Thursday, October 07, 2010

FOGGING ITU...


Salam Syawal.

Tak berapa lama lagi je nak habis dah bulan raya ni kan?

Kuih raya korang masih ada baki ke?

Aku punya adalah sikit. Tinggal serdak je lebih. Baki-baki biskut tunjuk yang tak habis makan. ahahaha. Besok macam nak bawak gi opis, makan waktu kelaparan. hiks.

Sekarang ni kecoh kawasan residen tempat aku tinggal dengan perkhabaran denggi. Seram owh. Kalau diserang denggi berdarah, oh my..boleh bawak maut, okay.

Semalam kali ke dua, 6 blocks dari rumah aku, kiri dan kanan disembur 'kabus' untuk mengekang denggi. Ianya terjadi begini:
1) Seorang disyaki diserang demam denggi
2) Laporkan ke hospital terdekat
3) Rawatan susulan
4) Pasukan Kesihatan akan datang menyembur rumah, termasuk rumah suspek (perghh macam penjenayah seh) dan rumah2 sekitar, termasuk rumah aku.

Penyemburan kabus selalunya akan memakan masa kurang lebih 20 hingga 30 minit. Haa masa ni lah boleh tengok rumah sapa paling 'kemperoh' sekali. Mana tin-tin tak dikutip, mana tempurung kelapa tak ditelengkupkan (check, ni selalunya bakal menjadi sarang jentik-jentik), pasu-pasu bunga waima besi-besi buruk.

Tips masa disembur:
1) Keluar rumah. Duduk aje bersidai di bahu jalan. Jangan duduk dalam rumah. Kepam!
2) Bukak semua tingkap. Aliran udara tu penting untuk menghilangkan bau gas dari foging tu
3) Tutup segala makanan dengan kedap.
4)For sure lepas2 tu seisi rumah akan berbau hangit. Bukak tingkap dulu. Bagi flow udara keluar masuk.

Ni ajalah basicnya.

Walau apapun, jagalah kebersihan. Kita boleh mencegah dan menghidari penyakit dari menyerang. Nak2 penyakit berbahaya macam denggi neh. Minta Allah jauhkan kita dari penyakit nih.

Lagipun, mencegah lebih baik dari merawati. Jagalah kebersihan rumah kita. Bukan rumah orang lain pun..rumah kita gak, kan? kan?

ps: 'kemperoh' adalah istilah jawa membawa maksud 'pengotor'

FaizalSulaiman:---)Sebuah persembahan khas pada 10hb10.2010 di blog neh! Sebenarnya ini adalah entry lama. Nantikannya, ya!

23 comments:

Faz Nandra said...

serammm penyakit tu.. aishh,dulu kat kampung faz ada orang yang kena sampai dua orang anaknya mati camtu je..lepas dari tu rumah2 kejiranan pun habis disembur2 bagai.. ~

Nazz@Purple said...

dulu mase kat umah lame..bila dorang wat fogging je..bebdk2 akan berlari2 main dlm asap tu..dorang igt best ke..ish..ish..

BLOG PUTERA YUSOFF said...

kampus jai tahun ni dh 2,3 kali fogging

ila haron said...

diorg fogging bila ada kes jer..pastu senyap....
sepatutnya continously...

shahirahkhairudin said...

haish.. denggi adalah menakutkan.. kadang2 kite dah cukup jaga kebersihan.. tapi sebab jiran yang kemperoh, kadang-kadang kite jadi mangsa..

btw.. selamat pagi faizal.. wes mangan?

p/s: suke faizal ketengahkan bahasa jawa :)

apik pehe said...

bahaya denggi tu boh..arap2 la x kena yer

FaizalSulaiman said...

Faz Nandra ---)uikss sampai meninggal.dah tahap teruk dah tu. kena kerap sembur la kut

FaizalSulaiman said...

Nazz@Purple--)asap tu nampak cambest tapi kalau overdose tertelan, leh sakit tekak, batuk2..uhuk uhuk

FaizalSulaiman said...

BLOG PUTERA YUSOFF ---)kalau kawasan kediaman kolej memang selalu la kena fogging,huhuhu

avid gunner said...

aku pernah hilang member kampung, denggi punya pasal la..oleh itu, jangan la berbelas kasihan dengan nyamuk ni.

FaizalSulaiman said...

ila haron --)kan?tp tulah sebenarnya adalah berdasarkan kesedaran utk tahu simptom2 penyakit tu

FaizalSulaiman said...

shahirahkhairudin---)

wes..wes

Hahahaha..betul tu.ada yg kemperohnya aduhai nauzubillah..

FaizalSulaiman said...

apik pehe---)doa banyak2 selain jaga kebersihan, kan:)

FaizalSulaiman said...

avid gunner---)ya ya..lenyek je dorang neh:)

Paan Ovrtd said...

Bengang jugak kadang2 bila yang datang fogging buat kerja ala kadar je. Tah pape punya pemalas orang jabatan kesihatan ni. Nyamuk kampung ni bukan jenis main2. nyamuk dalam iklan tu semua gay, lembik.

NUke_Rude said...

hahha.. zaman kat U dlu pun pnah gak duduk bersidai kat luar blok asrama ramai2...

Muhamad Zaki Zafir said...

1 jentik2 brp je eh kne kompaun klu kementrian jumpe kt rmh..100 hengget kot.lupe dh.dlu mse sekolah dorm aku kne denda.sekolah srh dorm aku byr ganti rugi sbb kmntrian jmpe jentik2 kt dorm kitorg mse check.haha.

FaizalSulaiman said...

Paan Ovrtd ---)hahahahahahhaa..nyamuk bandar manja tak sustain macam nyamuk kampung.pfttt

FaizalSulaiman said...

NUke_Rude--)masa U best sebab macam kebarakan.hahahahaha

FaizalSulaiman said...

Muhamad Zaki Zafir ---)apa yg ko simpan sampai ada jentik2?hahahaha

Muhamad Zaki Zafir said...

ntah,budak2 ni,rendam baju mcm nak buat jeruk je biar lame2 dlm toilet..haha.

FaizalSulaiman said...

Muhamad Zaki Zafir ---)warghh gila kepam bau dia!hahahahaha..patut laaa

Mr.Ix said...

kat belakang umah aku ada semak....so, haiwan2 yg msuk umah aku dtg dr semak tu ...huhuhu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer are his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site, the staff involved with the site, or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please noted that all works inclusive short story and online novel in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED

My other site: TUMBLR