor Hassan: Ada part kathy disebutkan dlm lagu neh.Huhuhu Sore dia mcm Brorey Marantika laa



Salamiah Hassan: Lagu fevret I okay!haha


Kombo best: Azlan Abu Hassan ngn Azlina Aziz


Aku dan kenangan..huhu

Anda Mungkin Menyukai

src="http://www.linkwithin.com/widget.js"> Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer is his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please note that all works include short stories and online novels published in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer first.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED