Sunday, October 31, 2010

LORO: CHENDANA EPISODE 19

Penulis: Faizal Sulaiman
Cerita ini boleh juga dilayari di Dan. Setiap bab dalam penulisan ini akan dikemaskini setiap dua hari pada jam 8:08 malam. Jilbab episode 20 akan disiarkan pada 2 November 2010. Komen-komen anda amatlah dihargai




Kereta yang dipandu Zafran hampir memasuki ke perkarangan residen teres Mutiara Bay. Samira yang duduk di belakang lelaki itu diam membisu, begitu juga halnya dengan Jamil yang sedari tadi, selepas mengambilnya dari rumah majikannya Katrina, membisu seribu bahasa.

Kereta di parkir betul-betul berdekatan dengan pintu pagar sebelum Zafran turun sebelum Jamil mengambil alih tempat pemanduan lantas meninggalkan lelaki itu yang kini kelihatan sedang membuka pintu rumah.

“Awak okey?”

Suara Jamil menjengah lembut telinganya. Samira, yang masih duduk di tempat duduk belakang menyungging senyuman, sedikit keliru.
“Saya okey je. Tapi…nanti dulu. Awak datang ke rumah Katrina memang nak bagi barang-barang kepunyaan arwah Yazid, kan?”
Jamil mengangguk tegar. Simpang keluar Mutiara Bay dilalui dengan penuh hati-hati. Pabila MyVi oren kepunyaan Zafran sudah berada di lorong yang betul, Jamil mematikan signal sebelum menurunkan suhu penghawa dingin yang serasakan semakin sejuk.

Dia menjawab pertanyaan sepupunya. Pendek.
“Ya”
Samira mempamerkan riak curiga.
“Ya? Itu aje ke?”
Jamil mengangguk seperti burung belatuk. Samira semakin menyimpan rasa penuh kemusykilan. Matanya dialihkan ke pandangan luar. Kelihatan papan tanda Burger King kelihatan melambai-lambainya dari jauh sebelum tumpuannya kembali terarah kepada Jamil yang nampak tenang-tenang sahaja.

There must be an explanation for that. Takkan awak sesuka hati nak datang rumah Katrina..orang yang awak tak kenal pun dan beri barang kepunyaan arwah?”
Jamil tersengih sambil menggeleng kepalanya.

“Habis saya tak kenal Yazid? Jadi suatu amanah kan jika saya berikan barang kepunyaan arwah kepada orang yang dicintainya? Tak salah, kan?”
“Yalah..Tapi….”
“Dalam Islam sendiri menggalakkan kita mengeratkan ukhwah, jadi amanah Yazid tu perlu saya laksanakan. Bukan begitu?”

Samira mencebik masam.
Lelaki ini ada sahaja akalnya nak mengenakan aku! Ingat kau bagus sangat?

Jamil tersenyum nipis. Merajuk lah tuh!

“Okay lah saya minta maaf. Sebenarnya memang ada tujuan saya datang ke rumah Katrina tu”

Suara Jamil kedengaran serius. Pemanduan diperlahankan tatkala memasuki lebuhraya Tasek Utama yang dikenali kerana kesesakan lalu lintasnya. Samira memandang sepupunya serius.
“Apa maksud awak ‘memang ada tujuan’?”
Jamil menghela nafas. Saat yang ditunggu telah tiba. Samira perlu tahu akan kebenarannya. Dan aku perlu membongkar kan nya.
“Katrina yang menjadi penyebab kematian Yazid”

Samira diam.
Kemudian dia mendengus kelucuan lalu memandang sepupunya seperti lelaki itu sudah gila kerana membuat satu tuduhan yang tidak berasas.

“Mengarut! Tak masuk akal! Awak jangan sembarangan tuduh, ya!”
Jamil senyum. Tidak berteriak-teriak mempertahankan, dia menekan punat radio sementalah kedengaran lagu terpasang perlahan di udara.
“Saya tak tuduh. Saya tahu memang Katrina pembunuhnya”
“Siapa beritahu awak? Awak nampak ke memang Katrina pembunuh Yazid! Tolonglah Jamil. Mungkin kata-kata Asyraf tentang awak ni betul agaknya!”

Jamil terkesima.
Apa yang Asyraf cakap pasal aku?
Matanya meliar sedikit memandang riak musykil-curiga gadis itu dengan rona ingin tahu yang cukup kuat.

“Awak pelik! Awak masih ingat kejadian emak menggantung dirinya selepas awak balik dari Mesir? Kemudian Hajar dirasuk selepas menyentuh batu yang didakwa milik awak dan sekarang kematian Yazid selepas awak berpindah masuk ke rumahnya! Awak tak nampak lagi ke seolah-olah kesalahan ini memang berpunca dari awak???”

Jamil tersentak! Diperhatikan wajah Samira berkilau dengan amarah.

“Apa maksud awak ni, Samira?”
“Saya rasa awak ni pembawa malang! Pembawa sial!”

Jamil mendengus, sedikit marah sebelum menghela nafas tenang. Samira tidak gembira aku menuduh majikannya sebagai pembunuh. Baiklah..aku akan beritahu kebenarannya. Kebenaran yang akan menyeksakan diri untuk diterima.

“Sebelum awak beteriak-teriak memfitnah saya lagi..ada baiknya saya beritahu awak tentang kebenaran”
Samira berwajah jengkel dan semakin sinis.
“Apa lagi yang awak nak cakap?”
“Tenanglah. Awak perlu bertenang. Saya mahukan awak faham. Itu sahaja.”
Gadis itu menghela nafas dalam-dalam, lalu menghembusnya perlahan.

“Yazid beritahu saya tentang perbuatan kejam Katrina kepadanya..bagaimana dia diracun, kepalanya dipenggal dan hatinya dicuri sebelum dimakan”
Mata Samira terbelalak terkejut. What the..
“APA AWAK CAKAP NI, HAH?”

“Saya beritahu perkara sebenar and in fact…ada seseorang sedang duduk di belakang bersama awak”

Samira tidak jadi hendak terpekik lantang. Dia bungkam tidak berkata apa-apa sebelum matanya berpaling ke sebelah kirinya.

Dengan izin Allah, kelihatan lembaga wanita berambut panjang, dengan ketiadaan sebelah mata dengan hidung dan mulutnya berdarah. Kelihatan juga beberapa batang giginya patah tatkala lembaga itu menghadiahkan senyuman mengerikan.

Samira terpekik lantang sebelum melompat sedikit menuju ke arah belakang sepupunya yang kelihatan tenang-tenang sahaja. Tangannya dipaut ke bahu lelaki itu lalu mencengkamnya kuat. Matanya dipejam rapat-rapat.

“Sudahlah..dia dah pergi”

Samira membuka matanya dan ternyata telahan Jamil tepat belaka. Gadis itu masih trauma dan berkira-kira mahu duduk di belakang sebelum membuat keputusan untuk berpindah ke tempat duduk hadapan. Selain itu, dia kelihatan sangat takut.

“Saya dah biasa dengan semua tu”
“Apa maksud awak biasa?”
“Saya boleh nampak. Saya boleh nampak mereka. Ada yang menyesal dengan tindakan yang diambil. Ada yang menghimpun benci lalu membalas dendam malah ada yang teraniaya dalam hidup yang dah mereka tinggalkan”

Fikiran gadis itu semakin sesak untuk menerima semua kata-kata sepupunya itu.

“Saya tak faham. Maksud awak ‘hantu’ ke?”
“Qarin. Qarin mereka.”
“Qarin?”

Jamil tersenyum. Dia membuat lencongan sedikit selepas meredah kesesakan lalu lintas Lebuhraya Tasek Utama sebelum masuk ke simpang bandar yang menghubungkan ke rumah Samira.

“Tiap-tiap manusia yang lahir ke dunia dikembarkan dengan qarin mereka. Bezanya Qarin adalah keturunan jin dan kehadiran Qarin dalam diri manusia seumapama peneman pembuat jahat kepada manusia itu sendiri. Qarin akan berkelakuan seperti kembarnya dan apabila manusia itu mati, Qarin akan hidup bebas di muka bumi, meniru perilaku kembarnya. Jika baik amalnya, maka Qarin akan berkelakuan seperti kembarnya..dan begitulah sebaliknya”

Samira diam, mendengar dengan khusyuk. Jamil menyambung.

“Qarin mungkin akan meniru perilaku kembarnya. Sebagai contoh, kalau manusia itu mati kerana membunuh diri, akan ada manusia lain nampak tragedi itu---mungkin berulang tiap-tiap malam”
“Jadi Qarin Yazid datang bertemu dengan awak? Memberitahu apa yang dah jadi pada dia?”

Jamil mengangguk tenang.

“Apa perkaitannya kalau memang Katrina membunuh Yazid? Apa faedah yang bakal perempuan tu dapat?”
“Kesemuanya Samira dan ianya bermula dari susur galur keturunan keluarga awak”

Samira terpempan sebelum MyVi oren memasuki kawasan rumah perempuan itu sebelum kelihatan Asyraf, kekasih perempuan itu keluar dari Viosnya, berwajah bengis dan kelihatan penuh amarah!

BERSAMBUNG

Saturday, October 30, 2010

QUICK TOUR:MINI JELAJAH BLOG SAYA

Salam Sabtu:)

Hari yang ditunggu sudah tiba.

Doakan semua selamat.

Ceh!

Macam nak gi menikah la kau, Faizal. kah kah kah

Ok guys. At first terima kasih pada follower2 baru yang dah follow blog aku yang tak seberapa ni. Tak seberapa pun, aku sayang maa. Susah kot nak dapat follower.

So kita kena la appreciate:)

Harini cikgu nak bawak korang semua jalan2 kat dalam blog cikgu ni.

Jadah!

Dah bertahun buat blog, baru nak buat sesi jejelan cik kiah?

Haruslah. Nak bagi pembaca/followers/silent readers user friendly sikit dengan blog ni. Aiceh kau! Pandai cover!

Aku bahagikan tour ini kepada 4 bahagian.


1) Header
Keciknya gambo. Korang right click bagi besau tak pun korang tengok je header atas yg ada tiga tompok taik unta tu, k


Ada 6 part. Laman FB, kemudian siri suspense thriller 'Oktober Dendam Bermula'. Mana2 yang belum baca, korang bolehlah membacanya:) November ni nak tukar ke satu cerita khas. Cerita panas:PP. Disusuli dengan kolaborasi Seram-Romantis Jilbab Chendana yang sekarang dah masuk ke episode 19. Jangan gusar tentang ending, especially Chendana kerana siri 25 episode ini bakal mengejutkan korang2 yang membacanya, pada akhir episode nanti.

Terima kasih sekali lagi

Dua link lagi menyambung terus kepada Mini Siri yang pernah dihasilkan di laman ini seperti kisah Seram gabungan 4 cerita dalam satu: 'Seru', kisah black comedy misteri '7 Hari' dan Kisah cinta Islamik 'Prosa Cinta Amir Naufal'. Manakala Cheritera pula menyambungkan korang kepada cerpen2 yang pernah disiarkan di blog ini.

Uniknya, dalam Cheritera, aku bereksperimentasi dengan genre2 yg aku sendiri tak pernah menulisnya seperti "Necklace: The Musical" (Musical), "Biarkan Awan Itu Berwarna Merah Jambu (Science Fiksyen--dengan twist di akhir bacaan), "Gula-Gula Chenta" (Romantic Comedy) dan "Kaseh Seribu Bintang" (Cinta Tragis)

Terakhir, korang akan disambungkan terus ke laman penulis2 muda Aksara Keraian:)



2) Panas dan Baru


Antara gadget baru yang aku letakkan. Nampak macam best plak bila tengok gambar2 thumbnail ni bergerak-gerak menunjukkan entry2 baru yang masih panas ditulis.

Woh! Macam goreng pisang cik Awang simpang la.hahaha (abaikan kalau tak kenal sapa cik awang)

Nak2 aku plak yang terlebih rajin update hari2. So sesiapa yang tertinggal, korang klik aje ye. Kalau nak baca lah:)



3) Suka, Kongsi dan Tweetkan Ia


Tiga aplikasi yang cukup best digunakan! Sumpah owh!

Button share dipasang untuk membolehkan pembaca lain berkongsi entry yang ditulis, selanjutnya berkongsi di wall FB mereka.

Aplikasi lain yang sama fungsinya adalah tweeter. Tweeter ni lebih kepada instant messages dan hanya mempunyai limitasi beberapa aksara sahaja:)

Manakala button like biasanya digunakan readers/pemilik blog itu sendirik untuk menyukai entry yang ditulis. Ok aku selalu sangat tekan butang like utk entry sendiri. hahaha

Pathetic la kau, Faizal

Aku tak kisah pun. Siapa lagi yg nak suka entry kita melainkan kita sendiri, kan?.

Ayat pujuk yang tipikal.bwahahahaha

Kejap.Korang perasan ada link kaler merah bertulis 'loro' tu kan?

Nah. Link itulah yang akan menyambung kepada koleksi2 episode loro, samada Jilbab atau Chendana. Penting meletakkan tagging kepada setiap entry. Kalau buat link, senang pembaca blog nak tengok semula:)



4) Kegilaan Terbaru: Jom tanya soalan?!


Tak ada lain aku.

Siapa ada acc Formspring, jom gebang2 tanya soalan

Buat laman Formspring macam kita punya, yuk!

ha ha ha


So camne?

Lepas jadik tour guide?keh keh keh

Feel free to visit my blog, komen entry2, tekan button like. Kongsi dengan kawan2. Some more kalau follow blog saya, tinggalkan link kat shoutmix ye.

Terima kasih bebanyak:))). Senyum!

Jumpa lagi.

Ding dong..

*Bunyik loceng

Friday, October 29, 2010

LORO: JILBAB EPISODE 19


Penulis: El Zaffril
Cerita ini boleh juga dilayari di Dan. Setiap bab dalam penulisan ini akan dikemaskini setiap dua hari pada jam 8:08 malam. Chendana episode 19 akan disiarkan pada 31 Oktober 2010. Komen-komen anda amatlah dihargai



“Sesungguhnya kau memang cantik wahai puteri jelita. Redup mata ini memandang kamu yang sedang tidur. Sayang sekali kau mungkin tidur untuk selama-lamanya. Kau bisa mengikut aku kalau kau mahu.”

Dia tersenyum memandang jasad di hadapan matanya itu masih terkaku. Diusap rambut yang terurai di dahi dan direnung kelopak mata yang tertutup rapat. Dikucup dahi yang putih pucat.

“Kau masih cantik walaupun kamu entah di mana. Aku masih dapat merasa jantungmu berdegup kencang, nafasmu masih bergelodak membuai rasa. Darahmu masih hangat mengalir menderas seluruh tubuh kamu sayang.”

Dia tersenyum lagi, lalu telapak tangan yang sejuk dicapai dan diusapkan ke pipinya. Dia memejamkan matanya. Merasai setiap aliran darah yang mengalir di telapak tangan yang pucat itu dipipinya.

“Sudikah kau bersama dengan aku sepanjang hayat kau? Aku sudi berikan kau kehidupan yang kau inginkan, asalkan kau sudi berdampingan dengan aku dan berikan aku apa yang aku mahukan.”

Dia memandang tepat ke arah anak rambut wanita itu. Kemudian dia membawa pandangan matanya ke setiap inci tubuh, dari rambut ke muka, leher dan turun ke dada yang berombak sehinggalah akhirnya ke hujung kaki.

“Hoi! Apa kau buat tu?”

Dia terkejut di tegur sedemikian rupa oleh satu suara yang tiba-tiba muncul dari belakangnya. Dia bingkas bangun dan memberikan sebuah senyuman kepada wanita itu.

“Oh, roh puteri jelita sudah tiba. Apa khabar wahai tuan puteri?”

“Jangan kau nak mengada-ngadalah Seri. Aku sihat. Kau buat apa di sini?”

“Nur yang diberi nama oleh Uthman, Aisyah nama yang diberi oleh ibumu. Sungguh cantik kamu Nur Aisyah. Aku bisa memberi kau kehidupan dari hidup di pembaringan seperti ini. Kamu tidak mahu?” Seri senyum sehingga menamppak siongnya yang pendek.

Nur mencebikkan bibirnya dan tangannya tiba-tiba menggeletar, terasa gementar menghadapi makhluk laknatullah yang sentiasa menggoda manusia melalui jalan yang sesat. Berani dalam takut dia menghadapi Seri dalam keadaan Seri menjadi seorang lelaki separuh abad di hadapannya. Tangannya di seluk ke poket seluar jeans putih.

“Kau bukan Tuhan nak bagi aku hidup atau mati.”

“Tapi aku bisa berikan kau kehidupan. Aku bisa sembuhkan penyakit budak di hadapan bilik ini kalau kau mahu.”

Nur mengalihkan pandangannya ke arah pintu keluar bilik. Fikirannya membawa ingatannya kepada budak kecil di bilik hadapan.

“Iqmal.” Perlahan Nur menyebut nama itu.

Tangannya kejap di cengkam Seri. Nur tidak bisa berbuat apa-apa. Seri mendekatkan bibirnya ke telinga Nur.

“Kau mahu tak hidup?”

Seri mengilai tawa. Dilepaskan Nur yang sudah terkaku dan tidak bisa berbuat apa.

Dalam hidup perlu mati

Dalam mati perlu hidup

Dalam jalan perlu teguh

Dalam hidup tidak perlu menjadi terlalu baik

Nanti mati di tanam juga.

“Kau jangan nak mengarut Seri. Sebelum aku naik angin, baik kau pergi.”

“Baik, aku akan tinggalkan kau. Fikirkanlah tawaran aku itu.”

Pintu bilik itu di kuak.

Seri lenyap dari pandangan Nur. Hilang di bawa cahaya siang. Nur rebah ke lantai.

“Nur!”

Uthman menghampiri Nur. Melihat Nur yang baru di lantai. Kemudian matanya terarah ke arah katil memandang ke arah sekujur tubuh Nur di atas katil.

“Itu Nur?”

Nur mengangguk.

“Kakak.”

Mata Uthman terarah kepada budak kecil yang menjengah dari pintu.

“Iqmal.” Lemah suara Nur menyebut nama itu.

BERSAMBUNG...

SATU HARI LAGI

Aku teringin nak pergi sini lagi.hu hu hu



Salam:)

Jumaat yang berkat. Amin!

Dan bagi aku, tinggal SATU HARI LAGI sebelum sebuah apa yang aku boleh panggil derita...akan berakhir.

Ceh!

Drama la kau, Faizal





Terima kasih sebab komen entry semalam..

Serius aku happy gila

Korang memang best la!

Layan lagu atas tu.

Aku suka bait liriknya

Nak-nak pembawaan Hujan yang memang best tuh!

Terima kasih Seniman P Ramlee.

Lagu-lagu anda memang malar segar.

Thursday, October 28, 2010

KESERONOKAN BER-FORMSPRING DAN DUNIA WARNA-WARNI GAY

Header blog lama..teringat kat kawan2


Salam:)

Opsie..ada terma taboo disitu.

Mungkin ada sesetengah content dalam entry ini kurang selesa buat sesetengah reader. Dari hujung rambut hingga ke hujung kaki, penulis blog memohon maaf.

Jangan bimbang. Teruskan pembacaan. Lepas ni mesti ada keyword gay sesat masuk dalam blog aku.

Confirm!

Trivia: Kali ke dua menulis al-kisah Gay dalam blog suci murni ini.Walaweh..

Kisah gay menyusul sekejap aje lagi. Memula nak cerita pasal formspring.

Aplikasi ni makan bulan jugakla untuk aku update semula. Selalunya jaringan macam FB, twitter atau blog menjadi pilihan. Tetapi entah kenapa, formspring pulak yang dirasakan besh!

ha ha ha

Buat yg kurang tahu@masih cuba2 nak tahu, formspring adalah aplikasi sosial dimana user boleh bertanya soalan kepada pemilik formspring.

Soalan saja, ok.

Tapi semalam aku dengan seorang buddy yang gila buat onar di formspring.

Aku buat formspring tu macam chat pulak. Salah guna betul aku. Kesian member2 formspring aku yg seciput cuma tu, terpaksa membaca ocehan merapu gila2 kita orang.

So sorry guys. Didn't meant to it. Seronok berbual dengan buddy gila tu pasal topic yang aku rasakan taboo untuk dikongsi ramai2.

Kenapa taboo?
Sebab kami bercerita tentang penulisan genre berat dengan isu GAY di dalamnya.

Oh my...

Pada mulanya, aku agak keberatan nak menulis cerita sebegini. Gila kau. Banyak lagi cerita kau boleh buat. Sampuk polong, Tika cinta islamik bertasbih, Gangster drift rempit tapi kenapa cerita dalam botol jugak yang kau nak tulis???

Ha jawab la kau faizal.Jawab!

Aku kembali kepada keinginan (desire) manusia yang tipikal. Bila nafsu merajai mengatasi lewarasan akal.

Kasih Sayang yang melampau...

Tetapi dalam cerita ini walau sekuat mana kasih sayang sesama jantina, ia takkan merubah apa2. Manusia melawan fitrah kejadian, hanya akan merugikan diri sendiri. Kasih sayang songsang ini takkan boleh membawa ke mana-mana pun,UNLESS si pelaku berubah mengikut asal kejadian dan apa yang ditetapkan Ilahi di atas sana.

Aku cuba menulis mengikut acuan sendiri selain cuba elakkan babak2 panas yang lazim untuk cerita sejenis ni.

See?
Kasih sayang bukan hanya ditunjukkan dengan seks saja. (Sebab aku ada dengar gay oriented relationship ni more to physical body interaction--err seks la tu. Betul kaa?)

Cerita ni masih dalam perbincangan dengan buddy gila tu and fortunately he is going to make his own perception towards another gay character in this short story.

And I am trying to make it a heart wrenching piece...

Trima kasih buddy gila:P Sorry la weh..aku panggil ko gitu. Ko mang gila pun kan?he he he

Apa2 pun, million thanks to all of u. Rajin baca entry aku. Rajin komen entry aku. Korang memang rocks ar! Untuk pembaca Loro:Jilbab Chendana , terima kasih juga. Banyak kejutan menanti nanti:)

ps: aku tahu matlamat tak halalkan cara, tetapi tunggulah cerita ini siap dulu ya.Lepas tu baru boleh kita gebang-gebang:)

Wednesday, October 27, 2010

LORO: CHENDANA EPISODE 18


Penulis: Faizal Sulaiman
Cerita ini boleh juga dilayari di Dan. Setiap bab dalam penulisan ini akan dikemaskini setiap dua hari pada jam 8:08 malam. Jilbab episode 19 akan disiarkan pada 29 Oktober 2010. Komen-komen anda amatlah dihargai


Banglo dua tingkat milik Katrina kelihatan sangat menawan. Ditambah dengan hiasan mewah di dalam rumah perempuan itu bagai melengkapkan segalanya.

Perempuan itu sememangnya layak untuk tinggal di rumah sebesar apa yang sempat dijamah matanya. Kedudukan yang tinggi dalam posisi syarikat pengiklanan Truly Content Media membuatkan Katrina mampu memiliki apa yang diingini.

Tetapi mungkin tidak sekarang.
Mungkin tidak lagi selepas kematian kekasihnya Yazid yang ditemui dalam keadaan mengerikan di sebuah ladang getah yang sangat terpencil.

Misteri itu tetap menyelubungi dan pihak polis memburu Katrina sekaligus menjadikan perempuan itu sebagai suspek utama. Diselidiki selepas beberapa lama melalui sesi soal siasat, ternyata Katrina tidak berada di tempat kejadian, malahan perempuan itu sedang menyiapkan kertas kerja pembentangan iklan merokok yang bakal dipersembahkannya hujung bulan ini.

Bagi Samira, Katrina memang kelihatan angkuh pada luaran. Sombong dan tegas.

Tetapi itu hanyalah di pejabat. Bukan di luar.

Sebaik sahaja menerima jemputan perempuan itu ke rumahnya dia pergi dengan senang hati sebelum memberitahu adik perempuannya Hajar beberapa jam sebelum dia pergi.

Katrina pula menyambut tetamunya dengan senang hati.
Senang hati kerana jasad Samira akan dikorbankan seketika nanti.

Kau robek kulitnya. Kau rentap jantungnya. Kau tadah darahnya. Biar ia menjadi makananku!
Kembar Katrina sudah berada di atas sofa, berkebaya merah dengan mata membulat yang kelihatan bersinar garang. Tubuh Samira yang duduk di kerusi meja makan diperhatikan dengan penuh nikmat. Tubuh mungil itu dapat dijamah seketika nanti.

Katrina tidak terburu-buru. Kembarnya yang duduk di ruang sofa diperhatikan geram!
Biadap! Kau tahu sabar?!

Gelodak hatinya meronta marah. Dasar syaitan terkutuk!

Heeeeeeeeeeee

Kembarnya mengilai sehinggakan Samira, yang tidak mendegngar apa-apa butir perbualan Katrina dan kembarnya, mulai merasa ganjil. Diperhatikan Katrina yang lekas-lekas menunangkan air oren sejuk di dalam gelasnya.

“Kenapa dengan kau ni, Mira? Anything wrong?”

Samira menggeleng sambil tersenyum gusar.
Suara hati kembar Katrina bersuara jahat. Terpekik-pekik memekakkan telinga perempuan itu.

Kau ingat kau boleh tipu dia? Lekas lakukan upacara itu! Aku lapar! Aku lahap! Kau perlu beri aku makan!

Katrina menghela nafas dalam-dalam. Diperhatikan kembarnya yang semakin merengsakan itu dengan wajah paling meluat.

Sabar! Berikan aku sedikit waktu untuk mendapatkan kepercayaan perempuan ini! Dan kau, takkan menyesal dengan habuan yang bakal kau perolehi!

Wajah kembar Katrina semakin jelik dan kelihatan sangat menakutkan.

“Kita berhenti dekat mana tadi?”, soal Katrina mengalihkan topik, cuba memancing kembali ingatan Samira tentang projek khas Dato Siti Nurhaliza tentang iklan produk kecantikannya, Simply Siti yang bakal menggunakan khidmat syarikat pengiklanan mereka untuk kempen pemasaran produk penyanyi tersohor tersebut.

Samira tersenyum manis, kelegaan.
Dia dapat merasakan sesuatu dibelakangnya, tetapi apabila dikalih pandang, tiada sesiapapun yang memerhatikan tindak tanduknya.

Dia tidak tahu kenapa.

Belum sempat Samira membuka mulutnya untuk berkata-kata, kedengaran loceng rumahnya berbunyi. Baik Kartina juga Samira, kedua-dua perempuan itu saling berpandangan tertanya-tanya.

Katrina akhirnya bangun, membentak dalam hati, menyumpah seranah siapkah yang datang tidak kena tempat pada jam begini!

Pintu dibuka sebelum kelihatan seorang lelaki berkopiah menjinjing sesuatu.
Lelaki berkopiah itu adalah Jamil!

“Maaflah mengganggu. Saya datang ni nak menyerahkan barang kepunyaan arwah pada Cik Katrina dan eh…awak pun ada sekali? Puas saya cari awak, tahu?”

Katrina bingun seketika sebelum Samira yang berdiri disebelahnya sedari tadi tertawa perlahan. Dipandang sepupunya itu sebelum menggeleng-geleng kepala.

“Macam mana sampai sini Abang Jamil?”
“Zafran beritahu alamatnya. Dia ada dalam kereta tu dan oh ya…adik awak si Hajar minta awak balik. Ada hal katanya”
“Hal? Hal apanya? Tadi sihat je sebelum saya keluar ke mari”
Jamil menjungkit bahunya petanda dia tidak tahu.
Samira memandang Katrina yang jelas terpancar sinar kecewa kerana perempuan itu mungkin terpaksa balik ke rumahnya semula.

Melupakan hasratnya untuk merobak rabikkan jasad Samira dan menguasai Chendana Sari!

“Eh tak apalah! Samira balik aje. Esok lusa boleh datang ke mari, kan?”
Samira mengangguk mendengar kata-kata Katrina. Dia kemudiannya meminta izin untuk pulang sebelum Katrina melambainya mesra.

Dilihatnya Jamil yang berjalan agak perlahan sebelum perasaanya membuak-buak marah.

Simpan saja marah tak berguna kau, perempuan. Aku tahu kau berlindung di balik syaitan yang direjam! Aku tahu asal usul aku. Asal usul keturunan aku. Dan jangan kau berani sekali-sekali memesongkan kehidupan kami!

Suatu aura biru keputihan melayah terbang seperti angin kencang sebelum menolak tubuh Katrina sehingga terhumban menghentam rak buku di dalam rumahnya. Pintu yang dibuka tadi tertutup dengan sendirinya!

“Tak guna! Tak guna punya lelaki!”
Kau yang boodoh! Kau yang buta! Tak guna!

Pekikkan kembar Katrina kedengaran sangat kuat---bergegar gempita. Perempuan itu bangun perlahan-lahan memandang kembarnya dengan riak muka yang sangat marah.

“Kau ni tahu makan saja! Kerja lain kau tak tahu ya? Aku bersusah payah suruh Samira datang dan kau senang-senang nak minta itu ini. Hukum sana sini! Menyesal aku bela kau, tahu”

Katrina memaki hamun. Marahnya tidak tertanggung lagi. Diperhatikan kembarnya itu dengan penuh amarah kebencian.

Apa kau cakap?
“Kau tak guna..menyusahkan aku”
Aku tak dengar..kau ulanginya lagi?
“Berambus kau dari hidup aku! Tak guna!”

Kau jangan menyesal, Katrina! Kerana pulut santan binasa..kerana mulut badan binasa.

“Ah! Pergi mampus kau. Pergi mati! Pergi mat…”
Belum sempat perempuan itu menghamburkan caci makinya, lembaga berupa kembar Katrina itu bangun pantas dan menjerit latang sebelum berlari menuju ke arah tubuh perempuan itu sebelum meresap masuk ke dalamnya!

Tubuh Katrina rebah. Dia tidak sedarkan diri.

Namun, beberapa ketika, mata perempuan itu terkebil kebil sebelum mengukir satu senyuman jahat.

“Kau kepunyaanku Katrina. Dan dengan jasad ini, aku akan mencari Chendana Sari atas kemahuan dan kekuasaanku sendiri!”

Katrina yang dirasuk itu tertawa mengilai!

BERSAMBUNG

KISAH WRITE CUP PUSINGAN SATU. ALHAMDULILAH


Salam:)

Semalam menerima keputusan penjurian Write Cup Pusingan Satu.

Alhamdulilah...

Karya Sesudah Subuh berjaya ke pusingan dua

Terima kasih Admin Aksara Keraian. Juga penganjur. Juga penulis2 lain! Anda merupakan saingan hebat!

Wah macam menang trofi Best Picture gitu! he he he

Sesiapa yang dah terbaca Sesudah Subuh, terima kasih banyak2 aku ucapkan. Harap kalian mendapat sesuatu hasil dari pembacaan itu. Klik SINI untuk membaca semula.

Jujur, karya dakwah islamiah itu antara genre yang susah untuk disiapkan. Aku ambil masa selama 3 bulan menyiapkan Sesudah Subuh. Sepanjang menaip, tak ada langsung rasa marah...sebab all the time kena jadik baik sebaik-baiknya.

Susah jugak jadik writer neh:)

Maka, bermulalah perjalanan pusingan ke dua dan seperti pusingan pertama, aku tak mengharapkan kemenangan sebaliknya menghantar sesuatu yang dirasakan puas untuk diri sendiri.

Kali ini genre yang ditugaskan adalah 'Drama Politik', jalur cerita 'Hubungan Malaysia-Indonesia'

At first membuka laman AK untuk melihat tugasan, membeliak biji mata aku.

Humang aihhh

Susahnyaaaaaaa...

Drama politik tu! Tersilap langkah, binasa!

Pikir punya pikir, kona sana, kona sini, belok wat U Turn...Alhamdulilah..

Sinopsis untuk Pusingan ke Dua Write Cup telah siap. Entah cukup ke tak ramuan politiknya aku tak tahu.

Tapi aku tetap menggunakan nilai pilihan kebanyakan penulis. Kasih Sayang:)

Kasih Sayang mampu merubah apa sahaja, kan?

Tuesday, October 26, 2010

LORO: JILBAB EPISODE 18

Penulis: El Zaffril
Cerita ini boleh juga dilayari di Dan. Setiap bab dalam penulisan ini akan dikemaskini setiap dua hari pada jam 8:08 malam. Chendana episode 18 akan disiarkan pada 27 Oktober 2010. Komen-komen anda amatlah dihargai



Nur melangkah ke ruang tamu. Hatinya puas telah menemui jasadnya tadi. Dia tidak sabar-sabar mahu memberitahu Uthman apa yang telah ditemuinya ketika dia menghilangkan diri dari pandangan mata Uthman.

Uthman membontoti Nur, dari tadi dia hanya diam. Tiada sepatah pun bicara terbit dari bibirnya. Sekali-sekala dia berdehem dek tekaknya yang gatal. Dari anak matanya jelas menggambarkan fikirannya sedang bercelaru.

Di ruang tamu itu, Uthman melabuhkan punggungnya di atas sofa. Nafasnya di hela panjang pandangannya dilepaskan jauh-jauh keluar dari ruang tamunya, seboleh-bolehnya dia tidak mahu Nur membaca isi hatinya.

‘Siapa yang harus aku jadikan galang-ganti untuk sebuah kehidupan yang belum pasti.’

“Uth, kenapa ni?”

Uthman terkejut seraya memandang ke arah Nur. Matanya tepat memanah anak mata Nur.

‘Aku mahu jasad kau di depan mata aku Nur. Aku mahu kau tahu betapa aku mula menyintaimu. Betapa aku mula menyayangimu. Aku mahu hidup bersama kau Nur.’

“Eh Uth, kenapa ni?” Nur mengerutkan dahinya, hairan melihat Uthman tiba-tiba sahaja pelik dari penglihatannya.

“Tak ada apa-apa.”

Uthman menggeleng-gelengkan kepalanya. Anak matanya dilarikan dari terus memandang anak mata Nur, bimbang Nur dapat membaca setiap inci sudut hatinya. Dia mendengus perlahan.

“Uth, tadi Nur jumpa jasad Nur. Ada di Hospital yang terakhir yang kita lawat hari tu.” Wajah Nur girang.

“Oh.” Uthman memandang ke arah Nur sekali saja kemudian menunduk kembali.

“Kenapa ni Uth, resah semacam saja Nur tengok?”

“Nur, kalau diberi pilihan untuk hidup dan mati, mana yang Nur akan pilih?” Perlahan suara yang keluar dari bibir Uthman.

Mulut Nur melopong mendengar pertanyaan Uthman itu. Entah apa yang bermain di fikiran Uthman sehingga terpacul bait-bait kata sedemikian.

“Mestilah Nur nak hidup.” Nur merubah emosinya menjadi ceria, mahu menceriakan keadaan walaupun dia dibelenggu masalah.

“Kalau ada nyawa sebagai galang gantinya, siapa yang Nur akan korbankan?” Uthman memandang ke arah Nur, merenung tepat ke anak matanya. Terlahir rasa cinta di hujung iris sehingga menyedarkan Nur, Uth telah jatuh cinta padanya.

“Apa Uth merepek ni?” Nur memeluk tubuhnya. Dia memalingkan badannya dari mendepani Uthman.

Suasana menjadi sepi, melayani perasaan masing-masing. Nur dihimpit perasaan ingin hidup dijasadnya. Uthman pula dihimpit cinta yang mula terbit dari sudut hatinya.

“Uth, dah tentulah Nur nak hidup seperti sediakala. Takkan selama-lamanya Nur nak macam ni.” Nur membuka langkah menjauhi Uthman. Hatinya ditebak rasa yang bercampur baur.

“Nur.” Panggilan Uthman mematikan langkah Nur. Uthman segera bangun dan menghampiri Uthman.

“Nur, kalau Uth kata yang Uth diberi peluang untuk menghidupkan seseorang tetapi dengan syarat Uth wajib mematikan seseorang Nur percaya tak?”

Nur diam tidak menjawab. Langkahnya dibuka laju meninggalkan Uthman.

“Terpulang pada Nur. Hidup Nur, Nur sendiri yang akan tentukan.”

BERSAMBUNG...

KISAH CINTA BODOH


Salam:)

Tajuk entry bukan nak menyumpah seranah semua, k

Cuma mengingatkan satu kisah cinta yang aku rasalah--agak bodoh untuk dikenang.

Benarlah kata sesetengah bijak pandai,

"Sebenarnya cinta itu tak buta, manusia sebenarnya yang dibutakan oleh cinta"

Siapa setuju?

Sila tekan "like"

ha ha ha


Youtube (YT) malam tadi, tiba2 jumpa lagu bawah tu. Jiwang sial aku.

Lagu tema cinta bodoh tu agaknya.

Kenapa aku kata cinta itu 'bodoh'?

Ia terjawab dengan bait2 lirik lagu kat bawah ni

Walau setengah nyawa ku
Mengharapkan cintamu
Kasihku yang terseksa

Namun ku tetap menggagahi
Meneruskan hasrat hatiku

Seringkali ku yang mengalah
Menuruti segala kehendak dirimmu
Semuanya hanya untukmu

See?
Tak ke bodoh namanya tu.

Ini namanya dibutakan oleh 'cinta'
Ceh!
Demi sayang sanggup buat apa saja , neh!

Padahal ada ke pihak si dia ingat dan tahu apa yang kita lakukan?

Moralnya disini, tolonglah jangan jadi buta sebab cinta. Tak payah bersusah payah dengan orang yang tak sayang kita pun. Kita beriya-iya ingat kat dia, tapi dia ada ingat tak ngan kita? Dia sakit, kitalah yang sibuk belikan ubat, mesej, call, tolong menyibuk merisaukan diri--konon2 caring.

Tapi hujungnya? "Saya anggap awak kawan aje"

madafa.......

Jangan buang masa kalian dengan orang yg macam ni, k.
Carilah dengan orang yg betul2 boleh terima kita, sayang kita sepenuhnya. Bukan sayang kita sebab duit yang kita ada, kedudukan yang kita miliki, kepandaian yang kita dapat dan seumpamanya.

Kita boleh tengok orang jenis ini macam mana lagaknya..

Ubatilah hati.
Ramai lagi insan2 single yang lebih baik untuk dijadikan pasangan hidup dari menanggung sakit seumur hidup menyayangi orang yang tak de feeling langsung dengan kita.

Wah emo betul aku pagi2. hak hak hak

Gasakla korang. Sapa suh baca.
Aku kongsi je(wat muka tak bersalah)

Status FB semalam

Kebahagiaan adalah sesuatu yang layak dicari oleh setiap manusia. Carilah kebagaiaan kalian sebelum ia pergi dan terlewat untuk mengejarnya semula...

Perlu redha andai ini sudah suratannya

ps:Kisah cinta bodoh, Jan-Dec 2000


Monday, October 25, 2010

PAINKILLER DAN GIGI BONGSUKU YANG SANGAT "CHOMEL" SIFATNYA

Salam:)

Isnin harini boleh dimulakan dengan kalimah Bismillah dan semoga apa yang direncanakan mendapat keberkatan Ilahi.

InsyaAllah, Amin.

Sejak diserang (ceh serang ke??) third molar gigi bongsu aka 'wisdom teeth' tumbuh2 manja neh, semua nikmat duniawi,berkaitan dengan keselesaan sudah ditarik Allah s.w.t

Allah dah tarik nikmat untuk bercakap. Aku dah tak banyak bercakap.
Allah dah tarik nikmat nak makan. Selera makan dah semakin lama semakin merosot.
Allah dah tarik nikmat kesenangan tidur. Almost every night, aku terjaga sebab sakit dan memaksa aku memakan painkiller:(
Allah dah tarik sikit sifat sabar aku. Oh my..aku jadik mudah marah sekarang.

Sifat rajin dah mula berkurang, aku jadik semakin malas dan asyik nak tidur aje.
Malah telinga aku akan jadik sensitif bila dengar bunyik bising (common bagi orang sakit gigi agaknya). Hendak2 cellphone adik beradik aku yang bunyik mesejnya saja macam lagu black metal yang macam mintak aku rampas cellphone tersebut, kemudian baling ke dinding:P

Bunyi biasa2 sudah.
Ini bunyi macam nak suruh aku karaoke sampai habis.

Jadah betul!

So sebagai solusi, aku menelan painkiller sejak beberapa minggu lalu. Memula kesannya agak lama. Lama kelamaan, kesannya dah kurang daripada 48 jam terus kepada 2 hingga 3 jam.

Ada sekali aku telan 4 butir terus!

Ubat jenis Acetylsalicylic Acid jenis Aspirin.

Cik A plak pesan, jangan asyik makan painkiller. Err sorry la ya..memang sakit sangat sampai kerja pun tak nak boleh buat so I really have no choice left:) Ada cadangan kunyah bunga cengkeh, tapi tidaklah bagi aku. Terima kasih atas suggestion bernas itu.

Tak sanggup tahan sakit semata2 nak kunyah bunga buat sup tuh ok.

ha ha ha

Chill guys..
Aku melawak, bhai!

Ok Sabtu ni aku cabut. Dah ada pengalaman gigi bongsu sebelah kiri dicabut dulu so tak adalah rasa serun-sejup (seram sejuk) sangat. Confirm kena buat minor surgical sebab bila tengok cermin, macam ada lubang sikit kat depan gigi bongsu aku yang 'chomel' perangainya tuh. 'Chomel' la sampai nak kena jurus penangan maut aku neh!

Aku dah prepare RM 400. Gamble aje. Aku tak pedulik. Yang penting 'si chomel' ini bercabut dan aku boleh bergelak tawa riang ria di hari2 mendatang.

Bwahahahahaha

Tahniah buat KRU atas kemenangan Magika sebagai Filem Terbaik, Shamsul Yusof- Pengarah Terbaik (Evolusi KL Drift 2) erkkk??, Bront Palarae- Best Actor (Belukar) dan Lisa Surihani- Best Actress (Lagenda Budak Setan)

PS: Buat mereka yang menduduki peperiksaan akhir harini, especially to my beloved students, mulakan jawapan anda dengan bacaan Bismillah dan jawablah dengan tenang:)

Saturday, October 23, 2010

LORO: CHENDANA EPISODE 17


Penulis: Faizal Sulaiman
Cerita ini boleh juga dilayari di Dan. Setiap bab dalam penulisan ini akan dikemaskini setiap dua hari pada jam 8:08 malam. Jilbab episode 18 akan disiarkan pada 25 Oktober 2010. Komen-komen anda amatlah dihargai




Pihak polis masih menyiasat tentang kematian misteri lagi mengerikan seorang pembantu makmal bernama Yazid Salleh. Kematiannya beberapa minggu lalu menggegarkan dunia jenayah seantero pelusuk hinggakan ramai menganggap kematian luar biasa lelaki itu tidak lebih dari sekadar pembunuhan.

Pemerhati jenayah, wartawan tabloid Warta, Wong Chee Yi menulis lewat laporannya kematian Yazid merupakan satu lagi situasi terdesak pembunuh yang inginkan sesuatu seperti apa yang pernah berlaku atas kematian mengerikan seorang wakil rakyat yang dibunuh berbelas tahun lalu dengan cara yang sama. Pemerhati perubatan tradisional pula mendakwa berkemungkinan kematian Yazid berpunca daripada kerakusan dan ketamakan kuasa manusia yang telah dirasuki ‘sesuatu’ maka, pembunuhan tidak masuk akal kedengaran ini telah terjadi.

Apapun telahannya, Katrina tidak pernah peduli. Malah atas perlindungan Ratna Ayu, dia langsung tidak disoal siasat oleh pihak polis.

Pesanan Ratna Ayu sentiasa di ingat. Malah hadiah pemberian bomoh wanita itu disimpannya dengan kemas.

Ingat! Biar pecah di perut, jangan sampai pecah di mulut!

Amaran itu tidak langsung diingakarinya. Sebagai penuntut ilmu batin, dia harus bersedia dan yang paling utama adalah memburu Chendana Sari yang merajai keluarga Samira.

Dan pagi itu, setelah hampir seminggu dia berlakon---berpura-pura trauma dan sedih, dia dibebaskan dari sebarang soal siasat pihak berkuasa dan kini, kehadirannya semula ke pejabat nyata mengundang pelbagai pandangan maha negatif!

Ah! Aku peduli apa? Aku tahu apa yang aku lakukan, maka kalian tak berhak nak menghukum apa kesalahan aku!

Dari kejauhan tenpat duduknya yang selesa dan susunan fail yang kelihatan sangat teratur, Katrina memandang Samira---musuh utamanya sedang bergelak ketawa dengan Huzaifah.

Katrina menguis wajah bengis.

Kenapa kau tak bunuh dia?

Kedengaran satu suara asing di belakangnya. Katrina diam. Kemudian mengambil beberapa ketika sebelum berpusing pantas memandang jelmaan seorang wanita, sanggul rambutnya dengan raut wajah seperti wajahnya.

Katrina sedikitpun tidak terperanjat melihatkan jelmaan ‘kembarnya’ itu.

“Aku bukan bodoh seperti kau! Aku akan pastikan Samira bergelak ketawa terlebih dahulu, kemudian dengan tangan aku sendiri, kepalanya bakal tertanggal dari tubuh badan!”

Pembunuhan yang menarik! Teruja aku mendengarnya! Apa yang telah Ratna Ayu ajarkan, betul-betul masuk ke dalam benak kau, Katrina!

Gadis itu tersenyum jahat. Ada sinaran tamak haloba menyinari kedua pasang matanya yang bundar. Jelmaannya semakin riang kesukaan melihatkan satu lagi anak Adam tunduk patuh dengan arahan Syaitan durjana!

Mereka terpedaya, aku yang bersorak gembira!

Katrina perlu menjalankan tugas kejinya sekarang juga.

Samira…kau akan ku lupuskan tidak kurang dua puluh empat jam dan Chendana Sari yang selama ini menjadi belaan keluarganya, bakal berpindah milik kepadaku!

Interkom luar di seberang meja Samira berbunyi dan kelihatan Huzaifah mengangkatnya perlahan, sebelum menyerahkan ganggang telefon kepada gadis itu.

“Mira..are you available? I have something to tell”

Katrina cuba mengawal suaranya supaya tidak kedengaran terburu-buru. Samira mempamerkan persetujuan sebelum berjalan lewah menuju ke biliknya. Pintu diketuk sebelum Katrina mempelawa masuk.

“Duduklah..don’t just stand there!”, Katrina dengan penuh sopan mengajak gadis berambut ekor kuda itu duduk bertentangan dengannya. Samira duduk perlahan sebelum fikirannya melayang laying memikirkan tentang perubahan sikap bosnya yang entah mengapa tiba-tiba menjadi baik.

Sesuatu yang ajaib!

“Saya minta maaf kalau selama ini ….”, Katrina memulakan bicara sebelum menyambung tegar. “…I am being bitchy with you! I am so so sorry”, bisik Katrina sebelum memaut tangan Samira dan mengusapnya perlahan.

Samira, walaubagaimanapun kelihatan terpujuk.

“Kat..Saya pun nak minta maaf kalau…”
“You tak salah Mira! I yang salah. Mungkin sebab tu…Yazid ‘pergi’ dulu tinggalkan I. I am so lonely right now! Saya betul-betul keseorangan!”

Samira dapat melihat kekeruhan di wajah Katrina.

Dia faham emosi perempuan itu berubah dan lekas menjadi sedih lebih-lebih lagi dengan kematian sadis kekasihnya, Yazid. Tidak perlu mengheret gadis ini dalam kancah pembunuhan kekasihnya sebab Samira yakin, Katrina tidak berbuat apa-apa salah pun!

“Saya dapat rasakan kita berkait sekarang. We are sort of connected right now, consider what happened with me and my love... Yazid kawan serumah kepada sepupu awak, Jamil and…sebab tu saya rasa kita saling berkait!”

Samira mendengar penjelasan Katrina dengan penuh pemahaman.
Dia mengangguk perlahan.

“Malam ni..awak boleh datang ke rumah saya? Temankan saya. Saya betul betul rasa kosong sekarang”, pelawa Katrina sambil menyungging senyuman cantik. Samira walaubagaimanapun kelihatan berfikir panjang.

Bagi Katrina, Samira harus datang ke rumahnya dan perempuan itu harus datang bersendirian!

“Please Mira. I really need your help! Temankan saya sekali ni je”

Samira menghela nafas dalam-dalam.
Kemudian dia mengangguk bersetuju!

Katrina tersenyum sebelum fikirannya memikirkan cara pembunuhan dan pelupusan yang paling senang hendak dilakukan!

Nyawa kau akan direntap malam ini, Mira!

BERSAMBUNG

CAN I HELP YOU..JOM KITA BELAJAR BAHASA INGGERIS DENGAN CARA YANG RINGAN


Salam:)

Semalam masa dok buat kerja,tension sikit lalu aku dengar slot Can I Help You yang di akses di YT.

Slot ini tak bertujuan nak memalukan sesiapa.

Tapi nak mendekatkan pendengar Era khususnya untuk mempelajari Bahasa Inggeris dengan lebih rileks dan ringan.




Jom semak perbualan antara Q (Question) dan MP (Makcik Popiah). Gila Hilarious! (Klik button YT dan dengar)

Q =Tell me again the difference between the ‘basah’ and ‘goreng’
MP=When..When..
Q =What’s that?
MP =When you nak?
Q =Tomorrow
MP =Tomorrow, what time?aaaa nine ke ten ke?
Q =Ten?
MP =Ten o’clock ke Twelve o clock ke?
Q =Ten o’clock!
MP =Ten o’clock?So you come my house, take the popiah
Q =Can you come to my house?
MP =You come my house. Take the popiah
Q =You come my house and send the popiah?
MP =I go your house? No!

Q =Basah and Goreng can you just explain to me?
MP =Basah?...Basah is dry. Goreng is..goreng in oil. Goreng food in hot oily.
Q =What else do you make besides spring roll?
MP =Aaa spring roll??
Q =Yeah!
MP =Like spring roll lah! gulung..gulung
Q =What’s gulung?
MP =You know spring roll or not?
Q =Yes I do
MP =He gulung ..I gulung only
Q =Okay..What else do you make miss?
MP=How much you want?
Q=Two hundred
MP=Two hundred only? Buat..what for you so many? Dinner a?
Q =Lunch.
MP =Ooo For lunch! What time?
Q =Lunch at one.
MP =One o’clock!
Q =Yess.

Q =What else do you make?
MP =Aaa mini mertabak!
Q =What?
MP =Samosa..you know samosa?
Q =No I don’t
MP =Samosa (ulang 3x) like mertabak la
Q =What’s inside.
MP =Inside the mertabak aaa put the…eeee alaamaaak aii…potato and ayam curry.
Q =What is that?
MP =Chicken..chicken
Q =Ouh chicken curry!
MP =Aaaa chicken curry
Q =How much would that be, than?Thirty cent?
MP =Fifty cent!
Q =Oh no discount ya?
MP =Aaa ha ha ha..(ni tak sempat tangkap makcik tu cakap apa)
Two hundred..confirm a you want? Confirm you want tomorrow?
Q =But a my friend says you make cupcakes?
MP =You know ever I make cupcake aa? Who your friend?
Q =My driver.
MP =Who your driver?
Q =Amat. His name’s Amat
MP =Amat?? You give me your phone number and your name and your address and you you you send for me lah
Q =What?
MP =You send for me for telephone, from telephone. Your name, your number telephone, and your address because I want you ask him call me!


Di akhir slot ini, pendengar akan dapat tahu penggunaan tatabahasa yang betul untuk satu-satu ayat.

Contohnya macam How much (untuk item yang tak boleh dikira) dan How many (untuk item yang boleh dikira sort of)

Melalui slot ini, aku dapati penggunaan Inggeris untuk masyarakat Malaysia masih di tahap sangat kasihan. Kasihan sampai orang kita boleh cakap yes no thank you all right.

Ini mengingatkan aku tentang rasional program hiburan melalaikan yang acap kali tersiar di kaca televisyen.

Sikit-sikit nyanyi. Cari bakat terpendam. Menang, riuh sekampung.

Apalah salahnya buat sedikit program berilmu. Luaskan penggunaan bahasa Inggeris dan kalau boleh bahasa ini boleh dipertuturkan disegenap masyarakat, kelas, usia dan bangsa. Tak salah didik makcik pakcik ni bertutur dalam bahasa Inggeris sebab kelebihannya sangat banyak.

We could spend some money for a tower, tapi pendidikan pun perlu ikut sama. Ini terus memutarkan ingatan aku tentang filem Pendekar Bujang Lapok untuk sekolah buta huruf orang2 tua. Belajarlah orang2 tua tu huruf2 jawi.

Its good actually

Ilmu ni takkan hilang.
Some more, penggunaan English juga menjadi lebih meluas.

Tak adalah English tu digunakan oleh Datuk Datin ajer
Ataupun anak2 loaded je.

Oh ya..terima kasih buat pembaca Aksara Keraian dimana telah membaca karya aku yang hendak dipertandingkan untuk slot Write Cup malam tadi. Genre yang aku rasakan sangat susah untuk disiapkan. Dua ke tiga bulan jugalah ambil masa sudahkan dan banyak betul tangguh-tangguhnya…

Tujuan penghasilan ‘Sesudah Subuh’ bukanlah secara total memaksa wanita tak bertudung untuk memakai tudung, tetapi aku hanya menulis berdasarkan apa yang telah disyariatkan oleh Allah, menerusi pengucapan kalimah la illa ha illa Allah yang kita sebutkan sebagai penanda ke esaaan Allah s.w.t

Klik pada imej untuk membacanya di laman Aksara Keraian


Semoga kalian mendapat sesuatu hasil bacaan semalam…

Friday, October 22, 2010

FINAL EXAM ... SEKALI LAGI (TIPS DAN HINT)

Kenangan di Puncak Alam, pemandangan dalam bilik aku.hi hi hi


Salam Jumaat.

Berkat kan harini kalau kita sabar aje. Aku kena sabar dengan gigi yang tak bercabut lagi.

Oh noo

Biar Tuhan je yang tahu sakitnya gigi ini (aicehh)

Kalau bercerita tentang final examnination, tak lengkap rasanya bila students tak minta tips atau hint soalan apa yang keluar kelak. Ada lecturer yang strict dan tak bagi langsung tips ke, hint ke malah chapter mana yang harus diberi penekanan.

Jadi dalam hal ni, jangan salahkan lecturer korang kalau dia tak nak bagi.

Well, ikut dia la dia nak bagi atau tak sebab memang tugas korang nak mencari, membaca dan memahami apa yang diajar.

Berlainan dengan lecturer yang memberi tips @ Hint

Nah...

Disini jangan nak ambil advantage dengan semua tips/hint yang dah dibagi. Fi'il student ni caca marba (err aku dulu macam ni juga..selain observe kawan2):
1) Bila bagi hint, kalau boleh semua student nak tahu. Bagi paha nak betis. Hello???, usaha sendiri la ok.Apa jadahnya belajar kalau everytime nak "suapppp" saja?.
2) Kalau hint tu tak masuk, mulalah nak naik hantu. Jumpa lecturer yang mengajar macam hendak dibunuhnya pulak.LOL. Steady la beb! Sapa suruh kau baca hint saja? Baca THE WHOLE BOOK/THE WHOLE EXERCISE!
3) Jangan memanjakan diri sangat. Asal exam mesti nak tips. Sikit2 sudahlah. Fikirkan 'predetor' di luar sana yang berkelayakan sama dengan korang, keputusan lebih cemerlang dan mempunyai kemahiran kritis kreatif yang awesome!

Di Malaysia, kita masih mengamalkan sistem 'exam oriented' dimana pelajar akan dididik dengan nilai pengukuran peperiksaan sama ada pertengahan atau akhir tahun. Ini kut membuatkan antara korang--aku sekali bengang+tension agaknya. ha ha ha.

Anyway, kalau takde exam, camne nak ukur tahap kefahaman korang? Some more ia dijalankan dalam kondusi 'Close Book Examination'. Heh, jangan terlalu suka dengan 'Open Book Examinatin' sebab soalannya, Masya Allah...susah nak mampus!

Aku pernahla buat Open Book Test ni masa di Uni dulu.
60 MCQ* dalam masa dua jam dan aku hanya betul 20 soalan sahaja!

Jawapan tak ada dalam buku and we need to think what we understand on certain topic asked!
Ha ha ha

Faizal Sulaiman:---)Nak buat jugalah...tapi naya kat student plak. he he he


InsyaAllah, malam ini Write Cup untuk Aksara Keraian genre yang dipertanggungjawabkan untuk aku (Dakwah Islamiah) akan disiarkan. Selamat membaca 'Sesudah Subuh' jam 9 malam ini

*MCQ= Multiple Choice Question

Thursday, October 21, 2010

LORO: JILBAB EPISODE 17


Penulis: El Zaffril
Cerita ini boleh juga dilayari di Dan. Setiap bab dalam penulisan ini akan dikemaskini setiap dua hari pada jam 8:08 malam. Chendana episode 17 akan disiarkan pada 23 Oktober 2010. Komen-komen anda amatlah dihargai




“Uth”

“Iya Nur.”

“Ummm, kalau kita tak jumpa jasad Nur, adakah Nur akan terus begini?”

Nur mengeluh panjang, keadaannya begitu entah sampai bila pun dia tidak ketahui. Nafasnya disedut dalam-dalam, menenangkan fikirannya yang sedang berkecamuk.

“Entah Nur, Uth pun kurang pasti. Tapi kita kena cari jasad Nur sampai jumpa.”

“Uth, kita nak cari di mana lagi ni?” Nur putus harapan, sudah berkali-kali dia mencuba untuk mengingati, tetapi gagal. Bibirnya terherot ke kiri dan ke kanan sambil otaknya ligat berfikir.

Uthman menjengketkan bahunya. Ini sudah kali kedua mereka berdua turun naik hospital sekitar Kuala Lumpur. Mencari jasad Nur yang sedang tidur nyenyak tanpa diketahui di mana jasad itu berada.

“Tak tahulah Nur. Uth pun dah buntu.”

‘Sayang betul. Muka kacak tetapi gila. Pakai smart, tetapi otak mereng. Kasihan-kasihan.’ Uth mendengar suara hati manusia yang baru berselisih dengannya. Dia tersenyum sendirian, sudah biasa benar diperkatakan sedemikian. Dia sudah lali sejak dikurniakan kononnya mukjizat dari Seri itu. Ada yang tersenyum memandang tanpa mengejek di hati, ikhlas dan jujur senyuman itu.

Uthman melajukan langkahnya beberapa langkah di hadapannya. Sekali-sekala beg sandang tepi berwarna coklat dibetulkan kedudukannya. Beg berjenama itu di beli di Jalan Petaling, tempat yang popular dengan barangan cetak rompak.

Matanya melilau-lilau memerhatikan kedai-kedai di sepanjang Jalan Tunku Abdul Rahman. Matanya terpanah ke sebuah kedai menjual tudung. Dibelek-belek tudung yang bergantungan di hadapan kedai.

Seteleh puas membelek-belek tudung yang tergantung, lalu dia memilih satu tudung berwarna biru muda. Dia tersenyum sendiri melihat tudung itu, biru muda sememangnya warna kegemarannya.

‘Ini kalau aku suruh Nur pakai mesti cantik. Mesti lebih manis.’ Uthman mengalihkan pandangannya ke arah Nur sambil tersenyum.

“Nur.” Uthman hilang arah bila Nur lenyap dari pandangannya. Dia berlari ke tengah jalan mencari Nur yang hilang kelibat dari matanya.

“Nur!”

Berpusing-pusing Uthman mencari Nur. Kemudian dia berlari semula ke kedai tudung tadi, dia masuk ke dalam kedai mencari Nur. Setiap penjuru kedai itu dimasukinya. Dia meletakkan kembali tudung yang diambilnya tadi di tempatnya.

“Kau ambil ini.”

Uthman terkejut lalu memusingkan badannya ke arah suara itu. Seorang wanita berusia lingkungan 80an berbaju kurung dan berkain batik beserta tudung selimpang sedang menghulurkan satu bungkusan kepadanya.

“Kau siapa?”

“Kau tak perlu tahu aku siapa. Kau ambil bungkusan Ini. Penyelesaiannya nanti ada di situ.”

Uthman teragak-agak mahu mengambil bungkusan itu. Matanya terarah ke bungkusan itu, sekali-sekala mata wanita yang layak digelar nenek itu dipandang. Ragu dan bimbang jika wanita itu berniat jahat terhadapnya.

“Kau ambil satu nyawa untuk kembalikan satu nyawa.”

“Uthman!”

Satu jeritan dari luar kedai tudung itu memanggilnya. Dia mengalihkan pandangannya keluar kedai. Suara itu di amati betul-betul, satu suara yang amat dikenalinnya. Dia tersenyum lalu memandang ke arah nenek.

‘Hilang dah nenek tu.’ Uthman berbisik dalam dalam hati. Nenek yang tadi ada di hadapannya lenyap sekilas pandang.

“Iya, ada apa yang boleh saya bantu.” Seorang pembantu kedai menghampirinya.

“Er... er... saya nak beli tudung ini.” Cepat-cepat Uthman mengambil tudung berwarna biru muda yang dipegangnya tadi.

“Dua belas ringgit.” Kata pembantu itu lalu mengukir sebuah senyuman.

Uthman menyeluk poketnya, terdapat dua keping not RM10 lalu dihulurkan kepada pembantu kedai. Pembantu kedai itu menyambut duit yang dihulur Uthman.

“Sekejap ya, kakak bungkuskan untuk adik dengan bagi semula wang baki.”

Uthman berdiri kaku apabila pembantu kedai itu membuka langkah ke kaunter pembayaran. Fikirannya tiba-tiba menjadi kosong, tidak tahu apa yang difikirkannya.

‘Kau gunakan sebaik mungkin bingkisan itu. Semua untuk sekali saja, tapi kau harus ambil baru memberi.’ Bisik suara itu di telinga Uth.

Uthman mengangguk tanda faham, beg sandangnya mula terasa berat secara tiba-tiba. Dia tahu, itu berpunca dari penambahan beban yang datang dari bingkisan yang dimasukkan secara misteri oleh wanita tua itu. Lalu dibiarkan sahaja bingkisan itu disitu.

“Nur pergi mana?”

“Uth, Nur dah tahu di mana Nur.”

Nur tersenyum girang, dia kini dapat mengawal kurniaannya dan menjaga diri dengan kelebihan yang dimilikinya.

“Di mana?”

“Jom.”

“Kejaplah. Uth nak ambil duit baki.”

Pembantu kedai itu datang merapainya, memberikan sehelai tudung yang sudah siap dibungkus dan yang baki sebanyak lapan ringgit.

“Untuk siapa itu.” Nur tidak sabar ingin mengetahui barang yang dibelinya untuk siap

“Adalah.” Uthman tersengih-sengih lalu berlalu pergi meninggalkan Nur.

“Bencilah Uth ni.” Nur memeluk tubuhnya.

“Bencilah, Uthman tak hairan pun. Biar Seri datang.” Uthman mencebik.

“Uth Jahat.” Nur cepat-cepat berlari mendapatkan Uthman.

BERSAMBUNG

PERGI JUA SEBUAH DUKA KARAM SATU SURATAN ATAU KEBETULAN


Belum pernah aku alami kersahan yang begini, siang malam aku bagai tiada berbeza!
Dalam hati aku bertanya, apakah kau gelisah?
Sayangnya harapan yang selama ini aku bawa
Hancur berkecai musnah jua akhirnya
Semuanya bagai sebuah mimpi
Walaupun hatiku amat berat melepasmu
Dan rintangan mendatang sayang..terpaksa aku leraikan!
Aku mencari kembali pohon hijau nan rendang
Disitulah kita berteduh
Kau dan aku demikian diibaratkan

Siapakah diantara kita dengan rela menjadi pendusta?
Siapakah dulu membina harapan?
Siapa yang memusnah impian?
Itu yang kau tinggalkan
Setelah jauh berjalan jatuh
Akhirnya aku yang tersungkur
Dugaan ini kah dugaan untuk ku?
Hujungnya tak seindah mimpi
Hanya igauan ngeri
Kau yang pernah ku rindu
Mudahnya berlalu
Inikah noktahnya?
Perhubungan kita?
Andai begitu suratan takdir
Usah lagi kita mungkir
Perlukah kau dan aku merelakan

Kita hanya insan yang selalu mengharapkan
Suatu yang indah dalam percintaan
Dikala tiba dugaan mendatang
Aku? Kau tinggalkan
Walau kita dihadapkan
Dengan pelbagai pilihan
Mengapa sering terjadi pilihan tak menepati..



Jiwang tak hari ni? Aiceh!

Entry saja2 sambil telinga mendengar 10 pilihan retro 80-90 an music Malaysia.

Dengar lagu dulu-dulu best. Lirik puitis ya amat.

Tatau la kalau korang dibesarkan dengan lagu2 ni ke tak. Tapi aku memang selalu juga mendengar lagu ni when I was a kid sebab ayah aku pun gila muzik just like me.ha ha ha. Betul2 kuah tumpah ke nasik neh.

Lagu dulu2 dengar pun tak jemu. Entah la. Malar segar kut!he he he

Seleksi 10 semalam:
1)Salamiah Hassan (Menghitung Hari)
2)Adam Ahmad (Kau Pergi Jua)
3) Khadijah Ibrahim (Ku Pendam Sebuah Duka)
4) Fransisca Peter (Aku Hanya Pendatang)
5) Ibnor Riza (Mimpi Yang Tak Sudah)
6) Syed Sobrie (Cinta yang Terhumban)
7) Nora (Renungan Terakhir)
8) Visa (Dalam Gerimis)
9) Zabarjad (Karam)
10) Kenny, Remy, Martin (Suratan atau Kebetulan)

Masih releven nak dengar..

ps: misi mencabut gigi bermula hari ini!

Wednesday, October 20, 2010

GARA-GARA KAU, HANGIN BETUL AKU!

Gambar takde motif.Takde kait mengait pun ngan entry.ha ha ha


Salam:)

Smiley di hujung. Tajuk entry sekadar menggambarkan perasaan marah je sekarang.

Ya aku marah
Moddy
Muka nak ketat.

Sampai mesej2 pun hendak tak hendak aje melayan nya.
Orang call banyak songeh pun aku rasa macam nak campak je cellphone tu kat dinding.

Semua ni gara-gara...


....Gigi Geraham Bongsu!!!

Oh sh*& laaa..

Sakit gigi ni dah dua minggu aku alami. Luckily ini adalah kali ke dua aku alaminya (Luckily??, kejadah apalah aku tulis 'bertuahnya')

Lucky la sebab aku dah boleh tahu precautions apa yg patut aku lakukan.

Tak gitu Cik Timah?

Pertama aku alami gigi geraham bongsu tumbuh horizontal ni pada tahun 2007. Sakitnya..MashaAllah! Sendinya tu berdenyut dari gusi, kemudian ke tulang pipi, kemudian sampai ke otak!

So masa tu, ditambah plak nak dekat final exam, hidup aku bergantung pada Ponstan aka Painkiller.

Appoitment doktor dah buat. Pembedahan kecil (minor surgical) dicadangkan doktor. Aku okay je. Asal gigi jahanam ni leh dicabut dan aku tak merasa sakit lagi.

Pembedahan mengambil masa 20 minit di Pusat Kesihatan UiTM Shah Alam.

Siap berjahit okay gusi aku tu. Horror aku nengok bila benang hitam kuar masuk dari dalam mulut:)

Nah sekarang selepas beberapa tahun, aku alaminya semula.
Rasa sakit yang hanya boleh ditentang dengan PainKiller.

Macam ne terjadinya benda2 gini? Bukan sebab tak gosok gigi tetapi disebabkan pertumbuhan gigi tak sekata. Gigi geraham aka wisdom teeth akan tumbuh dikala usia 15-21 tahun. Ada yang lewat sampai 25 tahun!

Pertumbuhan di ruang atas gigi biasanya tak memberi sebarang masalah.
Tetapi...AWAS kalau tumbuh di kawasan bawah gigi. Selain kedudukan yang agak jauh dengan gigi2 lain, sukar sikit kita nak memberusnya dan secara tak langsung bakteria akan datang membiak.

Bukaan yang kecil ketika pertumbuhan akan menyebabkan gigi geraham menolak gigi hadapan (hadapan dari gigi geraham) dan memecahkan gigi tersebut untuk membuat lubang!

Nah..
Waktu ni sisa makanan yang dikunyah akan tersekat dan terkumpul. Sendi di ruang dagu plak akan rasa sakit. Berdenyut-denyut macam apa ntah!

Aku plan nak cabut. Di klinik swasta. Err mendengar pengalaman cabut di Goverment, membuatkan aku senak perut nak gi cabut di hospital berkenaan.

Aku tanya kos.

Cabut gigi geraham= RM 300-400

Telan liur kejao sebab skunk ni dah masuk tengah dan hujung bulan.
Mana nak ada duit banyak tu. Mana nak cekau? Tunggu jelah sampai awal bulan 11 kang. Warghhhh!!!!

FYI, gigi geraham bongsu memang mahal kos cabutannya. Ini kerana nak cabut tu agak sukar selain kedudukan yang agak jauh dari gigi2 lain.

Walau apa pun, sakit2 nilah membuatkan kita lebih dekat dengan Pencipta. Aku kadang2 baran jugak. Marah jugak..tapi yelah..marah2 pun, boleh bawak aku pergi mana, kan? Tak hilang jugak sakitnya tu..

Istighfar banyak2..

Doa2 manalah tau esok dapat rezeki terpijak, leh aku nyah kan gigi geraham ni dengan cepat.Yihaaa

Tuesday, October 19, 2010

LORO: CHENDANA EPISODE 16


Penulis: Faizal Sulaiman
Cerita ini boleh juga dilayari di Dan. Setiap bab dalam penulisan ini akan dikemaskini setiap dua hari pada jam 8:08 malam. Jilbab episode 17 akan disiarkan pada 21 Oktober 2010. Komen-komen anda amatlah dihargai



Mil..tolong aku!

Tolong aku, Mil. Panassssss


Terpacul satu lembaga tanpa kepala dengan kesan tetakan di lehernya dengan suara semakin kuat bergema dan kedua belah tangan makhluk itu menggelapai meminta tolong sedangkan dirinya sudah semakin lama semakin mengundur kebelakang.

Niatnya nak membantu terus lenyap malahan membangkitkannya dari tidur!

Jamil membuka matanya luas-luas, memastikan apa yang bermain-main dalam fikiran sebentar tadi hanyalah mainan tidur yang cukup mengerikan. Dia bingkas bangun, duduk melunjur kaki di atas katilnya sambil memerhati jam dinding yang sudah mencecah ke pukul tiga pagi.

Kata-kata Inspektor Furqan di bilik mayat Hospital Seri Senandung, tiba-tiba sahaja menerjah mindanya yang kosong tika dan saat ini.

“Mangsa mungkin dipengsankan terlebih dahulu sebelum dibunuh”
“Dipengsankan?”

Memori Jamil masih dapat mengingat, Samira bertanya dan kelihatan kekasihnya Asyraf serta adiknya Hajar cuba menahan kelucuan dengan terma ‘dipengsankan’ yang digunakan perempuan itu.

Samira, walaubagaimanapun mengendahkan.
Apa yang penting tahu akan kebenaran.

Inspektor Furqan memandang Samira sama terkejutnya dengan soalan gadis itu, walaubagaimanapun berwajah tenang seperti biasa.

“Berkemungkinan. Dan pembunuhan ini sangat licik. Kami tak menjumpai sebarang cap jari”

Lamunan di balai polis lenyap begitu sahaja, lalu berganti wajah rakan serumahnya yang kelihatan sangat sugul.

“Esok jenazah Yazid akan dibawa ke kampung halamannya. Kita pergi sekali, ya”, bisik Zafran tenang sambil menutup surah yasin yang dibacanya sejak solat terkahir Isya’nya tadi. Jamil mengangguk perlahan sambil menepuk-nepuk bahu Zafran tanda menyabarkannya.

Zafran lebih mengenali Yazid. Malahan lelaki itu sudah tinggal lebih tiga tahun serumah dengannya, maka perhubungan rapat Yazid lebih akrab. Lebih-lebih lagi mayat Yazid dijumpai dalam keadaan mengerikan, maka mungkin itu antara faktor Zafran merasa lebih sedih lagi.

Jamil bingkas bangun, menuju ke ruang dapur—membancuh Nescafe kegemarannya. Sungguh matanya sukar lelap. Ditinggalkannya Zafran sambil kembali membuka surah Yasin dan membacanya dengan senyap.

Jamil berjalan perlahan sambil merasa puputan angin yang bertiup sejuk mencengkam tulang temulang. Entah mengapa, kawasan rumah yang kukuh dilindungi bata, dirasakan bagai ada ‘satu tiupan’ dingin menjejaki cuping telinganya.

Ruang dapur bersih diperhatikan sekilas.
Niat dipasang untuk menjerang air.

Jamil…

Kedengaran satu suara perlahan seperti berbisik dibelakangnya.
Jamil mengendahkan.

Mil… Pandanglah aku

Jamil menekupkan matanya. Niatnya untuk menjerang air tersangkak.

Lelaki itu berpaling perlahan sebelum terpandangkan satu susuk tubuh lelaki berdetar berbalam-balam, berawajah pucat dengan senyuman nipis terukir di bibir.

Aku tahu kau nampak aku, kan?


Jamil tidak menjawab. Tidak pula mengiyakan. Lembaga yang menyerupai Yazid itu berdiam tegak menanti kata-kata balas Jamil.

Lama menanti, akhirnya Jamil membuka mulutnya.

“Pergilah. Kau sudah tidak layak di muka bumi ni!”

Jelmaan Yazid tidak menjawab sebaliknya tersenyum semakin mengerikan.

Aku takkan pergi dan aku pastikan pembunuh aku tertangkap!

Giliran Jamil tersenyum lewa.

“Kalau engkau tahu pun, apa yang kau boleh buat?”

Biar sama-sama ke neraka! Itu lebih puas!


Jamil menggeleng perlahan. Dendam!

“Sudahlah. Jasad kau sudah tiada. Roh engkau sudah dibawa ke alam barzakh. Jangan kelirukan manusia lain disebabkan qarin kau tu! Qarin kau tu tak membawa kemana-mana!”

Jelmaan Yazid tegar. Wajahnya seakan-akan marah.

Aku dilahirkan dan berkembar dengan Yazid. Aku tahu bagaimana sifat lelaki ini! Kau tak layak menghukum aku. Dan tentu aku tidak akan mati sampai kiamat!


Jamil menggumam perlahan di dalam hatinya. Bersepuh bacaan ayatul Qursi dibacanya dengan sangat tenang. Qarin Yazid kelihatan hendak melawan, tetapi setiap kali pergerakannya, ia bagai dihalang dengan sesuatu tembok lutsinar yang muncul tiba-tiba di hadapannya.

Jamil membaca dengan sangat tekun sehingga tidak menyedari Qarin lelaki itu hilang begitu sahaja sebelum terdengar bisikan sayu Yazid seakan-akan memanggilnya.

Mil…selamatkanlah aku…Carilah keadilan ini…


BERSAMBUNG

NAK EXAM??

Gi pantai..hilangkan stress...hihi

Salam:)

Kejadah sungguh menonton sebuah citer seram malam semalam.

Uh-Ah-Uh-Ah-Uh-Ah (teringat blog Paan Ovrtd) di pertengahan cerita macam dilanda badai asmara. Ceh..

Pastu ada jerit-jerit and someone ( a guy) menjerit...

"Tolong hantu!!!"

Aku sengih terbahak-bahak

Ok dah la faizal. Cukup. Kau pun buat cerita hantu entah apa-apa, main hentam orang punya je ye?

Meh nak cerita tentang persiapan.
Bukan persiapan nak kahwin...ni persiapan nak exam.

Tau kan korang2 semua, especially yg masih bergelar student (juga buat Cik A yang sibuk buat esaimen dia) masa2 ni lah korang sibuk dengan segala hal.

Mana report nak kena hantar.
Lappy plak kena virus.
Notes nak kena potostat dan baca..

Pening kan?

So here some tips. Ini jugak aku gunakan masa zaman2 gonjeng Uni dolu-dolu:
1) Manfaatkan study week dengan secukupnya. Baca nota, buat latihan atau spot tips dengan bersungguh-sungguh. Fikir satu ni je dalam kepala: 'Kalau paper tu susah, biarlah ambik sekali seumur hidup

2) Jaga hubungan baik sesama manusia juga hubungan dengan Allah. Pelihara pandangan mata kita. Hentikan @ tak payah tengok langsung benda2 porno(oppss..matila statement) sebab ianya akan menumpulkan pemikiran kita. Jangan terkejut masa exam--syok2 jawab peksa, tiba-tiba blank tatau nak jawap apa. Pentingnya beristighfar dan selawat banyak-banyak.

3) Jangan panik dan cuba kawal stress. Biasalah exam...sikit2 kita akan rasa tertekan dan tegang. Loose kan sikit pemikiran dan behaviour dan buat sedikit2 aktiviti2 luar macam main bola ke, jalan2 keliling kampus ke atau lepak2 ngan kawan. Aku selalu buat begini selepas habis satu2 paper---konon2 meraikan 'kejayaan' habis satu exam. Tempat syok nak lepak masa di Uni Shah Alam tentulah Kuetiaw Sani selain kedai2 mamak di Jalan Plumbum Seksyen 7 belakang UiTM. hohoho

4) Sebelum masuk dewan, pastikan datang awal. Check semua stationary. Matric Card+slip menduduki exam. Make sure all your notes, toyol+belaan+jin+hantu raya semua dah masuk siap2 dalam beg. Ini penting sebab once you get caught, habis la wehhh.. Gantung sem la jawabnya. Kau cakaplah kau terbawak masuk, sampai mati invigilator takkan percaya. Buat apa nak tiru masa final exam?

5) Lepas exam, jangan menggatal nak cek jawapan. Sikit2 boleh la. Takya la nak compare jawapan ko ngan kawan ko. Bukan betul pun! Kalau boleh terima kenyataan takpelah jugak. Ini boleh2 nak cek. Lepas tu kalau salah, muka tu sememeh macam fail satu semester. Elakkan lah dari memeriksa jawapan, ya!

Sikit perkara yang aku nak kongsikan semasa belajar di Uni dulu. Kuncinya bukan setakat study hard, tetapi study smart+with a bit of hard.
1) Buat mind mapping. Kalau boleh satu chapter, satu mind mapping.
2) Untuk meningkatkan hafalan dan daya ingatan, gunakan sistem akronim dalam teori@maklumat yang kita baca. Macam contoh kita hafal warna-warna pelangi. Seriuously..it helps
3) Discuss dengan kawan2. Jangan kedekut haji bakhil! Tanyakan soalan "Apa yang kau faham tentang bab 3..cuba explain dengan aku" sort of. Ia membantu pemahaman dengan lebih jelas kerana konsep perkongsian ilmu juga sangat dititikberatkan dalam agama Islam:)
4) Buat past year questions kalau boleh beberapa semester yang lepas. Ini untuk menguji ingatan dan pemahaman kita.

Selamat menempuhi peperiksaan!

Anda Mungkin Menyukai

src="http://www.linkwithin.com/widget.js"> Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer is his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please note that all works include short stories and online novels published in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer first.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED