Tuesday, October 05, 2010

AKU, BUAH SAWIT DAN BIJI GETAH

Setinggi mana kita berdiri, ingat langit yang harus dijunjung..


Salam Syawal

Tetiba neh citer pasal Buah Sawit ngan Bijik Getah..

Motif?

Okay nak kongsikan cerita zaman budak-budak.

Aku dengan Along (abang aku) jaraknya hanya 1 tahun, so pemikiran tu kadang-kadang lebih kurang sama je.

Honestly, dulu aku tak berapa suka ngan Along. Sebabnya?: he he he
1) Dia pandai Math. Cepat pickup dari aku. Aku ni..sifir pun tergagap-gagap.
2) Tapi dia kureng Bahasa Inggeris, so kat sini la point aku lebih dari dia. ha ha ha

Dulu, keluarga kami susah. Susahlah sampai aku selalu dapat barang 2nd hand dari Along, macam beg, kasut..tapi aku tak kisah langsung.

Apa yang aku tahu, aku boleh pergi sekolah, belajar, jumpa kawan-kawan, main di waktu PJ!

Lepas usia menginjak darjah empat, lima--kami yang kebanyakan anak peneroka, akan 'dipaksa' dan 'terpaksa' menolong ayah di kebun sawit. Aku antara orang yang paling tak suka disuruh buat kerja-kerja kutip2 biji sawit sebabnya aku selalu kalah dengan Along, plus Ayah tak berapa nak percaya kalau aku buat kerja sorang-sorang.

Kah kah kah...

Lawak, kan?

Tahu kenapa ayah aku tak bagi aku buat kerja sorang?
Sebabnya aku ni agak la careless. Ada je benda yang tak complete. Kalau kutip biji sawit tu, mesti ada yang tertinggal.

Ayah bebel.
Ayah kata,
"Kamu bayangkan biji sawit tu seringgit. Kamu dah banyak buang duit"

Ya.
Biji sawit yang aku kutip aku bernilai harganya.
Harga yang menyumbang pada rezeki keluarga aku.
Mengisi ruang perut anak beranak ayah.

Lepas along ke Sekolah Teknik, tugasan ke kebun pasti berdua dengan ayah. Kadang2 ayah ajak ke kebun Getah, untuk menolongnya menoreh.

Ya..
Aku pernah tolong menoreh getah.
Memandangkan kerja menoreh ni kena pergi pagi2 buta, bila sampai tu, suasana masih gelap gelemat lagi.

Ayah menoreh di atas bukit, aku tolong keluarkan 'getah sekerap' yang terkumpul, lalu dimasukkan ke dalam baldi. Bau tak usah cakaplah. Kepam habis. Tapi nak buat lagu mana?

Dah rezeki.

Dan kerana itu, selesai menoreh atau menyawit, ayah akan berpesan:

"Kau belajar tinggi2. Kau nak sepuluh atau dua puluh tahun nanti kau menoreh atau menyawit?"

Aku geleng.
Sumpah aku tak mahu.
Susah.
Aku bukan ada kepakaran macam ayah.

Bila menyabit buah sawit tu, cantik je dia potong.
Bila toreh pokok getah, cantik je alur dia buat sampai banyak susu getah keluar.

Aku ni?
Sekali toreh pokok getah, lepas ayah demo...terus ayah kata.."Tak payah lah dah. Habis pokok2 aku kang"

ha ha ha
See..takde bakat pun, kan?

Tapi melalui kesusahan dan kepayahan ini, aku lebih menghargai hidup. Lebih menghargai duit yang kita belanja.Ayah kadang2 bising bila aku spend beli kamera@ tengok wayang..bila aku dah kerja sekarang.

Tapi sometimes dia setuju juga.
Dah aku penat kerja, kena jugalah spend sikit untuk pleasure diri sendiri.
Tak gitu, yah? hehe

Ayah kata,

"Bukan senang nak cari duit. Jadi jangan sesuka hati nak bazir-bazir. Duit banyak, orang boleh curik, tapi ilmu yang kita ada, takkan sesiapa boleh ambil. Belajar pandai2. Yang senangnya nanti, kau juga"

Aku pegang amanah tu sampai sekarang. Alhamdulilah..Tuhan Maha Tahu perasaan aku sekarang ni.

Boleh nak main2 masa belajar.Tapi beragak la sikit. Aku dulu main2 juga belajar. Nak2 di zaman Uni. Dah dapat kunci kebebasan la katanya... Tapi aku selalu ingat muka ayah bila tiap kali aku ter'overdose' berjimba-jimba.

Pelajaran tu sangat penting.
Nak2 di zaman internet yang canggih, hantaran dah naik beriban-riban, kereta bersilih ganti edisi baru, kira semua dah berubah lah!

Entry ni berkait dengan response pada status FB semalam

Saya bukan anak orang senang.Tahu bagaimana rasanya hidup susah.Rebutlah peluang selagi ada. Belajar dengan bersungguh sebab saya tak mahu saya susah di masa hadapan..

18 comments:

Faz Nandra said...

^-^ suka kata2 yang last tu.. hehe.. juga suka pesanan ayah dato tu.. =) insyaAllah tak main2 dah belajar ni.. fokusss~ hehe

Seri said...

yup, setuju sangat

dulu mak Seri selalu pesan
'mak tak ada harta untuk anak2, mak cuma dapat bagi pelajaran. gunakan peluang yang ada dengan sebaik-baiknya.'

Faizal Sulaiman said...

Faz Nandra ---)hehe..faz nak main2 boleh je..tp slow..jgn sampai menggangu pelajaran:)

Faizal Sulaiman said...

Seri---)itulah.ilmu yg bakal membawa kita kemana-mana..

adzmarfazami said...

FS, NF terer bab noreh getah ni... itu pun setelah menjahanamkan pokok getah. nasib baiklah pokok yang dijahanamkan tu.. pokok yang memang tak keluar susu...

getah beku memang baunya sungguh tidak wangi. tapi saya suka bermain dengan getah beku. masih terbau-bau lagi sampai sekarang. bau yang tidak enak itu lah rezeki keluarga kita bukan!? jadi, jangan tutup hidung bila lalu kilang proses getah! =]

NusrahYahya said...

salam faizal...
dah lama rasanya tak menjengah n komen2 blog faizal...
emm sebut aje pasal gtah dan sawit, akak terkenangkan keadaan akak skrg..mengajar di kwsn kebun getan n sawit.sekolah pun depan kebun kelapa sawit.satu pengalaman baru buat akak..tp akak kesian tgk anak2 di sini yg x begitu ambil peduli dgn ilmu sdgkan mereka berasal dr keluarga penoreh dan pekebun.kalo mereka ada kesedaran seperti faizal, akak betul2 lega kerana ada inisiatif yang mereka ambil utk meraih kejayaan dlm hidup...moga thn baru nnt diorg akan tersedar dari kealpaan ni...

Muhamad Zaki Zafir said...

setuju sgt2 dgn pesan encik ayah..zaman u ni pn,aku byk main2.tp pk2 blk,aku nk kje ape je klu kantoi.org skrg deg pn byk yg nganggur..

*biji getah best.ambik sebijik,gesek2 smpi panas lps tu ltk kt tengkuk adik aku.berbalas2 aku dgn dia.jahat.haha..

Paan Ovrtd said...

Tak tahu kenapa, but I found it strange for most of the math people surround me to have something in common - lack in English. Mungkin sebab susah nak sebut terms math dalam english kot. Haha!

Pernah juga sekali ikut pak sedara pegawai felcra kerja kat gua musang. Ya rabbi...nak tercabut tulang belakang mengangkut sawit setandan!

avid said...

sweet entry. loved it.

Faizal Sulaiman said...

MissNera---)betul tu nera.tu rezeki tu:)

Faizal Sulaiman said...

NY---)thanks kak.yaa tu memang kelemahan budak2 pekebun dan penoreh neh.entah apa yg tersangkut dlm kepala diorang tatau la.

Faizal Sulaiman said...

Muhamad Zaki Zafir ---)aku pernah main benda tu..sakit siottt..

Faizal Sulaiman said...

Paan Ovrtd ---)hahahahahahahaha..sib baik tak tercabut terus.hehehehehe

Faizal Sulaiman said...

avid gunner ---)thanks bro!! trimas singgah!

hanisah hassan said...

lama den tak menjengah...sibuk dengan dunia sendiri....pengalaman menjadikan kita lebih cerdik pandai....

Faizal Sulaiman said...

hanisah hassan---)betul tu kak:)

Anonymous said...

salute la bro.....

aku pun slalu dpt brg 2nd, 3rd, 4th hand dri abg2 aku.....huhu..

FaizalSulaiman said...

Mr.Ix ---)yang membuatkn kita lebih menghargai hidup:0

Anda Mungkin Menyukai

src="http://www.linkwithin.com/widget.js"> Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer is his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please note that all works include short stories and online novels published in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer first.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED