Penulis: Faizal Sulaiman
Cerita ini boleh juga dilayari di Dan. Setiap bab dalam penulisan ini akan dikemaskini setiap dua hari pada jam 8:08 malam. Jilbab episode 13 akan disiarkan pada 3 Oktober 2010. Komen-komen anda amatlah dihargai.
Katrina diam sebaik sahaja Yazid, kekasihnya menghabarkan tentang kehadiran seorang lagi rakan ‘alim ulama’ teman serumahnya, Zafran. Jamil namanya. Sempat dia bergurau tentang Yazid yang seharusnya berubah menjadi sebahagian dari mereka. Solat yang perlu dijaga dan puasa yang cukup sentiasa.
“Alah you! Tudung pun tak pakai, pandai nak nasihat I”, balas Yazid sambil meneguk RedBullnya tidak keruan. Katrina menekup mulut sambil tersengih lembut.
“I belum sedia lah. Lagipun eksekutif macam I takkan nak bergaya macam tu”, ujarnya kemudian memuncung bibir. Yazid lekas memujuk. Dipautnya tangan Katrina sebelum meramasnya lembut. Direnng kedua mata gadis itu dalam-dalam.
“I terima you, what ever you are, Kat. I love you deeply”, jelas lelaki itu ikhlas. Katrina pura-pura tak dengar. Pipi gadis itu dielus perlahan sebelum Katrina mengingatkannya.
“Dah..dah..you jangan lebih-lebih. I masih tahu batasan, kalau you betul nakkan I, you masuk meminang I. Itu aje”, bisik gadis itu perlahan sebelum Yazid akur bahawa aksinya tadi agak ‘panas’ untuk insan bercinta seperti mereka.
“Malam ni kita ke rumah Ratna Ayu. Dia ada sesuatu yang nak diperkatakan pada kita”, jelas Katrina perlahan sebelum Yazid mengerutkan dahinya.
“Eh..perempuan tu tak pernah beritahu apa-apa pada I pun? Mana you tahu ni?”, Yazid sedikit keliru. Iayalah..dia yang memperkenalkan Katrina kepada Ratna Ayu agar dapat membantu memusnahkan ‘puaka’ yang melindungi keluarga Samira. ‘Puaka’ itu sedikit sebanyak mengganggu kehidupan Katrina yang bekerja sebumbung dengan Samira. Perwatakan gadis itu yang seringkali disampuk ‘puaka’ yang dipanggil ‘Chendana Sari’ itu kerap kali mengganggu konsentrasinya dalam melaksanakan tanggungjawab seharian.
Tapi, kenapa Ratna Ayu pula berhubung dengan Katrina dan bukan dia?
Entah kenapa, satu perasaan aneh tiba-tiba muncul dengan tanpa disangka.
Perasaan marah dan cemburu.
Adakah dia sudah gila?
Tidak betul?
Yazid cuba menengkan fikiran.
Oh mungkin Ratna Ayu seorang wanita. Katrina juga wanita. Seterunya, Samira juga wanita. Malahan Chendana Sari adalah wanita.
Memang patut dia beralah.
Memang patut Ratna Ayu bercerita dengan Katrina segala permasalahan mungkin juga pantang larang.
Tetapi yang musykilnya, kenapa Katrina mahupun Ratna Ayu tak pernah menyampaikan sebarang berita kepadanya?
Yazid tertanya sendiri..
Adakah kerana dia sudah berada dalam lingkungan dominasi wanita, dia harus dilupakan?
Lamunannya terhenti tatkala memandang jalan gelap berpohon getah, kawasan masuk ke dalam rumah Ratna Ayu, bomoh wanita yang ditugaskan untuk memusnahkan puaka Chendana Sari, milik keluarga Samira.
Lima belas minit kemudian, mereka tiba di laman rumah. Kelihatan seorang wanita sangat jelita, berpakaian kebaya merah berkain batik tersenyum melirik di atas tangga.
“Masuklah..kehadiran kalian memang di alu-alukan”, bisik Ratna Ayu mersik sebelum mempelawa Katrina ke dalam rumah. Tidak seperti selalu, mereka berdua dipersilakan duduk di atas lantai kayu, teratak wanita itu sebelum dihidangkan dengan tiga cawan teh O dan potongan karipap yang masih panas di goreng.
“Ada hal penting ke, Mbah?”
Suara Yazid memecah keheningan malam. Sesekali kedengaran suara pungguk berbunyi menyeramkan keadaan.
Ratna Ayu tersenyum. Dia meminggirkan cawannya, kemudian mengangkatnya perlahan sebelum menghirupnya penuh nikmat.
“Ada satu perkara yang Mbah ingin beritahu kamu berdua..tapi..minumlah dulu”
Yazid dan Katrina menurut perintah.
Tekak dibasahi dengan adunan teh yang menyegarkan keadaan yang mulai hendak mengantuk.
Ratna Ayu senyum sekali lagi.
Entah kenapa kali ini Yazid perasan bahawa senyuman wanita itu bagai ada sesuatu yang disembunyikannya.
“Memelihara Chendana ada banyak kelebihannya”, wanita itu bersuara mersik sebelum Katrina bertanya lekas.
“Kelebihan?”
Ratna Ayu mengangguk.
“Ya. Memeliharan Chendana membuatkan seorang itu menjadi kaya, rasa terlindung dan paling utama menurut perintah apabila diseru. Tetapi Chendana memilih tuannya. Roh orang teraniaya akan meresap masuk ke di dalam ukiran patung Chendana seterusnya mencari tuannya sendiri! Tuannya akan menjadi kuat tiada yang terbanding kiranya”
Yazid melihat wajah kekasihnya, Katrina.
Bagai ada suatu sinar berkilau-kilau tatkala mendengarkan kata-kata Ratna Ayu tentang keistimewaan Chendana Sari.
“Tetapi sekuat manapun Chendana, ia ada kelemahannya yang tersendiri”
“Kelemahan?”
Kedua pasang kekasih itu bertanya serentak, sekaligus membuatkan Ratna Ayu tersengih menyungging lucu.
Manusia… Tamak…
“Minum lagi..kalian tentu kehausan, bukan?”
Mereka menurut perintah lagi. Teh O yang sudah semakin suam dihirup perlahan.
Ratna Ayu tersenyum lagi.
“Chendana boleh diseru. Ia boleh dipanggil dan menurut perintah kita, walaupun bukan kita tuannya.”
“Bagaimana?”
Soalan Katrina menyanggah kata-kata Ratna Ayu. Wanita itu tersenyum lagi.
“Korban darah si penyambung keturunan”
Yazid dan Katrina merasa kurang faham. Korban apa…
Ratna Ayu mengulang sekali lagi.
“Korban darah si penyambung keturunan. Korban darah si kekasih hati, pengarang jantung dan si penawar hati”
Tiba-tiba Yazid merasakan sesuatu. Matanya mulai kabur sebelum memandang Katrina dan Ratna Ayu yang semakin lama semakin berdetar bayangnya. Lalu..selang beberapa saat kemudian.., legap dan gelap.
Yazid terbaring tidak sedarkan diri.
Ratna Ayu tersenyum.
Dan dia sudah boleh mengagak Katrina langsung tidak terkejut.
“Kau faham maksud Mbah?”
Katrina mengangguk seperti orang bodoh.
“Kau tahu apa tujuan kau nanti?”
“Tahu Mbah!”
“Bagus!”
Ratna Ayu mengeluarkan kerambit yang disorokkan di dalam almari kayu berdekatan. Dia menyerahkannya kepada Katrina.
“Bunuh dia! Chendana akan dapat diseru dan dia akan datang pada kau”
Katrina tersenyum.
Tubuh kekasihnya Yazid bakal dirobek…
BERSAMBUNG...
Tweet

No comments:
Post a Comment