Salam.
Bagi mereka yang mengkuti perkembangan tulisan aku dalam laman Aksara Keraian pasti sudah tahu bahawa siri FARCIR (pronounce Far-See: French Culinary terms for ‘to stuff’) akan berakhir.
Siri ini sudah masuk Musim 2 dengan episode ke 57.
Aku sendiri tak percaya sudah begitu banyak aku menulis untuk slot Aksara Keraian.
Alhamdulilah. Allah masih memberi kekuatan untuk aku mencurah idea mewarnakan siri dark-comedy-mystery ini.
Buat mereka yang tak tahu, siri FARCIR sudah menamatkan Musim pertamanya dari episode 1-30.
Musim kedua akan tamat, InsyaAllah menjelang episode ke 60, tak lama lagi.
Ini dia eksklusif (aiceh) sedikit Sinopsis Episode 57, 58, 59 dan 60
EP 57: Meet Me Halfway
Ida akhirnya bersemuka dengan Khairuddin dan memilih suaminya, Armin walaupun Khairuddin bakal membongkar rahsia hitamnya. Lelaki itu merancang sesuatu. Eva akhirnya melihat sisi jahat adik perempuannya, Diana
EP 58: Toxic
Huzir mengamuk apabila mengetahui kebenaran dan melarikan diri dari rumah buat kali ke dua. Ibunya, Haliza buntu.Diana melaksanakan dendamnya sehingga membongkar kisah keluarga dan perkaitan antara dia, Eva Zalina, bapanya Hashim dan ibunya Zahnita
EP 59: The Ballad of Booth
Taufiq akhirnya bersemuka dengan Haliza, melangsaikan ‘cerita’ lama dan perempuan itu terpaksa membuat satu keputusan yang sukar. Diana akhirnya menyerah.
EP 60: Sweetest Escape
Ida menerima berita yang memeritkan untuk dia dan anaknya. Satu letupan akan menggegarkan Kebun Bunga, sehingga terjadinya korban dan mengubah seisi residen selama-lamanya manakala kepulangan ‘seseorang’ bakal mengejutkan semua penduduk.
Ini synopsis yang telah dirangka tiga bulan yang lepas. Aku jadikan ini sebagai guideline.
Aku masih tidak tahu sama ada masih hendak meneruskan menulis siri ini atau menghentikannya saja. But, bila aku berfikir lama…
Aku dah mulakan, why not aku tak habiskan terus, kan?
Yes..pada mulanya aku memang menerima banyak rungutan tentang cerita ini. Complicated gila kentang! Pusing sana-pusing sini.
Tragedi..lepas tu mati..lepas tu tambah problem baru.
Banyak watak nak kena ingat. Yes I admit it. Mungkin cara pengolahan cerita aku yang rumit menyebabkan tak ramai nak membaca selain ceritanya yang agak heavy.
Aku mencari kelainan dalam menulis. Tak ada readers tak apalah. Asal aku puas, cukup.
Insya Allah, kalau ada kesempatan, Musim 3 akan ditulis merangkumi Episode 60-80. Kalau ada rezeki dan masih ada kekuatan diberi Ilahi, aku akan sudahkan alkisah FARCIR ini sehingga Episode 100.
Tepuk tau kalau aku sampai ke Episode 100.Wakakakaka:)
12 comments:
Jangan tanya aku apa2 pasal Aksara.
:)
Paan Ovrtd---)ok paan. aku tak tanya apa-apa
;)
Farcir menarik, sekali baca tak mahu tertinggal. cerita pantas tak meleret2.
paling suka ilmu 'masak2' walaupun tak tahu/ faham sebenarnya (kulinari perancis)
nak komen fasal penulisan memang Seri tak pandai. hanya tahu baca dan menikmatinya
suka novel/ cerpen gabungan (cerita + ensiklopedia)
contoh, baca novel tahu kehidupan di negara luar. baca novel boleh tahu masakan perancis
komen ni main taram je. tak tahu Faizal faham ke tidak
Seri ---)terima kasih seri sebab baca.hopefully seri tak tertinggal membacanya ye.
bro, nape mcm tajuk lagu je bab2 Farcir tu hehe
takde niat nak publish hard copy ke?mybe lebih mudah didapatkan, bukan semua ada internet sepanjang masa huhu
tengkorakemas---)salam bro..hehe
episode farcir memang pakai tajuk2 lagu:)
insyaAllah ada ke niat tu tapi setakat ni tak ada publisher yg berminat nak membeli.mungkin nak print out sendiri kut nanti, jual sendiri.hehehehe
semoga Fs berjaya sampai episod 100..
tapi FS lebih baik terbitkan dalam bentuk novel.. senang sikit nak baca.. kalau kt u ni internet xlaju.. nk buka AK pun dah lama..
mR.sYaH ---)insyaAllah syah.faizal pint out sendiri, jual.hehehehe
sungguh sedap menu2 tu....
Mr.Ix ---)hehehehe..ko mesti pandai buat spegethi tu kan?hihi
dasyat tul..
Pencacai Alim ---)mana ada dahsyat.huhu.biasa saja:)
Post a Comment