Monday, September 06, 2010

INGAT BILA...


Salam Ramadhan

Sikit hari je lagi nak Aidilfitri kan?

Macam mana persiapan?

Aku setakat ni baru beli baju raya. Dah jumpa merah! Tapi sedikit ke-maroon-nan. Ada ke perkataan nih?muahaha..

Aku nak rileks je tulis entry ni. Sebab semalam hangin dengan iklan sebuah syarikat TV gergasi di Malaysia. Memang memberi seribu inspirasi sangat bila di siarkan tu!

Malas la nak komen. Sebab a few bloggers dah buat cover up pasal ni. Ok point aku senang je. Aku antara muslim yg tidak sukar nak terima pembaharuan. In fact dalam Islam sendiri menggalakkan kita melakukan hijrah.

Hijrah satu perjuangan, bukan?

Tapi bukan hijrah dari satu benda yang buruk kepada benda yang lebih buruk lagi. Soheh sangat iklan televisyen itu terang2 bagai menyamaratakan agama! Last2 ada bunga lotus macam iklan deepavali pulak. Alhamdulilah...depa dah buat permohonan maaf. Pastikan perkara ini tak berulang sebab sangat2 menyuntuh sensitiviti.

Tertanya-tanya jugak, sebab selalunya orang media lebih peka tentang iklan perayaan ni. Tapi orang Petronas pulak yang lebih kreatif!

haihh

Panjangnya mukadimah..

So straight to the point lah ya.

Korang kena ingat...bila raya ni:
1) Bawak kete/moto dengan bersusila. Dah masuk hospital kang nyesal pulak. Aku bukan mendoakan..tapi BERHATI-HATI. Lantak pi orang nak bawak laju2. Berbuih mulut stesen radio dan TV buat iklan pasal kecelakaan jalan raya. Tak endah juga. Kalau yg bawak laju tu eksiden sorang2 takpelah jugak. Ini melibatkan pengguna jalan raya yang lain? Apa kes? Nak drift pergi litar sana la..

2) Jangan menunjuk di waktu Raya. Memang raya sebulan, tapi patut-patutlah. Tak payah nak berhabis habisan ratus ringgit untuk Adilfitri sedangkan Ramadhan kita buat cincai barai! Hujung bulan gigit jari sebab bajet lari habis---tak sempat nak ligan dah!

3) Jaga mulut dan pertuturan. Bila raya, kumpul sanak saudara mesti banyak cerita nak digebangkan. Tak salah nak bergembira..tetapi INGAT! JANGAN SAMPAI MENGGURISKAN HATI DAN PERASAAN ORANG LAIN! Kita mungkin gembira dengan kejayaan kita. Anak kita dua tiga orang masuk universiti, kerjaya besar, tukar ganti kereta malahan dapat bonus berganda-ganda dari bos, tapi kenanglah...mungkin ada insan yang terguris rasa, memendam perasaan tak suka akan hebahan kita yang kedengaran agak bongkak itu. Ingat...tak semua manusia sama. Muka mungkin boleh senyum. Tapi, hati? Siapa tahu?

4) Usah disoal perkara yang melibatkan sensitiviti.
"Kau bila nak beranak?"
"Kau bila nak kahwin?"
Nak2 makcik2 yang memang cakap lepas je. Tolong lah ya. Bulan baik kut. Tak perlu mencetuskan sengketa.

5)Minta maaflah dengan ikhlas. Bukan sebab ikut ADAT, meminta maaf di pagi Syawal. Nonsense ya kalau ikut adat. Maaf memaafi sangat dituntut dalam agama ISLAM. Minta maaf kerana tuntutan agama. Ampunkan dosa dengan ikhlas dan JANGAN ULANGINYA lagi. Kalau terjadi kembali, alahai rugi je minta maaf. Buang karan!

Itu ajelah agaknya. Syawal sepatutnya disambut dengan penuh syukur dan ikhlas. Sebabnya, ia adalah tanda kemenangan seorang muslim selepas berlapar dahaga selama sebulan. Kita harus meraikannya dengan penuh tawdhuk dan sederhana. InshaAllah, Allah meredhainya..

FaizalSulaiman:---)Ramadhan semakin hampir ke hujungnya.Sayang benar aku nak tinggalkan...

____________________________________________________________________

Sempena Aidilfitri yg bakal menjelang tiba ni, aku dengan bangganya menjemput korang, para blogger untuk menitipkan ucapan Raya korang! Mesti kena ada blog, sebab nak bubuh URL:)Formatnya begini:)

CTH:
Pengirim: Faizal Sulaiman
URL: http://seindahduniakita.blogspot.com/
Ucapan: Selamat menyambut hari raya..kepada kawan2 maya, member2 aksara keraian, follower tercinta blog seindah dunia kita, Maaf zahir batin
Lagu raya pilihan: Selamat Hari Raya (Syarifah Aini)
Kalau ada kad raya buatan sendiri lagi besh!hehe. Boleh attach!

Hantarkan ke dalam email aku di faizalsulaiman85@gmail.com. Tarikh tutup adalah pada Selasa September 7, 2010 jam 3 petang. Satu slot istimewa akan muncul, menjelangnya malam raya nanti, khas buat pengirim2 ini.

Selamat Hari Raya
Maaf Zahir Batin

ps:setakat ini baru seorang menghantar. Mari ramai2 memeriahkan ucapan raya ni:)

15 comments:

Nazz@Purple said...

best gak tu..slot sampaikan aidilfitri ye...

Pencacai Alim said...

islam tidak bleh disamakan dgn agama lain..1 malaysia, 1 malaysia jugak, tapi jgn agama pon nk 1 malaysia..haish..nila kalau nk bodek tak bertempat...

farida tarmize said...

vavavva..macam sampai kan salam aidilfitri..sayu la aku weyh balik malam raya..

ada ye permohonan maaf tu?cam nak tgk je

Faizal Sulaiman said...

Nazz@Purple ---)ye nazz.sila la hantar:)hehe

Faizal Sulaiman said...

Pencacai Alim ---)haaa tau takpe.beragak la kalau nak wat 1 segala neh.huhu

Faizal Sulaiman said...

cik kedondong--)Ada malam tadi.aku tgk..ada dalam buletin utama..
cba tgk dlm kapsul berita tv3 dlm web dia..

Anonymous said...

aku baca separuh bru tau baru intro rupanya

Faizal Sulaiman said...

Mr.Homosapiensz ---)hahahaha..nakal ko mal.mukadimah panjang kan?hihi

mr.syazwan said...

selalunya mcm tu laa

soalan hot selalu tanya

"bila nak kahwin"
"belajar lagi ke"

aiyooo meluat gak kalau tiap2 jumpa tanya...

huhu

S
E
L
A
M
A
T

H
A
R
I

R
A
Y
A

Faz Nandra said...

salam dato' ^-^ selamat pagi.. wahh..kemain lagi nak baju raya warna merah =) hehe.. cantik2.. ehemm.. slot raya tu agak bagus jugak ye.. ngehehe...

nurayunni said...

selamat Hari raye..Maaf Zhir batin..Nak hantar jgk ucapan raye tue..bleh kan?

Faizal Sulaiman said...

mr.syazwan---)hahaha tulah nasib jumpa setahun sekali.kalau hari2, tak ke menanah telinga??warghhh

Faizal Sulaiman said...

Faz Nandra ---)faz jgn lupa hantar tau.esok last da neh

Faizal Sulaiman said...

nurayunni ---)boleh kak.silakan..silakan dialu-alukan

Miss N™ said...

salam syawal...rasa kejap je kita menikmati ramadhan kan?? memang tersa sayang mahu tinggalkan ramadha, harap ibadah yang kita lakukan sepanjang ramadhan ini di terima olehNYA..dan sama-sama kita bdoa, moga ada lagi ramadhan buat kita untuk tahun depan..insyaALLAH..

mengenai tips2 diatas, mmg betul semua tu...tang tips no.4, tu..very the sensentap okeh..!!
tapi nak buet lagu mano, solan itulah yg akan kerap di tanya... "bila nak kawin?" aduiyaii..!! si kena prepair jawapan awal2 la...jawapan biar kasi mantop..hehehe...=)

faizal sulaiman, di atas kesempatan ini, sy mohon maaf jika spanjang saya menulis komentar di sini, mgkin ada komentar yg telah menyinggung perasaan kamu...harap di maafkan segala kesilapan yg telah sy lakukan spnjang pkenalan di dunia maya ini...

selamat hari raya..!!

Anda Mungkin Menyukai

src="http://www.linkwithin.com/widget.js"> Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The views of the writer is his own, and do not in any way reflect the views on other sites affiliated with this site or any other members of this site. It is your OWN RISK by reading all the entries. Please note that all works include short stories and online novels published in this site are written by the writer. You may share all the articles, but you've must consult with the writer first.
Any inquiries, feel free to email the writer on faizalsulaiman85@gmail.com
ALL RIGHTS RESERVED