Tuesday, October 19, 2010

LORO: CHENDANA EPISODE 16


Penulis: Faizal Sulaiman
Cerita ini boleh juga dilayari di Dan. Setiap bab dalam penulisan ini akan dikemaskini setiap dua hari pada jam 8:08 malam. Jilbab episode 17 akan disiarkan pada 21 Oktober 2010. Komen-komen anda amatlah dihargai



Mil..tolong aku!

Tolong aku, Mil. Panassssss


Terpacul satu lembaga tanpa kepala dengan kesan tetakan di lehernya dengan suara semakin kuat bergema dan kedua belah tangan makhluk itu menggelapai meminta tolong sedangkan dirinya sudah semakin lama semakin mengundur kebelakang.

Niatnya nak membantu terus lenyap malahan membangkitkannya dari tidur!

Jamil membuka matanya luas-luas, memastikan apa yang bermain-main dalam fikiran sebentar tadi hanyalah mainan tidur yang cukup mengerikan. Dia bingkas bangun, duduk melunjur kaki di atas katilnya sambil memerhati jam dinding yang sudah mencecah ke pukul tiga pagi.

Kata-kata Inspektor Furqan di bilik mayat Hospital Seri Senandung, tiba-tiba sahaja menerjah mindanya yang kosong tika dan saat ini.

“Mangsa mungkin dipengsankan terlebih dahulu sebelum dibunuh”
“Dipengsankan?”

Memori Jamil masih dapat mengingat, Samira bertanya dan kelihatan kekasihnya Asyraf serta adiknya Hajar cuba menahan kelucuan dengan terma ‘dipengsankan’ yang digunakan perempuan itu.

Samira, walaubagaimanapun mengendahkan.
Apa yang penting tahu akan kebenaran.

Inspektor Furqan memandang Samira sama terkejutnya dengan soalan gadis itu, walaubagaimanapun berwajah tenang seperti biasa.

“Berkemungkinan. Dan pembunuhan ini sangat licik. Kami tak menjumpai sebarang cap jari”

Lamunan di balai polis lenyap begitu sahaja, lalu berganti wajah rakan serumahnya yang kelihatan sangat sugul.

“Esok jenazah Yazid akan dibawa ke kampung halamannya. Kita pergi sekali, ya”, bisik Zafran tenang sambil menutup surah yasin yang dibacanya sejak solat terkahir Isya’nya tadi. Jamil mengangguk perlahan sambil menepuk-nepuk bahu Zafran tanda menyabarkannya.

Zafran lebih mengenali Yazid. Malahan lelaki itu sudah tinggal lebih tiga tahun serumah dengannya, maka perhubungan rapat Yazid lebih akrab. Lebih-lebih lagi mayat Yazid dijumpai dalam keadaan mengerikan, maka mungkin itu antara faktor Zafran merasa lebih sedih lagi.

Jamil bingkas bangun, menuju ke ruang dapur—membancuh Nescafe kegemarannya. Sungguh matanya sukar lelap. Ditinggalkannya Zafran sambil kembali membuka surah Yasin dan membacanya dengan senyap.

Jamil berjalan perlahan sambil merasa puputan angin yang bertiup sejuk mencengkam tulang temulang. Entah mengapa, kawasan rumah yang kukuh dilindungi bata, dirasakan bagai ada ‘satu tiupan’ dingin menjejaki cuping telinganya.

Ruang dapur bersih diperhatikan sekilas.
Niat dipasang untuk menjerang air.

Jamil…

Kedengaran satu suara perlahan seperti berbisik dibelakangnya.
Jamil mengendahkan.

Mil… Pandanglah aku

Jamil menekupkan matanya. Niatnya untuk menjerang air tersangkak.

Lelaki itu berpaling perlahan sebelum terpandangkan satu susuk tubuh lelaki berdetar berbalam-balam, berawajah pucat dengan senyuman nipis terukir di bibir.

Aku tahu kau nampak aku, kan?


Jamil tidak menjawab. Tidak pula mengiyakan. Lembaga yang menyerupai Yazid itu berdiam tegak menanti kata-kata balas Jamil.

Lama menanti, akhirnya Jamil membuka mulutnya.

“Pergilah. Kau sudah tidak layak di muka bumi ni!”

Jelmaan Yazid tidak menjawab sebaliknya tersenyum semakin mengerikan.

Aku takkan pergi dan aku pastikan pembunuh aku tertangkap!

Giliran Jamil tersenyum lewa.

“Kalau engkau tahu pun, apa yang kau boleh buat?”

Biar sama-sama ke neraka! Itu lebih puas!


Jamil menggeleng perlahan. Dendam!

“Sudahlah. Jasad kau sudah tiada. Roh engkau sudah dibawa ke alam barzakh. Jangan kelirukan manusia lain disebabkan qarin kau tu! Qarin kau tu tak membawa kemana-mana!”

Jelmaan Yazid tegar. Wajahnya seakan-akan marah.

Aku dilahirkan dan berkembar dengan Yazid. Aku tahu bagaimana sifat lelaki ini! Kau tak layak menghukum aku. Dan tentu aku tidak akan mati sampai kiamat!


Jamil menggumam perlahan di dalam hatinya. Bersepuh bacaan ayatul Qursi dibacanya dengan sangat tenang. Qarin Yazid kelihatan hendak melawan, tetapi setiap kali pergerakannya, ia bagai dihalang dengan sesuatu tembok lutsinar yang muncul tiba-tiba di hadapannya.

Jamil membaca dengan sangat tekun sehingga tidak menyedari Qarin lelaki itu hilang begitu sahaja sebelum terdengar bisikan sayu Yazid seakan-akan memanggilnya.

Mil…selamatkanlah aku…Carilah keadilan ini…


BERSAMBUNG

4 comments:

tengkorakemas said...

pergh...menarik bro..menarik..thriller dgn unsur2 ghaib..selama ni aku cuma pernah baca satu je karya thriller tempatan, 'nama atas kertas' pernah baca?

Faizal Sulaiman said...

tengkorakemas ---)wahh pernah dengar tajuk tu tapi belum berkesempatan nak membaca. yupp citer ni actually citer seram (seram ker)hehehe

MR. SYAH said...

ni mmg makanan FS kan..
keep it up!

Faizal Sulaiman said...

mR.sYaH ---)makanan??hehehehe

Anda Mungkin Menyukai

src="http://www.linkwithin.com/widget.js"> Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer is his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please note that all works include short stories and online novels published in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer first.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED