Saturday, October 23, 2010

LORO: CHENDANA EPISODE 17


Penulis: Faizal Sulaiman
Cerita ini boleh juga dilayari di Dan. Setiap bab dalam penulisan ini akan dikemaskini setiap dua hari pada jam 8:08 malam. Jilbab episode 18 akan disiarkan pada 25 Oktober 2010. Komen-komen anda amatlah dihargai




Pihak polis masih menyiasat tentang kematian misteri lagi mengerikan seorang pembantu makmal bernama Yazid Salleh. Kematiannya beberapa minggu lalu menggegarkan dunia jenayah seantero pelusuk hinggakan ramai menganggap kematian luar biasa lelaki itu tidak lebih dari sekadar pembunuhan.

Pemerhati jenayah, wartawan tabloid Warta, Wong Chee Yi menulis lewat laporannya kematian Yazid merupakan satu lagi situasi terdesak pembunuh yang inginkan sesuatu seperti apa yang pernah berlaku atas kematian mengerikan seorang wakil rakyat yang dibunuh berbelas tahun lalu dengan cara yang sama. Pemerhati perubatan tradisional pula mendakwa berkemungkinan kematian Yazid berpunca daripada kerakusan dan ketamakan kuasa manusia yang telah dirasuki ‘sesuatu’ maka, pembunuhan tidak masuk akal kedengaran ini telah terjadi.

Apapun telahannya, Katrina tidak pernah peduli. Malah atas perlindungan Ratna Ayu, dia langsung tidak disoal siasat oleh pihak polis.

Pesanan Ratna Ayu sentiasa di ingat. Malah hadiah pemberian bomoh wanita itu disimpannya dengan kemas.

Ingat! Biar pecah di perut, jangan sampai pecah di mulut!

Amaran itu tidak langsung diingakarinya. Sebagai penuntut ilmu batin, dia harus bersedia dan yang paling utama adalah memburu Chendana Sari yang merajai keluarga Samira.

Dan pagi itu, setelah hampir seminggu dia berlakon---berpura-pura trauma dan sedih, dia dibebaskan dari sebarang soal siasat pihak berkuasa dan kini, kehadirannya semula ke pejabat nyata mengundang pelbagai pandangan maha negatif!

Ah! Aku peduli apa? Aku tahu apa yang aku lakukan, maka kalian tak berhak nak menghukum apa kesalahan aku!

Dari kejauhan tenpat duduknya yang selesa dan susunan fail yang kelihatan sangat teratur, Katrina memandang Samira---musuh utamanya sedang bergelak ketawa dengan Huzaifah.

Katrina menguis wajah bengis.

Kenapa kau tak bunuh dia?

Kedengaran satu suara asing di belakangnya. Katrina diam. Kemudian mengambil beberapa ketika sebelum berpusing pantas memandang jelmaan seorang wanita, sanggul rambutnya dengan raut wajah seperti wajahnya.

Katrina sedikitpun tidak terperanjat melihatkan jelmaan ‘kembarnya’ itu.

“Aku bukan bodoh seperti kau! Aku akan pastikan Samira bergelak ketawa terlebih dahulu, kemudian dengan tangan aku sendiri, kepalanya bakal tertanggal dari tubuh badan!”

Pembunuhan yang menarik! Teruja aku mendengarnya! Apa yang telah Ratna Ayu ajarkan, betul-betul masuk ke dalam benak kau, Katrina!

Gadis itu tersenyum jahat. Ada sinaran tamak haloba menyinari kedua pasang matanya yang bundar. Jelmaannya semakin riang kesukaan melihatkan satu lagi anak Adam tunduk patuh dengan arahan Syaitan durjana!

Mereka terpedaya, aku yang bersorak gembira!

Katrina perlu menjalankan tugas kejinya sekarang juga.

Samira…kau akan ku lupuskan tidak kurang dua puluh empat jam dan Chendana Sari yang selama ini menjadi belaan keluarganya, bakal berpindah milik kepadaku!

Interkom luar di seberang meja Samira berbunyi dan kelihatan Huzaifah mengangkatnya perlahan, sebelum menyerahkan ganggang telefon kepada gadis itu.

“Mira..are you available? I have something to tell”

Katrina cuba mengawal suaranya supaya tidak kedengaran terburu-buru. Samira mempamerkan persetujuan sebelum berjalan lewah menuju ke biliknya. Pintu diketuk sebelum Katrina mempelawa masuk.

“Duduklah..don’t just stand there!”, Katrina dengan penuh sopan mengajak gadis berambut ekor kuda itu duduk bertentangan dengannya. Samira duduk perlahan sebelum fikirannya melayang laying memikirkan tentang perubahan sikap bosnya yang entah mengapa tiba-tiba menjadi baik.

Sesuatu yang ajaib!

“Saya minta maaf kalau selama ini ….”, Katrina memulakan bicara sebelum menyambung tegar. “…I am being bitchy with you! I am so so sorry”, bisik Katrina sebelum memaut tangan Samira dan mengusapnya perlahan.

Samira, walaubagaimanapun kelihatan terpujuk.

“Kat..Saya pun nak minta maaf kalau…”
“You tak salah Mira! I yang salah. Mungkin sebab tu…Yazid ‘pergi’ dulu tinggalkan I. I am so lonely right now! Saya betul-betul keseorangan!”

Samira dapat melihat kekeruhan di wajah Katrina.

Dia faham emosi perempuan itu berubah dan lekas menjadi sedih lebih-lebih lagi dengan kematian sadis kekasihnya, Yazid. Tidak perlu mengheret gadis ini dalam kancah pembunuhan kekasihnya sebab Samira yakin, Katrina tidak berbuat apa-apa salah pun!

“Saya dapat rasakan kita berkait sekarang. We are sort of connected right now, consider what happened with me and my love... Yazid kawan serumah kepada sepupu awak, Jamil and…sebab tu saya rasa kita saling berkait!”

Samira mendengar penjelasan Katrina dengan penuh pemahaman.
Dia mengangguk perlahan.

“Malam ni..awak boleh datang ke rumah saya? Temankan saya. Saya betul betul rasa kosong sekarang”, pelawa Katrina sambil menyungging senyuman cantik. Samira walaubagaimanapun kelihatan berfikir panjang.

Bagi Katrina, Samira harus datang ke rumahnya dan perempuan itu harus datang bersendirian!

“Please Mira. I really need your help! Temankan saya sekali ni je”

Samira menghela nafas dalam-dalam.
Kemudian dia mengangguk bersetuju!

Katrina tersenyum sebelum fikirannya memikirkan cara pembunuhan dan pelupusan yang paling senang hendak dilakukan!

Nyawa kau akan direntap malam ini, Mira!

BERSAMBUNG

No comments:

Anda Mungkin Menyukai

src="http://www.linkwithin.com/widget.js"> Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer is his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please note that all works include short stories and online novels published in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer first.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED