Ahad. Cuti2 manja.
Ewahhh
Semalam membanting tulang, harini nak duduk lepak2, baring2 dan kemudian ngorok*
Aku antara penggemar filem2 seni.
Banyak tidak..sikit pun jadiklah.
Entah kenapa suka benar aku menonton filem2 pening kepala ni.
Lagi complicated, lagi aku suka, kot.
Ha ha ha
Dulu, back in 2004-2006 masa di Uni Penang aku gemar menonton filem genre art-banyak fikir-putar belit ni.
Filem kegemaran tentulah hasil ‘air tangan’ ‘Pedro Almodovar’, pengarah yang gemarkan sentuhan feminisme dalam setiap filem-filemnya. Wana2 filemnya juga sangat terang!!
Kali pertama jatuh cinta dengan Almodovar adalah menerusi filem ‘Hable Con Ella’ alias ‘Talk To Her’. Filem ni adalah kisah cinta dua generasi wanita muda dan berusia. Antara pembantu am hospital dengan pesakit koma.
Tak ketinggalan filem thriller romantis Dot the I (bukan arahan Almodovar), lakonan pelakon Gael Garcia Bernal yang turut memukau menerusi filem kontroversi arahan Almodovar ‘La Mala Educacion’ alias ‘Bad Education’
Gay sungguh filem neh!
Tapi aku enjoy! Serius!
Manakala pada tahun 2006, Almodovar sekali lagi menunjukkan skill arahannya menerusi filem ‘Volver’ alias ‘The Return’ lakonan Oscar Winning Actress-Penelope Cruz.
Banyak sebenarnya kalau hendak diceritakan kesukaan aku dalam menonton filem seni dan kemanusiaan.
Cuba kalian google filem-filem seperti
Perancis= ‘Amelie’ dan ‘A Very Long Engagement’ lakonan Audrey Taotou, ‘La Vie En Rose’ lakonan Marion Cotillard
Iran = ‘Osama’, ‘Father’, ‘The Red Shoes’
Itali = ‘Malena’ (lakonan hebat Monica Belluci)
Indonesia = ‘Pasir Berbisik’ (Dian Sastro, Christine Hakim)
Baru-baru ni aku ada tengok trailer filem ‘After Shock’ antara filem termahal China arahan Feng Xiaogang (The Banquet) yang menyentuh tentang gempa bumi yang terjadi di daerah Tangshan pada 28 Julai 1976.
Filem disaster ini menyentuh tentang kisah seorang ibu yang terpaksa memilih sama ada anak lelaki atau anak perempuannya untuk diselamatkan dalam gempa itu.
This is, I can say the hardest thing to do. Hardest thing to choose…
* ngorok= terma jawa untuk tidur.
16 comments:
gila sofistikated kau, tengok french movies. apa maksudnya filem seni? complicated? asal filem tu complicated lak? x paham aku.
avid gunner---)bagi aku art movie ni something yg kelhatan susah nak digest dlm kepala. makna kata, org tengok 10 minit kemudian terus blah sebab tak faham jalan ceritanya.
complicated maksud di sini: kita kena fikir betul2 masa tengok filem tu.macam filem bad education, ada 2 latar masa diguakan, kalau tak tengok betul2 susah sikit la nak faham.
ko pernah tengok filem 'hero'? warna2 pakaian yg digunakan actor/actress tu ada maknanya tu:)
wahh panjangnya.hehehe..ok cop aku bukan pandai filem pun:)
semua filem ni aku tak pernah tengok lagi.. errrr.. best??
ASaDa RyutaRo--)wohh rugi.hehehe.. tatau la samada skunk ada jual dvd nya lagi ke tak..kalau kat internet ada kut..
semua tajuk citer tu xpernah dgr.. hahah..
aftershock tu mcm best jer..
mR.sYaH ---)hehehe..aftershock wakil china ke academy awards musim depan utk best foreign language film:)
hope hikayat merong mahawangsa boleh ikut jejak sama:)
agak blurrr ya saya..heheh
Ini antara sebab kenapa mereka di luar sana bagus - mereka mengkaji sastera dan tampilkan pemahaman dalam subjek persoalan. Serius, diorang bukan nak explain apa2 pun melalui filem, tapi nak penonton sama-sama berfikir. Itu, pada pendapat aku - Bagus.
airazulaikha ---)hehehe...take time to view it aira..mesti faham juga:P
Paan Ovrtd ---)yeahh tapi tak ramai yg hendak berfikir semasa menonton sebab nak sesuatu yg ringan dihidangkan di layar lebar.
tapi filem2 drama berat dan seni neh selalu pecah panggung di overseas..
mentaliti kut..
senang ceritanya filem berat la kan bro?semua filem tu aku tak pernah tau, tapi kalau Aftershock tu memang aku tau hehe
filem seni ni genre lainnya genre drama ke?
tengkorakemas --)yup..lebih kurang.biasa genre drama ni berat..nak2 kalau ada seni2 sikit..lagilah bosan. tapi best kalau layan.
leh jadi trademark ko dh movie2 complicated ni.....bla aku tgk movie complicated mesti tringt ko..haha
Mr.Ix ---)hahahahaha,,,nakal mu mal!
citer osama tu best x brader?
PakDin@steady ---)best! citer pasal budak perempuan yang terpaksa menyamar jadik lelaki utk mendapatkan rezeki, bagi menampung keluarga dia..
Post a Comment