Cerita ini boleh juga dilayari di Dan. Setiap bab dalam penulisan ini akan dikemaskini setiap dua hari pada jam 8:08 malam. Chendana episode 13 akan disiarkan pada 5 Oktober 2010. Komen-komen anda amatlah dihargai.
“Kenapa abah buat macam ni abah? Abah tahu tak dosa semua ni? Kenapa abah nak ikut nafsu abah tu? Abah dapat apa dengan seri tu? Bala seumur hidup, abah tahu tak bala seumur hidup? Bukan setakat seumur hidup abah saja, bahkan bala seluruh anak cucu abah.”
Tiada suara langsung kedengaran keluar dari bibir bapanya yang sedang terbaring kaku. Hanya gerak mata yang berbicara, ada genangan airmata dari anak mata bapanya itu.
“Tak perlu abah mengalirkan airmata. Menangis airmata darah sekalipun, abah tak dapat putar masa dan kembalikan Seri ke alam nyata untuknya.”
‘Abah menyesal Man. Kalau abah tahu akan jadi begini, sudah tentu abah pulangkan Seri ke tempat asalnya.’ Hanya suara hati bapanya didengari Man.
Man menekup mulutnya, airmatanya bergenang. Melibatkan diri dalam dilema bapanya yang akan menjadi dilema anak cucunya sehingga akhir hayat tentulah sesuatu yang tidak diingininya.
Man bergerak menghampiri katil dengan langkah yang laju. Berkeriuk bunyi papan lantai berlaga antara satu sama lain akibat pergerakan Man yang pantas. Man mengesat airmatanya, esaknya dilawan oleh perasaan marah yang membara.
Man melutut di sebelah katil, matanya tepat memandang wajah bapanya. Dia memandang jari-jari kanannya lalu dengan penuh rasa marah, dijambak rambut bapanya dengan kuat. Nafasnya laju turun naik, sekali-sekala dikesat airmatanya yang mengalir perlahan.
“Abah tahu dosa pahala. Abah tahu semua benda itu khurafat, syirik, menyekutukan Allah. Apa guna Abah solat di masjid lima kali sehari kalau Abah masih menyukutukan Allah.”
Rambut yang dijambak itu dicampakkan semula ke tilam katil. Man berdiri menghadap tingkap dan bercekak pinggang. Makin membara amarah terhadap bapanya.
‘Tidak apa yang abah inginkan dari Seri selain kuasa dan kemewahan.’
“Abah, macam ini Abah kata mewah. Duduk rumah kayu yang dari Man kecil sampailah Man besar tak pernah berubah sedikit pun ditambah dengan atap yang bocor sana-sini. Duit nak beli beras pun kadang-kadang tak ada. Hari-hari sarapan makan ubi rebus dengan pisang rebus makan dengan ikan masin. Macam ini abah kata mewah.’
Man mendengus, tiada perkataan lagi yang didengari dari hati ayahnya. Man tertawa dalam sendu, bait-bait tangis kedengaran dalam gelak tawa sinisnya. Tidak dipandang langsung wajah bapanya.
“Kita tak pernah ada kuasa sedikit pun. Cuma yang ada kegerunan semua orang terhadap Abah. Itu sahaja abah. Tak ada yang istimewa memiliki Seri. Kalau ada pun, mukjizat mengarut yang kononnya dia anugerahkan kepada Man. Man tahu, dia buka telinga hati Man untuk mendengar apa yang dia bisa dengar. Man tahu abah, kalau dia lenyap nanti. Man tak bisa mendengar suara hati itu. Dia hanyalah perantara.”
‘Abah minta maaf Man.’ Deraian airmata bapanya langsung tidak dihiraukan Man.
“Abah tahu tak, tiap-tiap malam Seri datang pada Man, pasung badan Man, bisukan suara Man. Kemudian dia hisap darah Man sepuas-puasnya. Abah tahu tak Man sakit setiap kali Seri buat macam tu. Abah tahu tak?”
Makin deras mengalirnya airmata Man juga. Mahu diluahkan semua yang terbuku di hati kepada bapanya, segala yang terpendam terhadap bapanya selama ini.
“Abah, kenapa abah suruh Seri bunuh mak? Kenapa Abah? Kerana kuasa dan kemewahan juga. Macam tu? Man hilang kasih sayang mak sejak itu.”
Man menunduk ke lantai, mencari kekuatan untuk meruskan bicaranya. Ditarik nafasnya dalam-dalam.
“Dan sejak itu juga Abah abaikan Man. Abah sibuk dengan dunia fantasi yang Abah cipta. Abah sibuk dengan kuasa Abah, membuatkan orang kampung tunduk bila berdepan dengan Abah. Diam seribu bahasa bila mahu berkata-kata sesuatu yang kurang menyenangkan Abah. Bisu bila Abah mula bicara. Abah sibuk mengejar kemewahan dengan membeli nombor ekor, tapi tak pernah pun Man tak pernah nampak Abah bawa duit berkepuk-kepuk balik rumah.”
Tenang sahaja butir-butir bicara yang keluar dari kotak suara Man. Suara hati bapanya sepi. Tidak langsung kedengaran bisik suara hati bapanya.
“Dan hari ini Man nekad, Man tak sanggup lagi tinggal dengan Abah. Man nak nak pergi jauh-jauh dari hidup Abah.”
Man membuka langkah keluar dari bilik bapanya, mahu mengambil beg pakaian yang sudah dikemasnya malam tadi. Dia sudah merancang lama, namun ditahankan rancangannya kerana kasihankan bapanya. Kali ini dia nekad, untuk keluar dari neraka yang dicipta bapanya.
‘Man.’
Langkah Man terhenti di muka pintu apabila namanya dipanggil oleh suara hati bapanya.
‘Kau dah nekad untuk tinggalkan Abah? Kau mahu jadi anak durhaka?’
Man tidak menjawab soalan itu. Dia tertunduk lesu, langkahnya tidak berganjak memikirkan dua soalan terakhir bapanya. Lama juga dia berkeadaan begitu.
“Man nekad untuk tinggalkan Abah, rumah ini. Man pasti akan kembali satu hari nanti.”
Man berjalan ke biliknya mengambil sebiji beg baju yang telah penuh diisi. Kemudian dia cepat-cepat keluar dari bilik itu.
Saat melalui hadapan bilik bapanya, dia menjeling ke arah ayahnya yang sedang terbaring di katil. Anak matanya berkaca lagi, mahu gugur airmata jatuh membasahi pipinya, ditahan-tahan airmata itu.
“Selamat tinggal Abah, Assalamualaikum.”
‘Kau mahu ke mana Man?’
“Ke mana sahaja langkah kaki membawa diri ini.”
Man segera menuruni tangga, menyarung selipar Jepun. Langkahnya dibuka laju melalui halaman rumah yang panjangnya dari tangga rumah sehingga ke jalan utama kampung lebih kurang lima puluh meter.
“Man!”
Terjelepuk Man di atas tanah ketika Seri melaung namanya dari dalam rumah. Kakinya tidak bisa digerakkan, seperti manusia lumpuh. Sedaya-upaya dia mengesot keluar dari halaman rumah.
“Kau mahu ke mana Man?”
“Aku mahu pergi ke jauh dari dunia ini. Kalau boleh aku mahu ke angkasa, meninggalkan kau di bumi.”
“Aku boleh bawa kau ke sana Man.”
“Kau penipu!”
Man menoleh ke belakangnya. Seri yang selama ini gagah perkasa dilihatnya sedang mengesot lemah menuruni tangga. Namun Seri masih lagi bisa tersenyum sehingga menampakkan siongnya.
“Aku boleh berikan apa saja yang kau mahu.”
Man meneruskan perjalanannya walaupun kakinya terasa berat. Dia tidak menghiraukan langsung suara-suara Seri yang memujuknya dari belakang. Sehinggalah dia menghampiri bahu jalan kampung.
“Man, aku sayangkan kau Man. Kau boleh jadi kaya dan berkuasa kalau kau bersama aku.”
Dia memandang ke arah kiri dan kanan. Kelihatan sebuah kereta milik orang kampung menghampirinya. Cepat-cepat dia menahan dengan tangan. Berhenti kereta itu betul-betul di hadapan Man.
Pemandu kereta itu keluar dari kereta dan bergegas mendapatkan Man.
“Kau kenapa Man?”
“Aku terjatuh, tolong bawa aku ke hospital.”
“Baik, baik.”
Pemandu kereta itu tanpa berlengah memapah Man dan memasukkan ke dalam kereta. Pintu penumpang sebelah kiri di tutup.
“Man, jangan tinggalkan aku Man.” Terdengar esak tangis suara Seri.
‘Man, jangan tinggalkan Abah.’
Man mengerling ke arah Seri di muka pintu tangga. Dia melemparkan sebuah senyuman sinis. Dia kini bebas dari cengkaman Seri.
“Aku akan cari kau Man. Seluruh pelusuk dunia akan aku jejak kau. Itu janji aku.”
Man tidak mengendahkan amarah Seri itu. Namanya dilaung-laung Seri berulang kali, sehinggalah nama penuhnya dilaung untuk kali terakhir.
“Uthman!!!”
BERSAMBUNG..
Tweet

4 comments:
jauh ketinggalan mengikuti..sibuk pny pasal..bro jgn smbng citer ni laju2..hehehe
Pencacai Alim---)hehehehe..kena siapkan awal2 kang bro.ala ko leh baca punyalah:)
terima kasih okay!
dah tahu nama uth...
Seri---)wah seri..cepat btul, ya:p
Post a Comment