Penulis: Faizal Sulaiman
Cerita ini boleh juga dilayari di Dan. Setiap bab dalam penulisan ini akan dikemaskini setiap dua hari pada jam 8:08 malam. Jilbab episode 16 akan disiarkan pada 15 Oktober 2010. Komen-komen anda amatlah dihargai.
Tumbukan Asyraf hinggap di pipi Jamil sebelum kelihatan lelaki itu tersungkur rebah disebelah Hajar.
Samira terpekik kuat. Hajar yang separuh sedar cuba bangun tetapi tubuhnya lemah tidak berdaya.
“Sudahlah tu Asyraf! Apa awak buat ni?”, jerit Samira dengan air muka cemas sebelum mendapatkan Jamil yang sudah berdarah bibirnya. Kembang kuncup hidung Asyraf menahan marah.
“Awak tak tahu apa lelaki ni dah buat! Dia yang letakkan batu tu dalam bilik Hajar. Kemudian entah penunggu apa yang merasuk Hajar, awak masih nak membela dia?”, tuding lelaki itu dengan jari telunjuknya sambil berteriak-teriak garang.
“Saya..tak…batu..tu..cuma..perlindungan…
“Kau diam, bangsat!”, tengking Asyraf sebelum menendang perut Jamil. Lelaki itu mengaduh kesakitan. Samira bingkas bangun sebelum menolak tubuh teman lelakinya lekas dari berbuat sesuatu yang tidak waras.
“Awak dah gila, ya? Nak membunuh pulak?”
Asyraf seperti tersedar, walaubagaimanapun menjeling jengkel tindakan Samira mempertahankan Jamil.
“Lelaki ni cuba porak perandakan keluarga awak. Cuba memusnahkan Hajar dengan menggunakan polong entah apa kejadah sampai Hajar tak sedar? Awak tak nampak lagi ke, hah?”, lelaki itu menjerkah lagi sebelum membuat aksi hendak menendang lagi.
‘CUKUP’
Samira memekik lantang.
Asyraf terdiam, bungkam kesenyapan.
Pertama kali dia melihat Samira marah sebegitu rupa.
“Awak jangan nak pandai-pandai menuduh dia! Saya tetap tak akan percaya sedikit pun, Faham?!”, tegasnya lagi. Gadis itu kembali menyambung. “Kalau awak ada bukti, awak boleh terus menuduh dia!”
Asyraf kelihatan seperti hendak tertawa.
Lucunya awak ni, Samira. Betul-betul tak boleh bezakan antara malaikat dengan syaitan!
“Awak ingat masa lelaki tu datang?”
“Lelaki tu ada nama. Nama dia Jamil! Sebut saja nama dia!”
“Fine! Jamil! Awak puas?”
Samira masih tidak menunjukkan riak hendak marah, sementalah wajahnyanya masih tegas berombak benci dengan tindakan melulu Asyraf yang serasakan tidak matang itu. Dia ingat sepupu aku ni apa? Dah lah jauh-jauh datang. Tolong ubat Hajar lagi. Dia sedap-sedap tanpa usul periksa main belasah saja! Memang lelaki tak ada otak!
“Petang masa si Jamil datang ke rumah awak. Dia nak tumpang sembahyang Asar, saya ikut dia ke bilik Hajar dan dari situ dia keluarkan dua biji batu dari dalam beg dia, baca serapah entah apa, kemudian letakkan dalam meja solek adik awak! Itu bukan dinamakan bukti, ke?”
“Aku…nak…tolong…melindungi…keluarga…ni”
“Diam kau, jahanam! Aku tak bercakap dengan kau!”
Kemarahan Asyraf memuncak mendengarkan Jamil menyampuk kata-katanya. Kakinya ringan sahaja hendak menendang, tetapi melihatkan jelingan tajam Samira, niatnya segera dibatalkan.
“Mungkin kata-kata Jamil tu betul! Saya tak ragu-ragu langsung!”, tegas Samira sambil membantu sepupunya bangun kemudian duduk di atas sofa.
Asyraf sekurang-kurangnya merasa terpukul dengan kata-kata kekasihnya itu mendiamkan diri.
Ya..
Dia sudah perasankan hal ini sekian lamanya. Baik kali terakhir Samira pulang ke kampung, sehinggalah kali pertama lelaki itu menjejakkan kaki ke rumah kekasihnya, Asyraf dapat rasakan sesuatu.
Samira mungkin sudah bosan dengannya, maka mencari jalan untuk berputus kasih dengannya kerana terpikat dengan ustaz-sepupunya sendiri!
“Awak dah tak sayangkan saya, kan?”
Soalan Asyraf seakan halilintar membelah bumi. Baik Jamil, Hajar yang masih mamai mahupun Samira yang sibuk mengelap luka di bibir sepupunya memandang lelaki itu dengan penuh persoalan.
“Apa awak merepek ni? Apa awak cakap ni?”
Asyraf tersenyum sinis.
“Awak dah mula menyukai sepupu awak, kan? Sebab tu awak membela dia. Menyebelahi dia. Salah saya je yang awak nampak, kan?”
Samira menghentikan bantuannya ke atas Jamil selanjutnya memandang kekasihnya itu dengan riak yang sangat terkejut.
“Tolong jangan nak mengarut! Awak cemburu, kan?”
“Ini bukan soal cemburu! Semua saya cakap, ada saja salahnya. Kalau tok imam tu? Ada awak nak bangkang?”
Jamil menggeleng-gelengkan kepalanya sambil beristighfar. Terkejut benar mendengar herdikan Asyraf yang selama ini dianggapnya sangat baik luaran dan dalaman nya.
Jamil bingkas bangun. Luluh benar hatinya mendengar dakwaan tak berasas Asyraf. Biar sahaja dia pergi. Allah Maha Tahu perasaannya sekarang ni. Lillahitaala, dia tidak menyimpan sekelumit perasaan dendam pun pada Asyraf.
Dia tengah marah, dan aku sedang kecewa.
Kalau makin di layan, syaitan makin suka bertepuk sorak.
“Abang nak ke mana?”
Soalan Samira dibalas dengan senyuman tenang.
“Baliklah Mira. Segan pulak lama-lama kat rumah orang.”
“Ini rumah abang juga. Kita kan sepupu!”
Asyraf mencebik benci. Apasal kau baik sangat ni, Samira?
“Dah dia nak berambus, biar ajalah!”, jerkah Asyraf lantang mempedulikan jelingan tajam Samira. Jamil tetap tenang sebelum kelihatan sebuah kereta MyVi Special Edition berwarna oren diparkir tergesa-gesa, betul-betul di hadapan rumah Samira.
Kelihatan kelibat Zafran, masih berkain pelikat meluru masuk ke dalam langsung membuka pintu pagar yang tak berkunci.
“Jamil, jom ke hospital. Balai polis sekali!”
Jamil tergamam. Dia cuba menanagkan Zaffran sambil yang lain-lain termasuklah Asyraf memandang cemas bercampur ingin tahu akan situasi itu.
“Hospital? Balai polis? Apa ni Zaf?”, Jamil semakin buntu.
Zafran cuba menarik nafas tenang.
“Pihak polis menjumpai mayat Yazid. Kepalanya dipenggal. Bahagian..hatinya…seakan dicuri”
“Apa?”
Masing-masing berpandangan sesama sendiri dan berfikiran tentang kematian ngeri itu..
BERSAMBUNG
Tweet

4 comments:
salam ziarah bro
imanshah---)salam ziarah juga!
menarik cite ni..
tengkorakemas ---)thanks so much..tima kasih baca ye:0
Post a Comment