Monday, October 18, 2010

LORO: JILBAB EPISODE 16


Penulis: El Zaffril
Cerita ini boleh juga dilayari di Dan. Setiap bab dalam penulisan ini akan dikemaskini setiap dua hari pada jam 8:08 malam. Chendana episode 16 akan disiarkan pada 19 Oktober 2010. Komen-komen anda amatlah dihargai



Pintu rumah sewa Uthman di Kuak. Perlahan-lahan Nur membawa Uthman yang masih lemah ke dalam rumah. Direbahkan perlahan-lahan lelaki itu di atas sofa. Nur menggeleng-gelengkan kepalanya lalu duduk di atas karpet yang terbentang di ruang tamu.

Dada Uthman berombak, jantungnya bergedup pantas, nafasnya tercungap-cungap. Ini kali kedua perkara begini terjadi kepadanya. Tiba-tiba rebah dan lemah, adakah Seri akan menguasai dirinya, tidak dapat dia pastikan.

“Nur.”

“Iya Uth.”

“Uth nak air masak segelas.”

Nur tersenyum lalu ke dapur kemudian datang kembali, tangannya menggenggam segelas air kosong. Disuakan gelas itu ke bibir Uthman. Senang sekali hatinya berada di sisi Uthman. Terasa tenang dan selamat.

“Nur tahu nama sebenar Uth adalah Uthman.”

Nur membalas pengakuan Uthman dengan sebuah senyuman meleret. Sudah terlalu lama dia menanti pengakuan itu.

“Ringkas itu saja.” Nur menyindir Uth.

“Iya, ringkas itu saja. Kenapa Nur, Pelikkah?” Uthman mengerutkan dahinya, entah apa yang bermain di benak fikiran wanita halusinasi dihadapannya itu tidak mampu dibaca seperti selalunya.

Nur memandang keluar melalui pintu berandah yang terbuka. Matahari mula membenamkan sinarnya memancar cahaya kemerah-merahan di awan yang selalunya membiru, tanda masa mahu menginjak ke maghrib. Dihiasi pula dada langit dengan burung-burung yang beterbangan mahu pulang ke sarang.

“Syukur masih bernafas.” Uthman yang perasankan Nur sedang berkhayal memandang keluar menegur.

“Siapa yang bernafas.” Nur kaget, tiba-tiba sahaja Uthman menegurnya sebegitu.

“Uthman lah. Siapa lagi. Takkan Nur? Nur pula bernafas kah? Dapat merasa nafas itu. Sedangkan Nur tiada siapa nampak. Uthman dan beberapa manusia yang mempunyai kelebihan yang Allah kurniakan sahaja bisa nampak.” Perli Uthman.

“Jahatlah Uth ni.”

“Uthman gurau saja Nur.”

Perlahan suara Uthman mahu memujuk Nur, wanita memang mudah terasa. Lebih-lebih lagi yang tertekan sepertinya, tidak mengetahui siapa dirinya yang sebenar. Uthman menggelabah, melihat Nur yang mula tertunduk.

“Kenapa ni Nur? Ada perkata yang mengganggu fikiran Nur kah?”

“Tadi Seri kata nama Nur yang sebenar adalah Aisyah.”

“Baguslah kalau macam tu. Apa dia cakap lagi?” Uthman mendorong badannya sedikit menghampiri Nur.

“Nur telah kemalangan yang menyebabkan Nur koma sebegini. Kemalangan itu juga menyebabkan Nur kehilangan seorang abang.”

“Ada baiknya juga Seri ini.”

“Apa Maksud Uthman?”

“Iyalah Nur, dia dah bagitahu siapa Nur yang sebenar. Lepas tu, dia bantu Nur lagi. Eloklah macam tu. Ini sudah memudahkan kerja kita Nur.”

Nur tertunduk, perasaannya tidak segirang Uthman. Tiba-tiba dirinya merasakan dirinya akan berpisah dengan lelaki yang sudah beberapa hari bersama dengannya. Dia merasa sangat selesa dengan lelaki itu.

“Kenapa Nur? Ada apa-apa yang mengganggu Nur?”

Nur menggeleng-gelengkan kepala untuk menjawab soalan Uthman. Dia memandang keluar, melepaskan jauh-jauh pandangannya. Kemudian di hela nafasnya dalam-dalam.

“Uthman, Nur tak boleh pejam mata.”

“Kenapa?”

“Nanti Nur akan hilang entah ke mana?”

“Nur, itu kelebihan yang Nur ada. Nur perlu kawal minda Nur untuk berada di mana yang Nur mahu.”

Nur menggelengkan kepalanya seraya mengerutkan dahi. Dia tidak memahami apa yang cuba disampaikan Uthman kepadanya.

“Nur tak faham.”

Nur menggelengkan laju kepalanya.

“Nur, lenyap dengan memejamkan mata kemudian berada di tempat yang Nur tidak mahu adalah kelebihan untuk Nur. Nur harus mengawal pemikiran Nur. Nanti Nur akan berada di tempat yang Nur mahu. Kelebihan itu harus dilatih untuk menjadi sempurna.” Tenang sahaja bicara Uthman. Dia mahu Nur yakin dengan dirinya sendiri.

Nur mengangguk sekali.

“Iqmal.” Tiba-tiba nama itu terpacul dari bibir Nur.

“Siapa Ikmal?”

“Seorang budak yang koma di hospital. Nur jumpa dia tadi. Lepas tu Seri kejar Nur.”

“Owh.”

Uthman segera bangun, mahu ke ruang atas rumah. Badannya yang tadi lemah mula terasa bertenaga sikit. Dia perlu menyegarkan badan. Sebentar lagi mahu maghrib.

“Uth nak ke mana?”

“Mahu mandi dan solat.”

Nur tersenyum ke arah Uthman, memanah sebuah pandangan tepat ke mata lelaki itu. Pandangan dan senyuman itu membuatkan Uthman tidak keruan. Uthman yang gelisah cepat-cepat menaiki tangga ke ruang atasnya.

‘Apakah erti perasaan gelisah ini.’ Desis hati Uthman sendirian.

BERSAMBUNG

2 comments:

tengkorakemas said...

Nur tu koma ye..kira rohla ye

Faizal Sulaiman said...

tengkorakemas ---)hehehe...lebih kuranglah:)

Anda Mungkin Menyukai

src="http://www.linkwithin.com/widget.js"> Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer is his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please note that all works include short stories and online novels published in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer first.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED