Monday, October 11, 2010

LORO: JILBAB EPISODE 15


Penulis: El Zaffril
Cerita ini boleh juga dilayari di Dan. Setiap bab dalam penulisan ini akan dikemaskini setiap dua hari pada jam 8:08 malam. Chendana episode 15 akan disiarkan pada 13 Oktober 2010. Komen-komen anda amatlah dihargai.


Uthman mendongak ke langit, melihat segenap cahaya pagi yang mula menerpa celah-celah daun getah. Kicauan burung diwaktu pagi hening begini memang mendamaikan. Beberapa ekor ayam kampung sedang mengais-ngais

Sekali-sekala deruan angin pagi bertiup sepoi-sepoi bahasa menambahkan lagi kedamaian suasana kampung halamannya. Bunyi kenderaan-kenderaan mula kedengaran sayup-sayup dari jalan kampung yang letaknya lebih kurang satu ratus meter dari tempatnya berdiri.

‘Mungkin baru jam tujuh pagi. Masih awal pagi lagi.’ Bisiknya dalam hati sendirian.

Uthman kemudian memejamkan matanya sambil kepalanya mendongak ke langit, mengangankan sebuah kehidupan dari anak matanya. Sebuah kehidupan yang jauh dari penghidupan yang dilaluinya sekarang. Sesekali terasa nyamuk menggigit lengannya lalu dipukul dengan kuat, berterbangan nyamuk-nyamuk pagi yang segar bugar itu.

“Apa yang kau berangan tu Man? Cepatlah toreh pokok getah tu. Kalau berangan macam tu, pukul berapa nak siap?” Bapa Uthman menggeleng-gelengkan kepalanya.

Uthman cepat-cepat membuka matanya. Suara bapanya betul-betul mengejutkannya dari lamunan yang agak panjang. Langkahnya dibuka, berjalan pantas menghampiri pokok yang seterusnya. Matanya terpanah ke tanah, bimbang melihat mata bapanya yang bengis itu.

Pisau toreh getah yang dihalakan ke pokok getah yang baru sahaja dihampiri. Kepalanya mendongak ke arah pucuk pokok.

‘Tua dah pokok ni, tapi masih boleh berbakti.’

Uthman tersenyum sendiri lalu diletakkan mata pisau toreh ke alur yang sudah kering. Ditoreh nipis alur itu, terbitkan sedikit demi sedikit susu getah mengalir mengikut alur yang ditoreh. Hampas kulit pokok getah dibersihkan, mengelakkan ianya bercampur dengan susu getah.

“Macam mana kau buat tu Man. Habis rosak pokok getah abah. Rosak nanti pokok aku semua. Dah dah, mari sini tengok Abah.”

Man kaget ditegur bapanya dari belakang. Dia menuruti langkah bapanya ke pokok getah yang seterusnya. Pisau toreh bapanya mula menoreh alur di pokok yang baru. Kemas torehan bapanya, orang lama. Alur dibersihkan, susu getah mengalir lebih banyak dari tadi.

“Man, ayah bukan benci kamu. Kamu belajar rajin-rajin. Dua puluh tiga puluh tahun lagi kamu mahu menjadi penoreh getah macam Abah?”

Uthman menggeleng-gelengkan kepalanya. Nasihat bapanya akan digenggam erat menjadi azimatnya hingga hujung nafasnya.

“Man, bukan senang nak cari duit. Duit yang banyak sekelip mata boleh habis, sekelip mata juga orang boleh curi. Ilmu, ada di mana-mana Man. Semua pengetahuan yang kau belajar, hanya Allah sahaja yang tahu di mana tempatnya dalam diri kau. Tiada siapa yang bisa mencurinya, kecuali Allah menarik balik ilmu itu dari diri kamu.”

Bahu Uthman di pegang bapanya, matanya merenung tepat ke arah bapanya yang berbeza tinggi tiga puluh sentimeter darinya. Untuk pertama kali, ayahnya mengukir senyuman dan memberi nasihat yang berguna kepada dirinya.

“Man, kamu belajarlah rajin-rajin. Peluang abah setakat di sini sahaja. Kamu masih muda Man, perjalanan hidup kamu masih jauh.”

Man menunduk, di seka airmata yang mula mengalir perlahan di kolam matanya. Ada benar kata bapanya, bukan senang mencari duit, tapi mudah saja ia habis. Dia berazam untuk belajar rajin-rajin.

Bapa Uthman membuka langkahnya meninggalkan Uthman yang keseorangan di belakang.

“Arghhh!!!” Jeritan Uthman mengejutkan bapanya.

Kelihatan seorang lelaki sedang mengheret Uthman yang terkulai tidak sedarkan diri dengan sebelah tangannya sahaja. Kaki Bapa Uthman tidak bisa digerakkan. Dipasung oleh lelaki yang sedang mengheret anaknya.

“Kau nak bawa anak aku ke mana? Siapa kau?”

Lelaki itu tersengih. Di pasung kaki bapa Utman ketika menyedari lelaki itu cuba mengejar dirinya.

“Oh, kau sudah lupakan aku. Baik, nama aku Seri.”

“Kau mahu bawa dia ke mana?”

“Aku mahu bunuh dia sebagai galang ganti kau yang tidak pernah mahu menerima aku dalam hidup kau.”

“Aku tak mahu kau lah lahanat.”

Seri tertawa melihat gelagat lelaki di usia pertengahan tiga puluhan. Kemudian wajahnya betukar bengis, memandang tajam ke anak mata bapa kepada budak lelaki yang sedang diheretnya.

“Aku beri kau dua pilihan, nyawanya atau aku.”

Bapa Uthman tertunduk lalu menggelengkan kepalanya. Suasana sunyi, tiada langsung pergerakan dari ke semua mereka.

“Aku sedang menunggu jawapan kau, dan apa juga keputusan, kamu tidak boleh berpatah balik.”

Dengan linangan airmata, bapa Uthman memberikan keputusannya.

“Kerana aku terlalu sayangkan anak aku dan dia tidak ada galang gantinya untuk aku, aku terima kau seadanya Seri.”

Bapa Uthman melutut ke tanah. Tiada apa yang bisa dilakukannya ketika itu. Kemudian Uthman pula dilepaskan Seri. Seri menunaikan janjinya.

“Kau bisa ucapkan selamat tinggal buat isteri kau.”

“Tidak!!!”

BERSAMBUNG

No comments:

Anda Mungkin Menyukai

src="http://www.linkwithin.com/widget.js"> Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer is his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please note that all works include short stories and online novels published in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer first.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED