Tuesday, October 12, 2010

MENGAPA HENTIKAN SESUATU YANG DAH BERMULA?

Gambar di Bujang Rakit sebelum pergi melihat keindahan kelip kelip. Nice!

Salam:)

Terlepas membaca back to back thriller? KLIK SINI

Pernah dengar kata-kata ni?

Tak adalah..malam tadi masa duk menaip episode ke 56, Farcir, aku ada menulis kata-kata ni setelah salah satu karakter utama bercadang untuk menjual restorennya kepada seorang lelaki.

Ya!
Situasi ini boleh berlaku kepada sesiapa saja.

Kita sebagai manusia, adakala mengkehendaki sesuatu yang luar biasa dalam hidup. Terlalu luar biasa sehingga kita adakalanya membuat satu keputusan alang kepalang semberononya sehingga di akhir, kita menyesal.

Dalam hidup, kita diajar bagaimana untuk menempuh dugaan. Ia bermula seawal kita kecil. Lebih tepat seawal kita berjalan-jatuh. Kita dok sibuk ni nak bangun berjalan, padahal masa tu masih lagi merangkak. Emak abah perati kita dari jauh, hoping yang kita boleh buat.

Kita merangkak slow2, cari tempat berpaut. Usaha sungguh kita waktu tu.

Lastly, kita boleh berdiri. Senyum betul muka kita masa tu. Emak abah bukan main kepalang gembiranya.

Perlahan-perlahan kita berjalan. Sikit-sikit sambil berpaut. Yet, kita jatuh balik. Berdebuk sakit.

Kita nangis.

Tapi nampak tak, tak sampai beberapa minit, kita gagahkan diri, bangun balik--berjalan balik semula.

Ok cukup.

Ini metafora saja. Aku nak kaitkan dengan tajuk enty.

Kalau kita dah bermula, tak perlulah nak berhenti sekerat jalan. Kita kuatkan hati. Kita perlu teruskan.

Perkara ni pernah terjadi pada diri sendiri. Masa tu 1st year degree sambil membaca nota2 subjek maut. Kenapa aku panggil subjek maut? Sebab..aku sendiri tak boleh bayang @ imagine apa yang aku study.

Gila horror!
Seram owh!

Masa tu aku study subjek 'Service'. Ya...service.

Service mana boleh bayang. Kalau takat waiter bawak tray semua boleh lah bayang lagi tapi ini totally is a service. Perkhidmatan is something yang intangible. Gila kentang nak 'sentuh' perkhidmatan, selain ianya adalah 'perishable in nature'.

See?
Quite pening laa

Dan sampailah satu tahap aku nak quite study. Aku sumpah dah give up. Nak tau bagaimana aku tersedar semula?

Bila, tiba-tiba terlintas dalam kepala wajah ayah.
Kerja sawit, cari duit, aku pulak ngada-ngada konon-konon tak boleh fokus, tertekan tahi kucing atau apa2 lagi kejadah merepek meraban yang sepatutnya aku boleh flick tanpa bantuan tongkat Harry Potter pun.

LOOL.

What ever it is, kita kena bertegas dengan diri sendiri.

Rule untuk berjaya, jangan manjakan diri sendiri. Jangan malaskan diri sendiri. Buat paksaan. Kalau boleh force, silakan. Tapi kena ingat agak2. Diri sendiri nak juga hu ha hua, jimba-jimba, nonton wayang, karaoke bagai semua.

Tapi lepas tu stop.
Concerntrate dengan apa yang kita buat sekarang. Kalau rasa nak quit, fikirkan sikit masa depan.

Tapi jangalah lurus sangat. Kalau da tak tahan dengan tempat kerja, contohnya u can quit. Cari kerja lain yang mana tahu lebih better ataupun seorang gay nak bertaubat, ok silakan..tak payah nak susah2 fikir bila laa nak berhenti.(tetiba)

Jangan menyesal dikemudian hari disebabkan tindakan melulu yang kita ambil on the past.

Ingat..setiap kejadian ada hikmah.

Adakala Allah hadiahkan kita hujan, ribut petir semua sebabnya dia nak berikan kita pelangi yang terlindung di balik awan yang gelap gelemat tu:) (Something that i got from ILUVISLAM)

6 comments:

Muhamad Zaki Zafir said...

dulu cita2 aku lps spm trus nk jd pilot,tp mak aku x bg.2 tahun jgk la aku merana, buat degree.tp skrg minat bljr dh dtg, & hikmah dia, aku dpt degree, n aku jgk blh buat pilot.

pesanan masyarakat, wujudkan bbrp pilihan utk diri sndiri supaya nnti kita tidak terhad kpd satu2 jalan shj.mana tau yg tu pun blm tentu sesuai utk kita. :)

Faizal Sulaiman said...

Muhamad Zaki Zafir ---)nice comment zaki.

betul tu perlukan optional:)

Sebab Allah tahu apa yang Dia aturkan:)

wahh pasni ko naik flight

shahirahkhairudin said...

rasa semangat pulak baca entry ni.. oke i won't give up !!!

Faizal Sulaiman said...

shahirahkhairudin---)jangan patah semangat shira!! u can do it.yay!!!!

Paan Ovrtd said...

Wooohoo! Clap2!

Yelah, kadang2 hidup ni ada ketikanya rasa givap yaamat, y'all! Ada perlunya tempoh hiatus itu wujud. Haha!

Faizal Sulaiman said...

Paan Ovrtd---)hehehehe..yess of kos!!

Anda Mungkin Menyukai

src="http://www.linkwithin.com/widget.js"> Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer is his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please note that all works include short stories and online novels published in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer first.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED