Monday, October 04, 2010

MELAKA: KALI KE...


Salam Syawal

Sesuatu yang tak disangka..

Rupanya jejak lagi aku ke bumi bersejarah, Melaka

Bezanya sekarang, bawak pelajar-pelajar sendiri menikmati produk 'pelancongan bersejarah' negeri itu disamping tugasan aku menyuruh mereka menyediakan dua laporan tentang 'Analisa SWOT' @ 'Matriks TOWS' untuk subjek 'Pelancongan Rekreasi' di bandar yang dikenali dengan pengunaan 'Lingua Franca' Bahasa Melayu suatu ketika dulu.

Aiceh..

Opening dah macam History Channel la plak. hi hi hi

Asalnya hendak ke Cameron Highlands, tetapi hasrat tersebut terpaksa di batalkan berikutan aku yang bertindih jadual dan melawat pelajar praktikal di salah sebuah Universiti tempatan.

Kali pertama menjejakkan kaki di Melaka adalah pada tahun 2009! Ya serius! Aku tak tipu. Ini masa kerja gonjeng dengan kawan2 UiTM dulu. Dari Shah Alam ke Melaka bukan jauh pun. Maklumlah dulu2 susah nak pi trip sekolah2 anjurkan. Aku pulak bukan orang senang...

Kali ni memang aku lenjan habis sebab budak2 nak pergi semua tempat. Layan kan aje. Adventerous gitu.hi hi hi.

At first pergi Mini Malaysia Ayer Keroh. Tempat ni memang aku nak pergi sangat. Sebab..entah la yek. Pulak tu ada 'Cultural Show' tepat2 kitorang sampai. Seronok gaklah tengok shows diorang tu. Ramai plak audiens nya. Maklumlah cuti sekolah.

Pentas Teja..syok gak tengok show kat sini

Habis je tengok show, grup berpecah. Mana yang kena buat analisis SWOT di Ayer Keroh jalankan tugas mereka. Ambil gambar..Interview. And guest what, aku bleh tengok sendiri bagaimana 'Kuih Kapit' dibuat, berdasarkan demo 2 orang makcik di depan rumah..kalau tak silap rumah tradisional Penang.


Makcik demo kuih kapit yang best gila!


Selama ni beli yang dah siap je, owh!

Then aku pergi melawat semua rumah tradisional yang ada di Ayer Keroh. Rumah Sabah je aku tak masuk sebab memang tak dibenarkan masuk. Ini juga merupakan kali pertama masuk ke Rumah Panjang, Sarawak.

Baru tahu..lantai dalamnya menggunakan buluh rupanya...

Perkampungan ASEAN, yang nak sangat2 aku pergi di taman ini telahpun ditutup kerana ada kerja2 pengubahsuaian dijalankan..

Bersolat di masjid ni..lupa la plak namanya. Betul2 di bandar Melaka


Kemudian bertolak ke Bandar Hilir. Kumpulan yang ditugaskan membuat analisa SWOT di bandar ini menjalankan tugas. Antara tempat yang kami pergi adalah 'Menara Taming Sari'.

Oh oooo

Gayat siut! Duduk dan tengok. Itu je rules dia.ha ha ha

Bayaran murah. Tujuk myKad, korang dapat RM10 per entry. Ok la bagi aku which means lead to more and more domestic tourists come here and see for themselves. Rugi tak naik sebab infrastructur dan superstructur dah diberikan oleh kerajaan negeri (aku yakin some more di support oleh Kerajaan Malaysia)

Pemandangan dalam Menara Taming Sari. Entah berapa kaki dari bumi aku tak tahu. Fascinating view of Selat Melaka!


Tapi ada gak dua tiga tempat yang tak sempat nak jejak. Penat kot. Nah..ini pentingnya ada iternerary@jadual perjalanan. Tak adalah terkejar nak pergi mana dan mana lepas-lepas ni. Dulu, masa pi ngan kawan2, sempat jugaklah jejak ke dalam Muzium Samudera dan Jonker Street.

View yang sama diambil masa tahun 2009.ha ha ha


Lempar syiling di St Paul. Aku tak buat pun, tapi banyak gak duit2 syiling orang tabur..


Kawasan St Paul yang sangat tinggi merupakan tempat persemadian..


Must visit places in Malacca!
ps: binaan muzium kesultanan Melayu Melaka ni masih aku kagumi sampai sekarang. Besaq gila kut!


Nak dekat2 balik plak, masing2 habiskan masa meronda sekitar Bandar Hilir, kawasan2 terdekat. Beli some souvinier sebagai tanda menyokong produk2 pelancongan tempatan.



Bandar Melaka..memang menarik lah! Aku nak datang lagi..tapi tunggu binaan bangunan baru depan Dataran Pahlawan Mall tu siap plus memiliki sebijik DSLR! hahahaha

Masa aku gi, the reminance of Kota A Famosa dijumpai! Proses cari gali artifak tu masih diteruskan..

FaizalSulaiman:--)Harini nak pi cabut gigi. Wisdom Teeth mengada-ngada nak mintak kuar plak.hehehe

14 comments:

shahirahkhairudin said...

shira suke melaka... dan sangat suke.. pergi banyak kali pun tak pe.. :)

Faizal Sulaiman said...

shahirahkhairudin ---)yesss...faizal suka jugak neh.lawa btul lah..nostalgic sungguh!

MR. SYAH said...

Prnh g skali je melaka tp xbrjln pn. Wah dslr.. Nk beli gak nnt ble dah keje.. :-D

Faizal Sulaiman said...

mR.sYaH--)beli syah..jgn tak beli.hehehe

Pencacai Alim said...

pg sana agak2 jumpa jodoh tak? hahahaha

Faizal Sulaiman said...

Pencacai Alim --)sian lak aku baca.hehehehehe..doa byk2 bro.InsyaAllah ada je jodohnya k!

airazulaikha said...

fuyooo, FS dtg melaka x habaq mai..
tu tempat lepak aira tuh..hahah
15min dari kampus jew..kehkehekeh

Faizal Sulaiman said...

airazulaikha ---)melaka ka??hehehe
tatau la plakk.hihihi

tempat lepak tu aira...

Faz Nandra said...

wahhh=) best3! hehe.. dah selalu jugak ke melaka sebelum2 ni,tapi tak pernah naik pun menara taming sari.. gayat tuuuu.. ngeheh=)
*dato.. nak ke rumah sabah,jom balik sabah...lalalalala

Faizal Sulaiman said...

Faz Nandra ---)wahhh teringin faizal nak kesana la faz:)tp belum ada rezeki lah..

aqilah said...

melaka best bila jalan kaki :D

Faizal Sulaiman said...

aqilah ---)memang best pun qilah!

iyllienaz said...

melawat melaka bererti anda melawat malaysia!!

hye faizal..lama xsinggah sini..

Faizal Sulaiman said...

iyllienaz ---)yay!nampak gak slogan tu.hihihi

illie sibuk ye?hihihi..mang lama illie tak singgah sini:)

thanks illie!!!

Anda Mungkin Menyukai

src="http://www.linkwithin.com/widget.js"> Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer is his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please note that all works include short stories and online novels published in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer first.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED