Wednesday, October 13, 2010

CURIK TULANG? OH NO...

Lamanya tak pi makan sini...


Salam:)

Semalam indah sebabnya dapat menonton episode terkini Desperate Housewives S7E3 dengan judul episode 'Truly Content'.Justify Full

Kisah semalam pasal individu yang mencari kebahagiaan dan kegembiraan dalam hidup.

Ya.

Hidup kita perlu gembira, walaupun hakikatnya penulis blog ni selalu kadang2 baran dengan orang keliling. Owhh aku cepat hangin sekarang ni. Adik aku la cakap...

"Kau ni asyik nak marah-marah je"

Oh yess.
Dah kau salah tempat bertanya. Tak kena time. Manalah aku tak 'hembus'. Pada muka kau.ha ha ha

Semalam timbul masalah lagi. Biasalah gruping budak-budak. Timah tak puas hati dengan Joyah. Bedah tak puas hati dengan Senah..

Ahh gitulah.

Gaduh-gaduh manja.
Puncanya curik tulang bila buat assignment gruping.

Oh..aku hangin betul benda-benda curik tulang a.k.a sleeping partner neh.
Tahu-tahu ada nama dalam kerja.
Terpampang nama dekat cover page walhal 'nan-hado' kerjanya!

Aku pantang ok.

Kawan kau punyalah baik effort nak tolong such like taip la, print la..tapi kau langsung tak nak sumbang idea, apatah lagi duit.

Kerja kumpulan is about sharing thoughts, ideas, workload, brainstorm, susah-senang sama-sama. Kau bukan handicap. Cukup sifat. Tangan semua ada sepuluh jari. Kaki boleh pulak berjalan, tapi kenapa jadik sleeping partner?

Don't take for granted kebaikan orang lain.
Jangan ambil kesempatan.
Jangan berbangga dengan usaha orang lain sedangkan kita zero-looser tak buat apa-apa, alih-alih dapat nama.

Maybe, sesetegah akan merasa bangga. Happy. Yelah..dapat nama kan? Sapa tak suka?

Tapi kau orang kena ingat konsep menuntut ilmu dalam Islam. Jangan jadikan ilmu kalian itu sesuatu yang tak berkat sehinggalah susah nak mendapat rezeki kelak.

Rezeki nak dibuat makan.
Makan jadi darah.
Dari darah dijadikan zuriat.

Jangan nanti menyesal anak cucu kita menurut sama perangai kita nanti.

Si mangsa curi tulang plak kena stand up.
Jangan diam sebab takut whatsoever.
Out loud sound tegak member yang tak faham bahasa tu.
You dislikes, you tell it to them.
Tak payah cakap belakang.

But the thing is, kita terlalu menjaga hati. Sopan santun beradap sangat. 'Tak usahlah cakap, kang kecikkkk plak hati dia' sort of perkataan keluar dari mungil bibir kita.

Akhirnya..tak ada. Tak ada sesi luahan atau sesi tegur teguran kepada si polan pencurik tulang itu sehinggalah dia dengan 'scott free'nya lepas bebas terbang melayang mengenakan mangsa2 lain.

Kalau dia dah selesa dengan kita, maka kitalah akan jadik mangsa seterusnya dan seterusnya dan seterusnya (ulang berjuta kali pun tak apa)....

Oh my...

Tapi macam entry semalam, si mangsa harus bertegas. Not to tell them like 'ugut' or something, tetapi berikan sedikit pelajaran kepada dia bahawa kejayaan bukannya datang bergolek macam bola@tenggiling@buah tembikai@Juhi Chawla berguling atas rumput bagai-bagai tu. LOOL

Kesimpulannya, nak berjaya, kenala usaha sikit,beb!
Lagipun, sampai bila kita nak bergantung harap pada orang?

Apa jadah terma 'berdikari' dibuat kalau bukan dengan tujuan ni?

Ahhh apalagi..fikir!!!!

12 comments:

'AQILAH said...

haaa ni memang kne kat aku, dalam setiap group, mesti ada sorang yg problem.

Nazz@Purple said...

erm masalah yg sama naz alami sekarang ni..group member tak reti nak gerak sendiri..tugas masing2 dh diberi..tp nak gerak..kene tunggu org gak ke..erm..:(

Faz Nandra said...

=( kena dengan faz juga... orang dah gigih cari maklumat untuk buat tugasan tu.. tengok lagi yang lain masih belum mencari.. alamatnya daku yang kena cari dan taip sebab tarikh penghantaran dah sangat dekat... sob3.. sedih =(

~pengajaran.. tamau jadi partner dia lagi.. T_T

Anonymous said...

tobat takmau bg sleeping partner masuk dalam group aku....hahahha..sekali kena serikk wooooo....

tp ada 1 kes, suke masukkan sleeping partner ni coz dia ada good conection ngn lecturer, so, chances utk dapat highest in group assignment tu terbuka luas lah...
so, mempergunakan antara 1 sama lain...

at the end, hidop xberkat!!!!
hbs study??? tanam anggur!!

Faizal Sulaiman said...

'AQILAH ---)tulah..dlm 1 grup tak semua perfect.sometimes kita kena tegur salah silap orang tu, kan

Faizal Sulaiman said...

Nazz@Purple ---)hat ni nazz ketuk betul2 macam pahat ngan penukul. guna tukul besi baru besh.ahahahahaha

Faizal Sulaiman said...

Faz Nandra ---)sabar byk2 ye faz.

kalau bleh pasni cari partner yg lain k faz.buat apa merana sakit hati tp at the end kita gak yg kena buat..

Faizal Sulaiman said...

ila haron ---)wohhhh ada org macam tu ka? see? kan dah terkena:)

tengkorakemas said...

bro, aku pernah buat research pasal trend sleeping partner ni, atau term lainnya 'loafing'..

kadang2 spesies loafing ni makin menjadi-jadi bila tau dalam group dorang ada yg pandai dan power, jd semangat utk buat kerja tu hilang, melainkan mengharap org jela

Faizal Sulaiman said...

tengkorakemas ---)terima kasih for the terms:)

loafing..bunyik pun macam malas je,hehehehehehhehe

Seri said...

kepada yang menjadi mangsa, blacklist nama org yang curi tulang tu. kalau perlu pulaukan dia. biar dia rasa

Faizal Sulaiman said...

Seri --)yeahhh ni cadangan yang baik neh!hehehehe..thanks seri!

Anda Mungkin Menyukai

src="http://www.linkwithin.com/widget.js"> Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer is his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please note that all works include short stories and online novels published in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer first.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED